Monday, December 27, 2010

Indonesia VS Malaysia ??


Semua rakyat Malaysia semalam bergembira apabila pasukan bola sepak kebangsaan kita dibawah pimpinan K.Rajagopal berjaya meraih kemenangan bergaya 3-0 ke atas Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kejuaraan AFF Suzuki Cup boleh dikatakan bakal menjadi milik Malaysia sebab berdasarkan rekod kejohanan ni, Indonesia 3 kali masuk final tapi kempunan memanjang (tak pernah menang arr maksudnye). Rekod juga menyatakan yang semua team yang menang 1st leg kat final telah menjadi johan kejuaraan piala ASEAN ini.  Aku pown turut tumpang gembira dengan kejayaan ini yang membuktikan bola sepak Malaysia telah bangkit dari tidur yang lama like a phoenix rises of from its ashes. Tapi sayangnye kalau kite julang piala tu nanti kite akan menjulang di tempat lawan yakni di Jakarta, Indonesia.

Lepas menonton game semalam aku segera bukak FACEBOOK pastu pergi ke page AFF SUZUKI CUP. Seperti yang dijangkakan indon-indon dah mula berkokok. MALINGSIAL dah jadi ayat common dorg dalam page tu. 20 comment indon akan dibalas dengan 1 comment oleh rakyat Malaysia. Bagi aku buang masa jer gaduh ngan dorg ni sebab bagi aku dorg ni sejenis bangsa yang BEBAL dan tak MENGENANG BUDI langsung.

Terdapat lebih kurang 4 JUTA rakyat indon yang menetap secara halal dan haram di MALAYSIA. Dorg kerja cari makan kat sini sejak dari tahun 90an lagi aku rase. Kita dah cukup baik kasi dorg duduk sini cari rezeki halal tapi rakyat dorg kat sana tak habis-habis nak caci negara kita. Rakyat dorg kat sini pown mcm anjing gak. Dorang dok sini tak bayar cukai tapi dapat menikmati segala kesenangan yang sepatutnya khas untuk rakyat kita. Bayangkan arr pagi2 naik bas muka dorg jer penuh dalam bas tu. Kadang-kadang aku pikir kita duduk kat Malaysia ke Indonesia??

Dorang berkokok kat FACEBOOK dengan ayat seperti “MALINGSIAL miskin budaya, tiru budaya Indonesia, pergi mampus kau MALINGSIAL !!”. Well taik dorg arr kita miskin budaya. Kalau pun Malaysia miskin budaya well Indonesia miskin semuanya. Tengok arr keadaan negara dorg compare ngan kita. Dorang ade ker pencakar langit setinggi KLCC?? Dorg ade ker kereta nasional sendiri?? RM1 kita dengan 1 Rupiah dorg mane lagi tinggi?? Adoi diorg ni berkokok lebih pasal budaya laa apelaa mane bukti yang kiter curi budaya dorg?? Lagi pown bukan budaya rakyat kita nak mengutuk negara orang, bakar bendera negara orang, baling najis kat kedutaan negara orang . Tu semua seratus peratus budaya dorg takde satu pown yang menunjukkan tu budaya kita.

Diorang kutuk kita MERDEKA atas bantuan BRITISH dorg merdeka atas usaha sendiri. Pastu dorg bangga diorang merdeka dulu. Dorang merdeka dulu tapi negara mana yang lebih maju?? Dorang merdeka dengan cara berperang, kita merdeka dengan rundingan, mana lagi bijak?? Cube kita lihat politik negara dorg ngan negara kita, politik mana yang lebih korup?? Tapi rakyat dorg tak habis-habis nak kutuk kita. Yang aku takleh blah perkataan MALINGSIAL tu dorg cipta semata-mata nak jatuhkan nama negara MALAYSIA.
Malas laa aku nak kutuk lebih2 pasal negara dorg ni. Buat perabis tenaga aku menaip jer kutuk dorg ni. Baik aku gi restoran Syed makan satay ganja 20 cucuk lagi bagus. Ape-ape pown aku harap team bola kita bawak balik piala AFF SUZUKI Cup tu ke Malaysia. MALAYSIA BOLEH !!!!!!!!!

PS:- Kalau Malaysia juara aku akan puasa 3 hari. MALAYSIA BOLEH !!!!!

Monday, December 20, 2010

oH My Leg !!!!!!!

Relax-relax kepada semua kawan-kawan, kaki aku tak patah, just terseliuh jer, main futsal malam Sabtu punye pasal. Last time aku terseliuh macam ni mase aku sekolah menengah dulu. itupon sebab bola gak, ianya terjadi apabila ankle anda terlipat sehingga buku lali tersentuh tanah. Serta merta bunyi "prakk" kedengaran. Time tu macho lagi leh diri lagi. Tapi bile bukak jer kasut "FUCK !!!!!!!!!!!" sakit die bukan kepalang. Memang sakit sungguh. Conclusionnye aku susah arr nak berjalan sebab setiap kaki yang menapak ibarat 1000 lembing menusuk ke buku lali (peh hebat). Kalau pemain bola aku punye injury boleh kire career threatening injury ni. Mau 3 bulan tak dapat main bola.

Gambaran penulis terhadap kecederaan beliau alami
Ape yang hampehnye hari Sabtu tu aku dah beli tiket dah nak tengok TRON ngan AFFAN. Last-last tiket tu diberi kepada HAFIZ. Time kat dalam wayang si affan berkokok menganjing aku, dan-dan tu die ckp popcorn kat GSC tu sedap semacam padahal sebelum ni die cakap popcorn kat TGV lagi sedap. Celaka ko affan ko ingat aku jeles aku kat umah makan bergedil laa mak aku masak lagi sedap dari popcorn. 

Gambaran penulis kesedihan sebab tak dapat tengok TRON

Aku harap kaki ni sembuh in time sebab sabtu ni nak gi holiday kat PD. Memang bosan arr kalo aku dok terperap jer kat dalam apartment kat PD tu nanti. Paling busuk pown aku kene daki gak RUMAH API kat PD tu lagi. Menarik sungguh pemandangan kat atas tu.

PS: I'll live.

Monday, December 13, 2010

Dekan Oh Dekan..


“ade orang pemahaman bagus tapi pointer tak berapa bagus.. belajar untuk memahami dan mengaplikasi OR belajar untuk duduki exam untuk keputusan yang cemerlang?”                                             
(Ahmad Zhafran 2010)

Ini adalah status kat facebook member aku AFFAN. Sungguh mendalam makna status beliau itu. Tapi aku pelik kenapa tiba-tiba mamat ni berfikiran sedemikian, adakah beliau fed-up dengan pointer beliau sem lepas tapi setahu aku pointer die ok sangat-sangat untuk seorang pelajar Degree in Quantity Surveyor kat UITM SHAH ALAM. So aku telah menerjah Affan setelah beliau mengajak aku lepak makan tempoh hari. Selepas setengah jam berdikusi aku semakin setuju dengan pendapat beliau terhadap statement beliau ini. Sebab ini adalah kes realiti sebenar CORRUPTION yang berlaku di dalam sistem akademik MALAYSIA.

