Friday, September 2, 2011

Raya Ke Tak Ni??

29 Ogos 2011 (sehari sebelum raya)
Seperti biasa aku bangun awal hari tu, pukul 2 petang awalnya cis. Dalam kepala otak aku petang tu aku tak ingat raya, yang aku ingat Arsenal kena tibai 8 bijik gol ngan Manchester United malam sebelumnya, diulangi 8 BIJIK GOL. Apa makan laa team Arsenal season ni pelik betul aku. Plan nak bertolak dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan lepas Asar. Aku dalam kepala otak dah mencongak berapa jam yang diperuntukkan untuk sampai ke kampung. Kira punya kira aku agak-agak dalam 4 jam tambah tolak dengan waktu stuck dalam jam sekali. Makanan berbuka dalam kereta dah prepare awal, ape jadah berbuka nanti dengan niat dan telan air liur. Sampai kat highway aku pelik, kereta tak banyak, jalan tak jam, smooth jer perjalanan aku time tu. Malas nak komplen lebih2 kang jam kang aku jugak yang kurang pahala pose drive nanti. Sampai kat kampung lagi aku pelik, biasanya rumah bising dengan teriakan anak-anak buah berebut dengan mak bapaknye nak tgk Astro Ceria, tapi senyap jer pulak suasana kali ni. Rupenye mereka tak balik Teluk Intan raya pertama, masing2 balik rumah mak mentua. Ok jugak aman sikit hidup aku dari penangan channel Astro Ceria di pagi raya nanti.

30 0gos 2011 (1 Syawal, raya siot)
Hari ni aku bangun terlebih awal, actually bangun adalah perkataan yang salah sebab aku tak tido pun malam tu. Celaka kene serang ngan nyamuk, tau laa darah aku manis. Pagi raya macam biasa laa gi masjid sembahyang raya. Lepas sembahyang raya sesi maaf bermaafan antara ahli keluarga. Biasanye time ni laa riuh, yang tuanya menangis mintak ampun maaf. Aku assume yang mana air mata die deras mengalir die laa yang paling banyak buat salah tahun tu keh keh keh, yang keciknye pulak happy dapat duit raya. Dah habis nangis biasenya ade sesi fotografi. Tapi pagi tu suasana lain cikit, biasa-biasa jer, takde macam drama Melayu kat tv tu. Sesi fotografi pun takde so takde laa profile picture Facebook aku tukar tema raya tahun ni. Pukul 11.30 orang mula datang rumah, ceh yang datang pun budak2 nak cari duit raya. Aku malas layan bende2 ni, aku bukan kenal dorang so aku lari ke bilik. Tak sampai 5 minit aku terlelap, aku celik mata balik dah petang. Memang aku raya dengan mimpi jer hari tu takde bende special pun.

31 Ogos 2011 (2 Syawal, merdeka siot)
Tahun ni merdeka dalam bulan syawal. Ayat urban die Merdekaraya. Tapi aku tak rasa macam sambut merdeka pun hari tu. Biasa pagi2 ada rancangan khas orang berarak dengan kereta kebal kat Dataran Merdeka tapi tahun ni aku tak perasan pulak ada bende tu. Rancangan merdeka pun kurang kat tv, ada laa dua tiga drama merdeka tapi semuanya kat Astro, kat tv free takde pulak aku perasan. Biasanya citer Leftenan Adnan mesti ada time merdeka tapi yang ade citer Adnan Sempit ceh. Mungkin sebab orang masih mood raya so merdeka-merdeka ni belakang cerita kot. Tapi bile dipikirkan balik, macam mana nak raya kalo kita tak merdeka dulu hmmm..

Petang tu aku bertolak balik ke Kuala Lumpur, sampai kat KL aku perasan banyak kedai dah bukak dah. Diorang ni tak raya ke ape. Bila diteliti betul-betul baru aku perasan yang boleh dikatakan semua pelanggan kedai yang aku nampak adalah PATI. Yelaa nak balik kampung jauh bebenor cuti pun kejap jer tak berbaloi diorang balik buat rugi perabih beras jer. Bagi aku raya kali ni dah hilang suasana kemeriahan rayanya. Bulan Ramadhan pun aku tak feel macam dalam bulan Ramdhan. Puasa pun aku rasa macam tak puasa (puasa aku penuh tahun ni yer). Entah laa 10 tahun lagi mungkin raya ni jadi cuti biasa jer, macam takde bende yang nak dicelebratekan. Kesian anak-anak aku nanti, tak beraya laa diorang..

PS:- Pendapatan duit raya aku pun maik kurang tahun ni, sapa-sape yang sudi, bagi ler aku duit raya, bleh buat modal beli Blackberry tak pun I-Phone..