Saturday, January 28, 2012

Pecah

Seperti semua para mahasiswa mahasiswi sedia maklum, baru-baru ni kerajaan telah mengedarkan kupon RM200 kepada para pelajar universiti untuk digunakan membeli buku-buku sahaja. Tapi ade dua tiga orang mahasiswa mungkin tak dapat merasa voucher ni kerana mungkin telah digantung universiti selama 3 sem dengarnye. Kesian?? Padan muka adalah haha. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat menukarkan voucher ini kepada wang tunai. Aku pun pada mulanya pongeh jugak tapi bila difikirkan balik ini adalah peluang untuk aku borong buku-buku kat MPH tu. Yelaa selalu lepak sana baca buku free pun tak power jugak lebih power kalau dapat beli buku-buku kat sana ye dok. Salah satu buku yang aku beli menggunakan kupon ni ialah buku FIXI bertajuk PECAH tulisan KHAIRULNIZAM BAKERI. Aku sebelum ni ade beli novel KASINO dan KOUGAR dan rata-rata aku puas hati teramat sangat dengan buku-buku ni. 

Cover buku dalam kepala otak aku ni mesti certa pasal terrorist attack. Death to Amerka !!!!

Novel PECAH ni adalah buku pertama aku baca dulu sebab antara buku-buku yang aku beli tempoh hari novel ni tak tebal mana. Start baca chapter 1 aku dah pikir novel ni macam cerita Hollywood yakni cerita rompakan paling power aku pernah tengok INSIDE MAN. Masa baca chapter 1 ni dalam kepala otak aku hanya terpikir lagu CHAIYYA CHAIYYA iaitu opening theme filem INSIDE MAN tu. Rompakan yang dilakukan oleh 4 sekawan, Herman, Radi, Don dan Alan. 

Masuk chapter 2 pulak aku sedikit pongeh. Mana cerita pasal rompakan tadi, ni apehal pulak tiba-tiba dalam rumah orang tua-tua pulak ni. Ape pulak watak Bakar ni tiba-tiba muncul yang dijaga oleh si Lidya seorang nurse di rumah tersebut. Mana pergi Herman, Radi, Don dan Alan tadi. Dalam kepala otak aku mungkin novel ni mcm movie hantu Thailand. Ada banyak cerita hantu yang takde kaitan dalam satu movie. Novel ni juga banyak flashback kisah silam Herman dan Bakar. Lidya juga merupakan teman wanita si Herman. 

Pada awalnye aku tak faham ape kaitan cerita Herman dan Bakar sehinggalah aku habiskan baca novel ni semalam. Beberapa chapter terakhir novel ni buat aku shitbrix. Aku cukup pongeh dengan ape yang Bakar dah buat seumur hidupnye walau pada awalnye aku kesian dengan nasib die ditinggalkan anak-anak di rumah orang tua-tua. Overall jalan cerita buku ni memang menarik. Power betul tak menghampakan expectation aku. Aku rekemen korang beli arr buku ni memang berbaloi beli.