Baru-baru ni seperti korang sedia maklum result student UITM, POLITEKNIK dan seantero dengannya dah keluar. Masing-masing sibuk laa bertanyakan result member2 yang masing-masing dengan niat dalam hati untuk COMPARE result dorg ngan result sendiri. Ade yang segan dengan pointer yang rendah ade pulak yang bangga gila siap print screen result diorang pastu post kat Facebook. Mana yang dapat result gempak tu tahniah arr dan mane yang rendah pointer tu tak payah rendah diri sangat sebab ape yang aku nak cakapkan lepas ni mungkin korang salah seorang darinya.

Persoalannya sekarang, mereka yang dapat pointer tinggi tu adakah mereka benar-benar layak untuk menerima pointer setinggi itu ?? Ade student dekat dalam kelas memang smart ass genius motherfucker sungguh tapi pointer die rendah tapi ade student pulak yang kehadiran mereka dalam kelas tak disedari (selalu ponteng) tapi pointer die tinggi setinggi Bukit Pantai. Ape plak pendapat korang dengan kes sebegini??

Member aku Affan berpendapat ade sebab-sebab mereka ni dapat pointer tinggi. Contohnya  dorang hanya MENGHAFAL 100% dari buku, mendapat SOALAN BOCOR dan kadang kala NASIB SENDIRI, mana taknya setiap exam aku mesti akan dengar ayat ni “Peh nasib sial aku bace pasal chapter ni aku langsung tak study kot, sebelum masuk exam hall tadi chapter ni jer aku baca last-last keluar kat dalam paper”. Tapi dari segi pemahaman orang-orang seperti ni pemahaman diorang zero. Diorang hanya menghafal teori tapi praktikal side die haram jadah tak tahu.

Statement berikut mungkin agak sexism tapi aku tak berniat pown nak jadi sexism. Korang perasan tak percentage budak perempuan yang dapat dekan lebih tinggi dari budak lelaki. Memang tak dinafikan hal ini sebab diorang ni memang rajin tapi adakah beliau benar-benar memahami konsep-konsep yang diorg belajar atau just menghafal untuk menduduki final exam. Bile time praktikal nanti kebiasaannye budak perempuan mesti ade problem sebab diorang kurang memahami aspek-aspek subjek tersebut. Ianya ibarat seseorang tu ade LESEN KERETA tapi hakikatnye bawak kereta TAK RETI/TAKUT.

Trend sekarang ni aku tengok seseorang student itu dinilai melalui result sem yang mereka dapat. Student yang dapat DEKAN akan sentiasa dipandang masyhur dan dipandang tinggi masyarakat tapi student yang tak seberapa pointernya pasti masyarakat pandang sebelah mata. Apa yang mengecewakan LECTURER pown nilai student mereka melalui pointer, mana pointer tinggi student tu akan jadi ANAK EMAS lecturer tu. Please arr don’t judge a book by its cover.

Ini adalah pendapat aku. Pointer tu memanglah penting tapi ape gune pointer 4.0 tiap-tiap sem tapi bile time kerja nanti susah. Jangan pikir dengan pointer tinggi masa depan akan cerah sangat. Mana taknye ramai graduan Universiti still jobless walaupun dorang dekan tiap-tiap tahun sebab diorang FAIL time job interview.

PS:- Ini pendapat aku tentang konsep dekan kat Malaysia. Sebarang ketidak puasan hati silalah leave a comment. Terima kasih.

Saturday, December 4, 2010

Lagu Kahwin

Musim cuti sekolah ni mak aku memang selalu mendapat jemputan pergi kenduri kahwin. Boleh katekan tiap-tiap minggu ade jer kenduri kahwin yang kene attend. Aku memang pongeh bab-bab nak gi kenduri ni. Nak cari jalan dah arr susah. Pastu kebiasaannye hari kenduri ni mesti panas terik. Satu je aku suke, makan free. Itupun kalo makanan tu sedap arr. 

Time makan biase para tetamu dihidangkan dengan lagu-lagu yang adoi tak urban langsung. Tiap-tiap kenduri lagu same jer. Bosan btol. Aku tak tau arr macam mane DJ kahwin tu leh tahan dengar lagu-lagu kahwin yang bosan dan mendatar ni. Lagu M Daud Kilau konpom ade punye arr. Kalo aku kahwin nanti aku cakap kat mak aku aku tak nak dengar lagu-lagu tak urban ni. Banyak lagi lagu yang sesuai untuk kenduri-kenduri macam ni. Berikut adalah list-list lagu yg aku nak dimainkan time aku kahwin nanti.

1. 311-Love songs
2. Darkness-Love is only a feeling and i believe in a thing called love
3. Evanescene-My immortal
4. Backstreet Boys-Incomplete
5. Jason Mraz-Lucky
6. Placebo-Bright Lights


Lagu 311 ni tak silap aku bekas awek aku si Britney Spears guna time wedding die.

Pastu lagu entrance pengantin aku taknak dah dengar bunyi2 kompang ni. Asyik-asyik kompang dah bosan dah aku dengar takde kelainan langsung. Berikut adalah lagu entrance pengantin yang aku idam2kan.

1. Metallica (S&M)-Ecstasy of Gold
2. Star Wars Theme-Imperial March
3. Godfather Theme Original (pergh ala-ala perkahwinan mafia)
4. Hall of the mountain king (orchestra version)
5. Requiem for a dream (soundtrack LOTR)


Metallica entrance time konsert S&M gune lagu ni. Aku rase lagu ni mmg sesuai untuk entrance yang gempak-gempak.


Lagu tema Godfather. Cerita yang memberi impak mendalam kat dalam idup aku.

Ni laa antara setlist lagu-lagu yang aku nak gune nanti. Aku taknak arr masukkan sangat lagu-lagu heavy dari band-band seperti METALLICA, SLIPKNOT, R.A.T.M atau seantero dengannye maklumlaa nanti orang kate ape plak ann. Terutama sekali mak cik- mak cik yang tak habis-habis nak mengumpat atau mengutuk. Dah takde keje lain ke mak cik oit anak ko tu kahwin "free" ngan mat rempit lagi malu oi !!!!!!!

PS: kite hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

Friday, November 26, 2010

Hari Jumaat of the 90's




Hari Jumaat yang mulia ni buat pertama kalinya dalam hidup aku sebagai seorang budak UEL aku kene attend kelas petang. Hampeh punye lecturer dah tak datang rajin-rajin plak die nak wat kelas ganti. Macam die tak tau yang student malas attend kelas petang hari Jumaat, kelas 3 jam plak tu hampeh tol. Bile dipikirkan balik aku dah lame tak pergi kelas time petang-petang. Last time aku pergi kelas petang rasenye darjah 5 kot itu pown sebab aku ade sekolah agama (aku berenti sekolah agama darjah 5).

