Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Post kali ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada mereka-mereka yang mengenali diriku ini. Aku ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa maklumlaa kadang-kadang mulut aku leh tahan jugak lasernye, but I am being honest. Kalau aku bergurau2 terlebih gurau korang terasa aku minta maaf laa tapi mmg takde niat lain selain bertujuan untuk bergurau. 

Kepada mereka yang terbutthurt atas statement aku baik kat Facebook atau kat Twitter aku mintak maaf kalo bontot korang berdarah. Aku just cakap ape yg aku rasa. Toksah laa emo2 sgt, amik yg keruh buah yg jernih. Aku ni hari2 orang kutuk aku buncit, gemuk bagendol, tak hensem, bodoh, bebal, takde awek, forever alone, ketinggalan zaman etc2 tapi aku steady jer, lantak korang laa korang nak kata ape, bukannye aku rugi ape2 pun, korang yang mengutuk pun bukan untung ape2 membazir air liur iyer ade.

Anyhow selamat beraya, kepada yang drive tu drive elok2, jangan jadi setan kat highway, orang lain pun tak suka duduk kat highway lama-lama. Makan tu beringat2 mentang2 puasa sebulan hari raya pertama janganlaa melantak mcm tak makan setahun, relax raya pun sebulan jugak (ceh padahal aku yg patut kene nasihat mcm ni). Ok laa Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari aku Muhammad Syahzannizam Bin Ramli.

Lagu raya selalu dengar bosan jugak sekali-sekala tukar selera best..

Friday, August 26, 2011

Popcorn

Semalam lepas futsal memang tak sah kalau tak lepak dengan team futsal. Macam-macam cerita keluar, dari cerita pasal game futsal tadi, pasal zaman hantu kat sekolah, pasal betapa teruknye Arsenal dan Liverpool sampai laa cerita cinta monyet kat sekolah. Nak dipendekkan cerita member aku si Ahmad Zhafran (bukan nama sebenar) telah memetik satu cerita yang sampai sekarang terngiang-ngiang kat kepala otak aku ni. Cerita ini aku harus jadikan pengajaran kerana ianya menyedarkan aku bahawa makanan bukanlah segala-galanya.

Cerita berlatar-belakangkan time aku menonton wayang citer Fast 5 dengan classmate perempuan beberapa bulan lepas. Kirenye reunion laa kononnya ni. Nak plan reunion pun susah bukan main. Macam2 pantang larang. Sebab banyak sangat pantang larang aku malas nak melepak dengan budak perempuan lagi. Nak keluar pun ada time limit susah betul. Kalo diorang nak ajak aku tggu diorang setting dulu baru aku follow. Cakap-cakap ayam pun tak guna kan. Bek cari member lelaki lepak balik tiga hari kemudian pun takde hal punye. Saya tak gay saya ok. Fast 5 ni memang movie terbaik bagi aku sepanjang summer ni, sape tak tengok pegi arr download haram rasanya version DVD-RIP dah keluar dah kot. Aku time tu duduk sebelah budak Ahmad Zhafran ni (sekali lagi bukan nama sebenar) kat dalam wayang. Time tu tengok kat TGV. TGV ni best sikit bagi aku sebab popcorn die sedap. Manis die semacam lepas tu banyak pulak tu. Kalau sikit maknanya korang beli saiz small laa, small tu kecik bile kecik die sikit laa kalau tu pun tak tahu aku rase korang dah boleh retake SPM kot.

Nak dipendekkan cerita lagi sedang aku meratah popcorn manis sambil menonton skrin besar wayang tu aku telah diajukan satu soalan cepu emas dari salah seorang member perempuan aku time tu, si Selena Gomez (ini pun bukan nama sebenar atas faktor privasi aku terpaksa rahsiakan).

Selena Gomez: Nizam, sedap ker popcorn tu??
Aku: Haah sedap sungguh (sambil menyuap segenggam popcorn kedalam mulut)
Selena Gomez:.........
Selena Gomez:.........
Selena Gomez:......... (aku masih mengunyah popcorn dengan selambanya)
Ahmad Zhafran: woi orang tanye macam tu maknanya die nak sikit laa sengal, tak macho betul ko ni !!!
Aku: ehh laa yeker tak cakap mana laa orang tahu bahasa berkias ni nak sikit ker amik laa bnyak mana pun tak kisah ler =.=

Lepas tu aku tak ingat pulak sama ada Selena Gomez amik ke tak popcorn tu. Celaka kerana makanan awek aku ketepikan. Ketahian betul aku ni. Nampak sangat laa kenapa aku ni FOREVER ALONE. Sekian...

PS:- Aku salahkan popcorn TGV sebab sedap sangat.
PSS:- Maaf arr kepada followers aku yg 21 orang tu, lama betul aku tak update blog aku, bukan aku busy, aku malas keh keh keh..