Monday, November 15, 2010

Remaja Melempang Pengemis

Seperti biasa rutin harian aku lepas habis kelas, balik bilik bukak laptop pasang internet. Hari ni hari yang bahagia bagi aku, assignment besar dah siap, kurang arr sikit stress. Internet kolej lak laju takde laa lembab mcm siput babi. Feeling aku surf tenet yang berkelajuan tinggi ni, kalo selalu macam ni kan best makin bertambah sayang aku kat kolej ni. Tapi hari aku bertukar menjadi gelap gelita apabila aku menonton video yang di-SHARE kawan aku kat FACEBOOK. Video yang di post oleh Oh! Media bertajuk REMAJA MELEMPANG PENGEMIS. Korang cari jerlaa sendiri kat Facebook Insya-Allah jumpe. 
  
Aku mula-mula ingat video ni budak tu bergaduh dengan pengemis tu tapi rupenye lain dari apa yang aku sangka. Dalam video ni dua orang mamat (remaja) buat DARE untuk melempang pengemis yang sedang TIDUR kat tepi jalan TAR tu. Muka mamat yang melempang tu FAMOUS jugak sebab dia ade video lain iaitu video CIUM MULUT kat public di Jalan Bukit Bintang tak silap. Lepas melempang pengemis tu mereka blah dari tempat kejadian dengan perasaan puas dan bangga.

Aku berasa cukup sebak part bile pengemis tu minta jangan diapa-apakan oleh dua orang mamat celaka haram ni lepas kene lempang. Kesian sungguh pengemis tu. Dah la hidupnya serba daif lepas tu dilempang pula oleh budak2 yang lebih muda dari si pengemis tu. Aku ni walaupun jiwa keras tapi aku memang takleh tgk nasib orang yang serba kekurangan ni. Ape faedahnye yang ko dapat dengan melempang pengemis tu. Mungkin dapat publisiti murahan ade arr. Bangga ke ko fames dengan cara macam tu. 

Ramai orang komen mengutuk tindakan mereka sampai ade yang tak tahan perasaan sampai mencarut-carut kat FB, tak pasal2 dah wat dosa. Jujur kalo aku jumpe mamat ni aku nak tanye ape motif die lempang orang tu. Kalau die jawab tanpa rase bersalah aku malas nak wat ape-ape kat die, buat ape buang masa terajang BINATANG, binatang mane ade akal nak reti beza ape yang betul dan ape yang salah. Biar laa die sendiri jawab ngan tuhan.

PS:-http://www.facebook.com/video/video.php?v=165609880140456&oid=331481044571&comments ni link ke video tu. korang tengok dan renung-renungkan laa sendiri.

No comments:

Post a Comment