Teringat plak aku mase kecik2 dulu especially time darjah dua . Time tu sekolah rendah aku petang and aku tak sekolah agama lagi time tu (sekolah agama aku start darjah 3). Biase kecik2 dulu kul 9 aku dah bangun dah sekarang ni kalo bangun kul 9 awal lagi betol x?? Biase aku x mandi aku gosok gigi jer (kadang2 kumur2 cukup) pastu terus "breakfast" makanan2 yang mak aku masak pagi tu. Time2 camni aku biase bukak NTV7. Ape jadah TV3 cerita tamil, TV1 ngan TV2 aku mmg tak suka bukak. NTV7 waktu ni mmg music video jer keudara. Aku siap leh hafal setlist die lagi. Antara lagu yang popular ke udara lagu kat atas tu arr. XTINA AGUILERA opps time tu masih CHRISTINA AGUILERA lagi. Dulu METALLICA mane nak masuk tv Malaysia kecuali lagu NOTHING ELSE MATTERS so aku tak kenal laa sgt dorg. Alah lagi pown aku time tu beringus relax2 sudah.

Time tu BACK STREET BOYS, BRITNEY SPEARS ngan NYSNC mmg conquer NTV7. Tapi ade jugak lagu2 lain yang fames mcm lagu IRIS-GOO GOO DOLLS ngan FASTBALL-THE WAY. Ooo yer RHCP fames gak time tu. MADONNA lak ade lagu die bertajuk FROZEN (org ckp lagu illuminati) yang fames gak time tu. Lagu MELAYU plak?? entah arr tak perasan plak aku aku rase takde kot.



Ni arr lagu FASTBALL-THE WAY tipu arr kalo mereka yang lahir time 90an tak familiar ngan lagu ni

NTV7 ni pown hormat gak time sembahyang Jumaat. Nak dekat kul 1 setlist dorg berubah jadi setlist nasyid. Time ni RABBANI, HIJJAZ, RAIHAN arr conquer. Aku bile dgr lagu2 nasyid ni keudara aku baru arr mandi nak prepare ke masjid laa katekan. Macam ni laa keadaan idup aku di hari Jumaat of the 90's, rindu sungguh bile teringat balik time tu.

PS:- walaupun aku sekolah agama tak habis tapi tak bermakna aku ni rosak akidah orangnye -____-

Monday, November 22, 2010

Mengintip Arsenal Malaysia

Sabtu yang lepas aku telah meng-follow member aku si IDHAM pergi tengok game ARSENAL VS TOTTENHAM HOTSPURS kat TTDI iaitu tempat fan base ARSENAL MALAYSIA. Aku dah lame teringin nak follow member aku tapi selalunye xde chance sebab busy tapi bile dapat tau mggu tu NORTH LONDON DERBY aku pastikan aku free untuk follow. Aku interested gak nak tgk macam mane suasana menonton bola dekat kelab fans sendiri dan ternyata ianya seronok yang teramat sangat. Oleh kerana aku kipassusahmati MANCHESTER UNITED aku telah mengajak AFFAN member seperjuangan aku untuk menonton bersama, backup laa katekan. Kalo tentibe fans arsenal serang aku, aku campak jer arr affan sebagai umpan aku lari arr secepat mungkin. Sesin mengajak affan ikut aku g TTDI adalah seperti berikut:

AKU : Woit malam ni ko jadi tak nak gi TTDI.
AFFAN : Wat ape??
AKU : Tengok game arsenal vs spurs arr kan aku dah cakap dari mggu lepas.
AFFAN : Krohhhhh... (berdengkur)
AKU : Patek, hamkachan, niama mcb tol arr..

Last2 mamat tu konpom gak ikut aku. Kepada kawan-kawan yang mengenali affan, sekarang ni kalo die berdengkur maknenye die setuju arr tu. 

Nak dipendekkan cerita kiterg pergi naik kereta MYVI MCLAREN aku. Ade 4 org ,aku, affan, idham ngan si mail. Dua die hard fan man u ngan arsenal dalam satu kereta. Setibenye kat kafe tu dah ramai ngan orang sampai meja xde. Nasib arr kerusi ade. Anne kedai tu pown cukup pro dalam memberikan tempat yang terbaik kepada kiterg malam tu. Malam tu mmg aku terasa kecik jer walaupun hakikat aku ni besar orangye. Mana taknye ramai sungguh umat2 ARSENAL FANS kat situ. Sume pakai baju ARSENAL dari zaman klasik penaja SEGA sampai arr ke penaja EMIRATES. Terkejut jugak aku bile ade jugak mcm  pangkat DATUK yang memiliki syarikat sendiri tapi sanggup turun untuk menonton game tu, terserlah perot buncit datuk tu bile pakai jersey bola. Nampak sgt die jarang main futsal.

First half memang tempat tu ibarat satu pesta. Mane taknye leading 2-0. 1st goal NASRI aku tergamam jer bile tgk mereka2 ni melompat menjerit keriangan. Mmg havoc. Ape jadah affan pown melompat same cam orang gile. Tapi 2nd gol arsenal bile CHAMAKH score aku pown melompat gak arr. Mana tahan nak jugak aku menjerit same. Dorang kat sane mmg kebebasan bersuara. Selambe jer jerit FUCK GALLAS !!!!! FUCK BALE !!!! aku pown sekali sekala jerit gak syok ooo kutuk orang ni.

Tapi pagi yang cerah tak semestinye petang tu tak hujan. Mane taknye bile TOTTENHAM comeback balik 2-3. Bile BALE score aku tgk fans dah mula resah. Time penalti fans dah mula gigit jari. Bile VAN DER VAART score maki hamun pown bermula. Dan akhir sekali bile KABOUL score carutan semakin menjadi-jadi. Aku dah risau dah mane taknye bile affan menjerit WOOOOOOOO !!!! bile mamat tu score. Nasib arr die masih ingat yang die berada in enemies lair time tu, kalo tak tak tahu arr ape akan jadi. Ade yang menjerit FUCK YOU SCUM GO MAKE YOUR DVD LAA FUCK YOU !!!!!!!!!!!! (special info, fans spurs akan buat satu dvd khas kalo team dorg menang atau pown draw dengan arsenal) Lepas game habis sume blah sambil mulut berkumat-kamit mencarut. Tak terkecuali si IDHAM. Kepongehannye cukup terserlah malam tu.

Macam ni arr perasan sume fans ARSENAL malam tu
Lepas antar idham ngan mail balik aku pown g ngan affan tgk game manu kat RESTORAN SYED. Nak tgk kat MCD BANGSAR badi sebab asal tgk kat sane jer tak pernah mng. Mesti kalah atau draw. Yang terbaru dah leading 2-0 bleh plak draw 2-2. Tapi malam tu Manu mng 2-0. Maybe pasni tu port baru aku ngan affan tgk bola plak hahaha. Chelsea pown kalah malam tu. Kemenangan Liverpool pown xde makne sebab dah xde efek dah. Dorg menang pown xkan catch up ngan ManU punye. 

Ape-ape pown aku seronok g sane. Sekali-sekala jadi fans ARSENAL ape salahnye. Aku ngan affan nak cari plak fan base MANCHESTER UNITED MALAYSIA. Nak lak try tgk dengan fans sendiri plak. To arsenal malaysia fans, thanks for the hospitality.

PS:- Aku yakin jualan DVD yang fans TOTTENHAM wat mesti lagi laku dari cerita 2 ALAM.

Monday, November 15, 2010

Remaja Melempang Pengemis

Seperti biasa rutin harian aku lepas habis kelas, balik bilik bukak laptop pasang internet. Hari ni hari yang bahagia bagi aku, assignment besar dah siap, kurang arr sikit stress. Internet kolej lak laju takde laa lembab mcm siput babi. Feeling aku surf tenet yang berkelajuan tinggi ni, kalo selalu macam ni kan best makin bertambah sayang aku kat kolej ni. Tapi hari aku bertukar menjadi gelap gelita apabila aku menonton video yang di-SHARE kawan aku kat FACEBOOK. Video yang di post oleh Oh! Media bertajuk REMAJA MELEMPANG PENGEMIS. Korang cari jerlaa sendiri kat Facebook Insya-Allah jumpe. 
  
Aku mula-mula ingat video ni budak tu bergaduh dengan pengemis tu tapi rupenye lain dari apa yang aku sangka. Dalam video ni dua orang mamat (remaja) buat DARE untuk melempang pengemis yang sedang TIDUR kat tepi jalan TAR tu. Muka mamat yang melempang tu FAMOUS jugak sebab dia ade video lain iaitu video CIUM MULUT kat public di Jalan Bukit Bintang tak silap. Lepas melempang pengemis tu mereka blah dari tempat kejadian dengan perasaan puas dan bangga.

Aku berasa cukup sebak part bile pengemis tu minta jangan diapa-apakan oleh dua orang mamat celaka haram ni lepas kene lempang. Kesian sungguh pengemis tu. Dah la hidupnya serba daif lepas tu dilempang pula oleh budak2 yang lebih muda dari si pengemis tu. Aku ni walaupun jiwa keras tapi aku memang takleh tgk nasib orang yang serba kekurangan ni. Ape faedahnye yang ko dapat dengan melempang pengemis tu. Mungkin dapat publisiti murahan ade arr. Bangga ke ko fames dengan cara macam tu. 

Ramai orang komen mengutuk tindakan mereka sampai ade yang tak tahan perasaan sampai mencarut-carut kat FB, tak pasal2 dah wat dosa. Jujur kalo aku jumpe mamat ni aku nak tanye ape motif die lempang orang tu. Kalau die jawab tanpa rase bersalah aku malas nak wat ape-ape kat die, buat ape buang masa terajang BINATANG, binatang mane ade akal nak reti beza ape yang betul dan ape yang salah. Biar laa die sendiri jawab ngan tuhan.

PS:-http://www.facebook.com/video/video.php?v=165609880140456&oid=331481044571&comments ni link ke video tu. korang tengok dan renung-renungkan laa sendiri.

Sunday, November 7, 2010

This is Why Manchester United is the Bes

patotnye aku dudok sebelah si ROONEY tu tapi KTM delay lak tak sempat aku nak kejar photoshoot ni
 
Aku minat MANCHESTER UNITED sejak aku kecik lagi. First time aku minat ManU mase aku jumpe poster dorg kat depan CC bawah umah aku. Brader CC tu minat ManU agaknye, lepas tengok poster tu aku jatuh cinta ngan ManU, so aku decide nak sokong ManU walaupun tak pernah tengok diorang main lagi. Hujung tahun tu plak aku dapat tahu ManU berjaya menang "TREBLE". Jadah time tu aku tak tau pown ape makne treble tu. Aku tumpang gembira je arr. Time darjah 5 plak ASTRO pertama kali dicucuk kat TV buruk rumah aku tu. Time tu laa first time aku tengok ManU punye game. Skuad time tu mmg oldies habis ade BECKHAM (player faveret aku), Van Nisterlrooy, Forlan, Veron dan ramai lagi. Pastu time tu plak FERDINAND (defender termahal of the 90s) baru join ManU. Time tu mmg aku bangge gile tengok ManU. Malangnye season tu ManU tak berjaya menjuarai EPL sebab ARSENAL tentibe hebat sangat plak musim tu. Still ianya tak melemahkan semangat cintakan ManU aku.

So fast forward ke tahun 2011 aku still menyokong ManU. Banyak suka-duka dan pahit manis aku dah tempuh dah. Di boo oleh penyokong-penyokong Liverpool Arsenal atau Chelsea kalau ManU kalah. Kesian dorg nak sgt tengok ManU kalah sebab dorg tau dorg tak sehebat ManU. Tak kisah laa kang bile ManU menang besar ke atas dorg terdiam terus dorg. Aku nak amik contoh Chelsea arr. Brape kali ntah diorg tukar manager, tukar manager macam tukar stokin. Kalo tahun tu tak perform terus nak sack. Ko tengok SIR ALEX FERGUSON brape lame die stay kat ManU. Semenjak penubuhan EPL early 90's, ManU worst position adalah tangga ke 3 jer. Banding ngan kelab lain?? ManU tiap-tiap tahun qualify UCL, Chelsea ngan Liverpool?? Liverpool punye fans biasenye berkokok dengan kemegahan 5 kali UCL dorg. Past 10 years ape achievement dorg?? Sama taraf ker dengan ManU?? Hidup kite ni pandang ke depan jangan pandang ke belakang. 
 
Ramai cakap ManU ni beli pemain bintang tu dorg power tu. I'm Sorry?? Cube korg tengok skuad kat atas tu, brape bnyk star yang ade?? aku nampak star yg tggl ROONEY ngan NANI jer, tu pown injured, yang lain2 mcm GIGGS ngan SCHOLES dah tua, FERDINAND, VIDIC ngan VAN DER SAR dah past their prime time dah. ManU punye recent transfer HERNADEZ ngan BEBE, BEBE !!!!!!! player ntah mane-mane pungut tapi still brape gol diorg dah score skrg?? Liverpool selalu ckp yang diorg x menang sebab TORRES takde, habis tu team ade 11 bukan satu, ManU takde ROONEY pown ok jer takde pown merasa tangga ke-2 dari bawah. MAN CITY macam-macam player dorg beli tapi ape kes, skrg dengar citer nak sack si MANCINI tu betol ker?? Man City ade hati cakap dorg lagi hebat dari ManU, tapi mggu lepas dorg kalah ngan Wolves, minggu ni ManU menang dengan 2ND TIER team ape citer??

Ramai jugak cakap ManU ade RONALDO dulu tu sebab die power mng UCL semua (one man team). Im Sorry?? ko tgk statistik si RONALDO tu kat ManU, hujung-hujung season baru die perform baru die score berpuluh-puluh gol. Ini menunjukkan yang ManU beli dan "TRAIN" pemain die bukan mcm Chelsea, Man City atau Real Madrid yang beli player yang dah digilap, takde seni langsung. Bile Manu nak beli pemain tu mesti kelab-kelab besar lain aku bid untuk player tu sebab diorg tahu player tu akan menyelah kalo ManU beli. Contoh die ManU nak beli RONALDINHO dulu, time tu die belom laa star gile babi lagi tapi bile tau ManU nak beli cepat2 kelab lain kejar.

Ape-ape pown terjadi aku tetap akan sokong ManU selama-lamanya, kalah menang aku tak kisah. Kelab ni banyak sejarah dalam idup aku. Aku start main bola sebab ManU. Aku start tgk bola sebab ManU. Semuanya kerana ManU. From now i will love ManU whole heartedly forever !!!!!!

Friday, November 5, 2010

Handphone Dalam Masjid

Hari ni hari Jumaat dan seperti biasa kaum Adam akan bersiap sedia dari pukul 12 tengah hari lagi untuk menunaikan Solat Jumaat. Aku seperti biasa pukul 1.15 aku bergerak ke masjid. Aku pegi lenggang jer biasenye. Semua barang-barang duniawi sepert handphone dan dompet aku tinggal jer kecuali kunci kerata Myvi McLaren aku, maklumla panas nak menapak ke masjid tu so aku drive arr. Hari ni aku sembahyang kat masjid RTM, kurang pulak kenderaan kat parking hari ni maklumlaa cuti DEEPAVALI ramai org balik kampung laa tu. Pantang cuti sikit orang Malaysia ni terus jer nak balik kampung. Konpem masjid-masjid kat kampung sesak-sesak, orang kampung plak mesti ade yang pongeh dengan orang bandar yang pulang ke kampung tu sebab terpakse berhimpit kat dalam masjid tu. 

So nak dipendekkan kat cerita time aku tengah sembahyang tu ade laa sorg umat ni punye handphone BERDERING. Bunyi handphone die lebih kuat dari sound system Imam sampai satu ketika Imam tu meninggikan suara die. Konpem mamat tu lepas hbs salam jer terus melarikan diri sebab malu atas incident tadi. Tok Imam tu sebelum sembahyang lagi dah warning "saf rapat-rapatkan saf , SILA MATIKAN HANDPHONE ANDA" so takde alasan arr die terlupa nak switch off atau silentkan handphone die. Tapi bende kecik ni aku tak rase brader tu punye salah tapi aku rase orang yang telefon brader tu yang salah.

Kenapa aku cakap orang yang call brader tu yang salah sebab cuba korang fikir logik. Hari Jumaat pukul 1-2 kaum Adam kan ker pergi masjid nak solat. Orang yang call tu tak ade adab ker nak tunggu solat tu habis. Ape salahnye call lepas solat Jumaat tu habis. Maybe orang yang call tu non-Muslim tapi aku rase itu adalah mustahil. Member-member aku yang bukan Islam time aku sekolah dulu sume paham jer hari Jumaat budak2 lelaki pergi sembahyang kat masjid. Aku siap kene perli lagi dulu time melepak kat Bangsar Village sebelum solat Jumaat, amoi (member satu sekolah) tu cakap "Nizam aren't you suppose to be at the mosque right now", malu siut dengan kadar segera aku pergi ke masjid Saidina Abu Bakar bersebelahan walaupun waktu Zohor lambat lagi.

Aku pown ade pengalaman sendiri gak pasal kes ni. Time aku sembahyang aku pernah dapat 3 miscall. Lepas solat aku terus arr mesej balik si pemanggil tu, "knape call ??" tanye aku. Dengan segera die balas "ko ade handphone macam takde handphone kalo camtu baik tak payah beli handphone !!" marah arr tu aku rase sebab ada tanda seru kat belakang ayat die. Aku balas dengan selambe, "ko tak gi masjid sembahyang Jumaat ke tadi ??". Terdiam beliau di situ.

Senang citer tinggal jer hanphone kat rumah macam aku, duniawi jer semua tu
 
 

Thursday, October 28, 2010

Wayang Of The 90's



 Aku mmg minat menonton wayang. Suasana die FEEL sikit berbanding beli DVD HARAM pastu tgk kat rumah. Apa jadah tgh sedap2 tgk sekali ade KEPALA MANUSIA yang bergegas nak ke tandas. Tapi aku beli gak dvd haram cuma aku tunggu bile apek tu copy dari dvd die yang ori, baru gmbr ngan audio die cantik sikit. Subtitle pown takde arr merapu. Tapi aku wat post ni bukan nak cerita pasal dvd haram tapi pengalaman aku menonton wayang mase kecik-kecik dulu.

So first citer aku tgk kat wayang dulu adalah Maria-Mariana. Ye saye MARIA-MARIANA, memang mcm shit arr bile besar pikir balik asal aku tgk citer tu tapi bile pikirkan aku mase tu kecik lagi aku tak kisah arr. Budak2 ape tau ann. Lagi pum time tu aku semangat sebab FIRST time nak merasa pergi panggung. Mak aku pown beriye-iye nak tgk citer tu mungkin sebab die nak jadi  MAJU sikit sebab time tu sape tak tgk maria-mariana mcm ketinggalan zaman arr. BOX OFFICE SATU MALAYSIA jgn main-main tu. Pawagam pertama aku adalah pawagam kat JALAN TAR tu, yang sekarang ni hanya menayangkan cerita TAMIL sahaja. Dulu mane ade KLCC ke MID VALLEY ker nak tgk wayang kat GSC or TGV. Sistem tiket die pown tak semaju sekarang lebih kurg mcm sistem tiket bas nak balik kampung jer. Dulu mane ade orang beli POPCORN tapi org lebih suka beli KUACI. Peh ko bygkan arr tukang cuci tu nak vakum kuaci2 tu punye kulit, mmg seksa. Mesti die benci ngan kuaci sampai hari ni.

So lepas dari Maria-Mariana mak aku jadi rajin menonton wayang pulak. Tapi memang citer Melayu arr sume. Citer Melayu time tu mmg DATUK YUSOFF HASLAM arr pegang, citer die wat mesti box-office. Hero die mesti AWIE dan heroin mesti ZIANA ZAIN ngan ERRA FAZIRA. Pastu diorg mesti wat lagu dan lagu tu akan menjadi top kat radio-radio Malaysia. Dulu kalo sape paling hensem kat kelas org mesti kaitkan die ngan AWIE, awek kepada mamat hensem tu plak mesti orang kaitkan ngan ERRA FAZIRA and kalo ade budak pompuan jahat dalam kelas org mesti kaitkan die ngan ZIANA ZAIN sebab die biasenye pegang watak jahat ataupun perampas pakwe org arr. Tinggi sungguh pengaruh movie melayu dulu2.

Last citer wayang aku tgk time kecik2 adalah PUTERI IMPIAN 2, kire itu terakhir kali arr aku tgk wayang dalam keadaan tak berapa urban.  Lepas tu muncul laa satu shopping complex bernama SURIA KLCC. Sejak dari tu family aku kalo nak tgk wayang mmg gi situ je arr, tgk kat TGV. Time ni show yang kitrg tgk lebih urban. Show pertama aku tgk ngan mak aku adalah TOMB RIDER. Sejak hari tu aku jatuh cinta ngan ANGELINA JOLIE. Masih lagi gak arr menonton citer Melayu yakni SENARIO tapi aku rase SENARIO dulu lawak die lebih berkualiti berbanding skrg ni. 

Itulah pengalaman aku mase kecik-kecik tgk wayang. Teringat balik mmg kelakar arr. Wayang dulu ngan sekarang memang jauh bezanya. Oh ye lagu kat atas ni saje aku letak. Nak mendapatkan feel wayang of the 90s arr kononnye hahaha.
 

Wednesday, October 20, 2010

Lelaki Jahat Sangat Ker??

Sejak kebelakangan ni aku perasan yang banyak sungguh video atau notes yang sering diSHARE kat Facebook. Sebagai pengguna FB yang setia aku rajin arr klik link2 tersebut. Tapi aku perasan satu trend sharing link yang aku rase menyampah pulak bile aku jumpe kat FB ni. Link tersebut ialah link-link yang MENJATUHKAN MARUAH SEORANG LELAKI.
 
Ape JAHAT sangatkah orang lelaki ni sampai korg nak share link atau video kat Facebook ni. Yang paling best tu siap rajin dok wat video semata-mata nak kutuk kaum lelaki. Setiap note atau video die JALAN CERITA lebih kurang same jer aku amik contoh citer aku bace semalam. Lelaki ni dah kahwin, ada anak bini, pastu lelaki ni malas layan bini die, pastu bini die mati eksiden, si suami kesal dan menyesal atas perbuatannya. Kire overall citer ni lelaki ni jahat tak bertanggungjawab arr kirenye. Lepas dah bace note atau tengok video tu mesti ade bhgian komen-mengomen. Komen yang ade plak menambahkan lagi perasaan benci terhadap lelaki. Kutuk lelaki buli perempuan, lelaki dayus, lelaki hanya ikut nafsu, lelaki itu lelaki ini. Bile seorang lelaki mula menjawab komen2 tersebut mengatakan tak semua lelaki macam tu mulalah mereka akan dikutuk balik. Amboi bukan main lagi kat FB bersuara kat luar berani bersuara tak?? Persoalan aku cerita-cerita yang korg bace kat FB tu 100% berdasarkan kisah benar ker. Mengikut gaya cerita mcm tulisan ala-ala PENULIS NOVEL jer tapi pembaca tanpa fikir 100 kali terus nak kondem lelaki.

Aku nak tanye korg PEREMPUAN ni baik sangat ker. Korg ingat perempuan tu suci mulia bebenar arr. Bile aku cakap ape pendapat korg ngan perempuan yang jadi BOHSIA, PELACUR atau GRO. Mesti korg jawab sebab BAPAK atau ABANG atau BOYFRIEND die wat onar kat die mase kecik tu yang die jadi liar tu. Kalau itu laa jawapan korg maknenye korg ni pengaruh FILEM kuat sebab otak korg cetek tak pikir meluas. Banyak faktor lain yang boleh diberi contohnye kurang DIDIKAN AGAMA mase kecik2. Ni tak balik-balik laki yang kene. Ape plak pendapat korg tentang perempuan yang AMBIL KESEMPATAN terhadap keistimewaan yang lelaki tu ade. Contohnye perempuan ambik kesempatan kat lelaki yang kaya. Kikis wang lelaki tu pastu tinggalkan lelaki tu. Mesti korg jawab sape suruh lelaki tu DAYUS atau BODOH sebab layan perempuan tu. Tak pulak korg jawab SUNDAL punye perempuan buat lelaki tu macam tu. Lepas tu kalo lelaki tu nak balas dendam kat perempuan tu lelaki tu akan dilabel sebagai KEJAM sebab membuli seorang wanita yang LEMAH. Habis macam mana lelaki nak mempertahankan MARUAH dia yang dah tercalar. Adakah lelaki tu patot BERDIAM DIRI sahaja.

Tujuan aku wat post ni bukan untuk mengutuk atau memihak kepada mana-mana jantina yakni LELAKI atau PEREMPUAN. Tak boleh ker kita hidup harmoni tak payah kite simpan perasaan benci terhadap jantina yang berbeza dengan kita. Kalau benci sangat dengan lelaki takkan korg nak kahwin ngan perempuan kot, haram tu disisi Islam. Memang aku admit bnyk kes ROGOL BUNUH yang dilakukan oleh lelaki tapi aku nak tnye jugak arr ape pendapat korg TENTANG KES BUANG BAYI, takkan lelaki sorg yang disalahkan habis perempuan tu tak bersalah ker?? Same-same buat same-same laa tanggung. Akhir sekali aku nak cakap tak semua lelaki dalam dunia ni JAHAT, jangan kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA !!!!!!


Sunday, October 17, 2010

Kecik-kecik Dulu Aku Minat ULTRAMAN

 

Sape tak kenal dengan ULTRAMAN. Hero bisu besar bergantang yang berasal dari Jepun. Tak kire tua or muda semua orang kenal ngan Ultraman. Aku time kecik-kecik (besar ni pown same jer) minat gile kat Ultraman. Tak silap dulu Ultraman selalu ade kat TV3 hari Sabtu. Dulu TV3 kartun hari Sabtu die mmg hebat2 dari kul 9 pagi sampai kul 1.30 tengah hari. Tapi time kecik-kecik tu memang payah aku nak tengok sebab aku dok dengan mak cik yang babysit aku mase kecik. Anak2 die DENGKI ngan aku tak kasi tgk Ultraman. Alah macam laa dorg ade ASTRO nak tengok channel lain, channel yang ade pown TV1 dan  TV2 jer tapi sebab jeles punye pasal sanggup diorg tgk berita tamil dari kasi aku tgk Ultraman. Ikutkan nak jer aku suruh Ultraman tu pijak dorg. Aku dapat tengok nasib2 arr kalo mak aku balik kerja awal atau kalau anak2 mak cik tu takde kat rumah.

Ultraman ni gaye citer die same jer tiap-tiap minggu. Ade raksaksa datang awal-awal episod. Pastu tentera sains try nak musnahkan raksaksa. Tapi dorg punye senjata PISTOL AIR jer bagi raksaksa tu. Pastu nanti salah satu jet pejuang tentera sains (yang dipandu manusia yang leh jadi Ultraman) TERHEMPAS. Jeng jeng jeng Ultraman muncul. Start arr ultraman gadoh ngan raksaksa dalam seminit dua. Kejap2 ultraman wat lompat filip pastu sepak kepala raksaksa tu. Raksaksa bengang campak ultraman kat bangunan2 yang berdekatan. Pasukan tentera plak sibuk nak tolong tembak guna pistol air yang tak lut tu. Mula-mula Ultraman MENAPAU raksaksa tapi akhir-akhir raksaksa lak TAPAU ultraman. Mula laa ALARM ultraman berbunyi menandakan yang die leh tahan 3 MINIT jer lagi. Agak2 tinggal lagi 30 saat baru ultraman fire raksaksa tu gne laser beam die. Lepas raksaksa tu hancur ultraman pose bangga sikit baru laa terbang ke angkasaraya. The end. Macam tu jer jalan citer die tiap-tiap minggu tapi tiap-tiap minggu laa aku dok layan ultraman ni.

Dulu Ultraman yang fames kat tv3 adalah Ultraman ACE (aku panggil ultraman bapuk)  dan juga Ultraman Taro. Sape tak kenal ngan TARO si ultraman bertanduk tu. Die ni paling lembik aku rase tapi ANAK EMAS mak ngan bapak ultraman. Brape kali ntah mak ultraman turun bumi tolong die hahaha. Lepas tu time aku start tadika Ultraman beralih siaran ke stesen tv lain yakni METROVISION. Time ni aku kenal Ultraman lain seperti Ultraman 7, Ultraman 80, Ultraman LEO dan juga Ultraman ASTRA (kembar si Leo).

Kuat sangatlaa kononye si Taro ni kang kalah ngadu kat mak

Lepas tu time darjah 2 kalo tak silap aku ade jual KOMIK ULTRAMAN. Ade 6 episod jer tapi setiap episod buku die tebal 2 kali ganda dari komik DRAGON BALL and harga die pown dua kali ganda lagi mahal dari komik Dragon Ball. Komik Ultraman adalah komik pertama aku layan lepas tu aku baru layan dragon ball (nanti aku citer pasal dragon ball kat post akan datang ekk). Fuh layan gile. Aku ingat lagi aku minat gile style Ultraman Great (tapi dalam komik die tulis Ultraman G jer). Ultraman ni wat pengetahuan korang adalah Ultraman yang die punya latar tempat kat USA (tapi penggambaran kat Australia). Fuh die punye care mmg stylo time lawan. Takde menggelabah macam ultraman-ultraman lain.

Ultraman G faveret aku

Impak Ultraman mmg tggi sungguh dalam hidup aku. Tapi aku dah lame tinggal dah. Dah besar laa katekan. Last Ultraman yang kau layan Ulltraman TIGA. Sekarang ni aku tgk ultraman dah makin merepek kostum die. Ade plak Ultraman kaler biru ngan purple. Memang tak kena betol dengan pahaman aku bahawa kulit si Ultraman ni merah ngan putih jer. Ape-ape pown bile tgk iklan ultraman kat tv terkenang balik time kecik-kecik dulu.

PS:- Dulu-dulu aku selalu bayangkan macam mane orang Jepun nak bersihkan bangkai2 raksaksa yang hancur bersepah sebab diFIRE ultraman.

Wednesday, October 13, 2010

Invaders Must Die !!! Justin Bieber Must Die !!!!!!

 

Lagu yang bersusaian aku rase untuk post kali ni, kalo sudi klik arr butang play tu sambil membaca post ni. Tempoh hari aku ade citer pasal PARAMORE. Bagaimana mereka diangkat sebagai anak emas radio Malaysia sekarang ni padahal kat negara lain demam paramore dah lame kebah. Tapi tu aku tak kisah sangat atleast muzik die leh arr tahan. Bleh arr tahan daripada muzik2 yang dinyanyikan oleh seorang artis bernama JUSTIN BIEBER.

Sape x kenal si JB (malas nak eja name die panjang2) ni. Penebar roti canai, amah kat hospital, mak cik jual goreng pisang, apek jual mapiau semua kenal ngan budak ni. Artis pop yang lahir daripada YOUTUBE. Berkebolehan bermain gitar sambil menyanyi. Ok la memang die ade bakat nak dibandingkan dengan aku tapi aku cukup tak paham kenapa ramai sungguh umat (terutama aweks2) suka budak ni. Die berjaya memukau orang ramai dengan suara belom akil balighnye lagi. Time suara ni leh arr die nak falseto ke ape ker korg tunggu arr nanti time suara die pecah konpem tak sedap. Rambut ABU BAKAR ELLA die pown menjadi trend sekarang sampaikan si MIKE SHINODA pown buat rambut ala2 si JB ni untuk album baru mereka. Ape yang mengecewakan aku adalah apabila ramai member2 aku cakap aku meniru rambut si JB ni padahal dari azali lagi rambut aku kalo panjang die mengembang sebegitu (kawan2 rapat tau arr maksud aku) kalo tak percaya tanya arr mak aku. Semenjak dari kes tu aku dah tak simpan lagi rambut panjang takut disamakan ngan si JB. Celaka ko JB.

Lagu si JB ni bergenrekan POP and kebanyakannye pasal cinta monyet ataupun minat terhadap awek. Persoalannye untuk umur semuda die layak ker die untuk memberi nasihat pasal cinta. Mak bapak tak pulak marah bile anak2 kecik mereka dengar lagu pasal cinta-cinta ni tapi bile bkk lagu METALLICA ONE terus dilibasnye anak tersebut dengan batang penyapu katenye lagu SETAN laa konon. Orang cakap JB ni is a good role model to young generation. Habisla aku rase young generation pasni sebab semua akan beli camera, beli gitar, nyanyi dan post kat youtube dengan harapan artis seperti USHER akan jumpe mereka dan BRANDKAN mereka sebagai the next JB.

Radio dan television (MTV) pown tak habis-habis main lagu si JB ni. Bukak radio lagu JB bukak TV lagu JB. Bukak hitz.fm lagu JB bukak fly.fm lagu JB gak, SINAR FM aku tak taula ade main ke tak lagu si JB ni. Tapi ape yang spesel sangat ngan si JB ni. Korg rase kalo aku dapat cari budak yang sama sedap (sedap ker) suaranya seperti suara JB tapi muka die sehodoh toyol korg rase korg nak dengar tak budak tu nyanyi sampai habis. Janganlah bohong, bohong dosa. Kerana muka die yang comel (comel ker) korang sanggup dengar lagu die jer, kalo tak korg tak dengar pown lagu die.

Ayat-ayat awek2 yang aku selalu dengar pasal JB:
-ADORABLE
-CUTE AND TALENTED
-RAMBUT DIE CANTIK (aku dah lame ade rambut tu takde org nak puji pown)
-HANDSOME

Dahla toksah puja laa budak tu. Tggu arr tak lame lagi korang lupe laa ngan die. Bende ni dah banyak kali berlaku dah. Orang kite ni ikut HYPE jer lebih. Contohnya LADY GAGA. Ape citer sekarang aku tgk dah kurang dah orang puja2 minah tu kalo tak LADY GAGA forever.

PS:-kepada peminat2 JUSTIN BIEBER...... I dont give a damn about what you think of me..



Monday, October 11, 2010

10.10.10 or 20.10.2010 ??

Semalam umat dunia merasa satu keajaiban apabila tarikh 10 October 2010 atau 10.10.10. tiba. Peh ramai sungguh umat yang taksub ngan hari ni. Ade yang nak KAHWIN hari ni, siap kahwin kat ANGKASA tu konon lain dari yang lain arr, bak kate mak aku perkahwinan terunggul dekad ini. Tak per laa aku doakan mereka bahagia nanti. Bakal2 ibu ataupun mereka yang bakal melahirkan anak kedua ketiga mahu pown anak yang ke dua puluh satu juga bercita-cita MELAHIRKAN anak mereka di tarikh ini sampai ade yang cube MENERAN anak yang kat dalam perot tu keluar. Ish3 toksah laa kesian budak dalam perot tu die tak puas dudok dalam perot tu lagi. Nasib baik laa 10.10.10 ni tak jatuh time hari CUTI SEKOLAH kalo tak aku rase busy sungguhla tok mudim tok mudim satu Malaysia ni. Pastu jenuh arr mak bapak mengejar anak jantan mereka melarikan diri sebab xnak ANU dipotong ish ish ish...

Ape yang aku buat pada tarikh ni. Ade sumthing spesel ker bagi aku kat tarikh ni. Ofcourse TAKDE. Alaa 10.10.10 mane ade bende sangat. Bukannya salji turun pown kat Malaysia pada tarikh ni. Biase2 jer. Bangun kul 11, makan, melayan tenet, tido, makan, tenet balik, dota, makan, tido tu jer aaa aktiviti aku. Malam tadi aku tgk kebanyakan umat kat FACEBOOK taksub ngan tarikh tu. Alah tak keramat manala tarikh tu bnyk lagi tarikh keramat contohnye 20 OKTOBER 2010...

10 Oktober 2010 tu sepatutnye kalo jadi nombor kan ker 10.10.2010. Cube korg sebut tak ker janggal bunyinye tapi org kite amik 10.10.10 jer. Tapi cube korg tgk 20 Oktober 2010, nombornye akan jadi 20.10.2010 lagi gempak aku rase. Tinggal lagi tarikk tu jatuh pada hari RABU so maybe tak best laa kononnye hari tgh2 mggu. Tapi kepada mak2 yang melepas 10.10.10 bleh arr try melahirkan anak pada 20.10.2010 plak. Nak lagi best teran laa anak tu time 8.10 p.m haa complete 2010 HOURS at 20.10.2010 hahaha.

Kalo korg melepas gak nak wat function gempak2 pada tarikh ni  ade lagi 20.11.2011 atau 20.12.2012 haa. Ade dua tahun lagi wat laa perancangan awal2 yer. Nanti konpem ade umat yang cakap 20.12.2012 tu hari kiamat yela dorg taksub tgk citer 2012 laa katekan. Nasihat aku takyah arr taksub dgn tarikh2 ni. Tarikh tu takde makne tapi cara kita mengisi hari kita pada tarikh tersebut lagi penting.

Friday, October 8, 2010

Die Hard Fans Paramore !!!!!!

Petang tadi sewaktu drive pulang ke rumah aku tune ke stesen radio Fly.Fm. Sekarang ni stesen2 radio memang hangat mempromosikan konsert PARAMORE. Masing-masing berlumba-lumba memberikan contest2 yang macam-macam supaya pendengar setia mendengar stesen radio mereka untuk berpeluang memenangi tiket ke konsert tersebut.

Nak dipendekkan cerita ade seorang pemanggil yang berjaya menjadi pemanggil ke-5. Belum ape-ape lagi mamat ni dah terjerit-jerit. Perkataan "MY GOD" rasanye dah 12 kali die ulang. Die pikir die dah menang siap mengadu lagi yang die dah dua minggu call Fly semata-mata nak menang tiket tu. Tapi sebelum DJ bagi tiket tu ade syarat. Syaratnye teka muzik paramore yang berkumandang dan berikan tajuk. Die konfiden hbs boleh jawab, die hard fan mungkin. So lagu pun berkumandang dan dengan segera die menjawab DECODE. Aku dengan segera gelak kuat kerana lagu yang berkumandang memang seratus peratus bukan lagu DECODE. DJ tu dah terpinga-pinga nak kasi ke taknak sebab jawapan die salah. Mamat tu menggelabah dan meminta dikasihani namun rayuan tak berjaya. Serta merta usaha die selama dua minggu sia-sia. Btw aku pown cube teka lagu yang berkumandang dan dengan konfiden aku ckp kat mak aku yang tajuk lagu tu BRICK BY BORING BRICK tapi tekaan aku salah sebab tajuk lagu tersebut adalah IGNORANCE. Nasib mak aku tak gelak kat aku. Mungkin kerana mak aku sekepala dengan aku kerana aku TAK SUKA dengan PARAMORE !!!!!

Ape yang aku nak cuba sampaikan kat sini ialah kebanyakkan (bukan semua) peminat kat MALAYSIA ni hanya minat kerana HYPE sahaja. Paramore adalah salah satu contoh hype yang melampau yang sering dimainkan oleh media Malaysia. Oleh itu orang Malaysia anggap band ni hebat sangat. Terus mereka puja kerana nak follow the TREND konon. Padahal Paramore ni biase jer. Radio kat Malaysia aku rase bias dalam pemilihan muzik di stesen mereka. Diorang bile tau artis tu fames terus jadikan artis tu sebagai ikon mereka. Hasilnya lagu mereka selalu on air berbanding muzik2 dari penyanyi lain. Benda ni la yang menyebabkan orang luar anggap kita sebagai orang yang buta muzik. Hanya minat muzik berdasarkan HYPE dan TREND. 

Post seterusnya aku akan cerita pasal HYPE melampau yang sering diputarkan media. Orang jadi gile dengar suare beliau. Kehenseman beliau (walaupun muka si amir bangun tidur lagi hensem) menjadi pujaan budak2 sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Beliau yang aku maksudkan adalah JUSTIN BIEBER.

Invaders must die !!!! JUSTIN BIEBER must die !!!!

Sunday, October 3, 2010

Ahmad Zhafran si Penceloteh Bertauliah

Hensem arr tu kononnye pegidah

Berdasarkan gambar dan tajuk di atas korg dah tau blog ni pasal ape. AHMAD ZHAFRAN atau lebih dikenali sbgai AFFAN oleh member2 die yang setia mengharungi celoteh beliau. Nak dipendekkan cerita aku lepak ngan die kat McD Bangsar semalam menonton perlawanan Manchester United. Kepada ALEX FERGUSON kenapa anda noob sgt menurunkan skuad2 yg ntah hape2 ntah smlm. BERBATOV bench ko gila ape adoi. Tapi blog kali ni aku malas nak cerita pasal Manchester United sebab takde kaitan dengan tajuk.

Untuk pengetahuan korg walaupun muka affan ni ade sikit hensem tapi tak sehensem aku tapi kepala otak die mereng sikit. Aku rase die ni ade short term memory lost. Tak hbs2 mengulang soalan atau ayat yang same. berikut adalah soalan-soalan atau ayat2 beliau semalam yg ntah berapa kali diulang.


"Amir mane??"
"Berbatov subs wei??"
"Bob ko kat kolej dok sorg??"
"Wei aku tak sabar nak kahwin dowh, ko tak teringin ker nak kahwin??"
"Manchester United season ni menang 19 kali draw 19 kali"
" BEBE BEBE!!!" (time ni BEBE pemain manu baru enter the field)
"anderson, scholes, macheda, owen??" (ketidakpuasan beliau terhadap pemain 1st eleven manu smlm)

Haa itulah soalan2 atau ayat2 yang diulang berkali-kali. Either die dah xde idea ataupun kepale die memang mereng, tapi aku rase kepala die mereng arr ibarat si 10 SECOND TOM dalam movie cinta Adam Sandler 51 First Date. Affan owh affan  -_____-