Friday, October 12, 2012

Update Blog

Jaga2 aku nak update blog ni...
Pada suatu hari....






















Begitulah ceritanya..
Jumpa lagi tahun 2014.. sekian.

Saturday, February 18, 2012

Parking Punye Hal

Cerita ini berdasarkan sebuah kisah benar...

Sabtu, 18 Februari 2012

2.10 pagi
Selepas melantak Triple Cheeseburger Mcdonalds automatik mata ni start mengantuk. Aku dengan segera menjalankan ritual wajib aku sebelum tidur yakni basuh muka dan kencing untuk mengelakkan dari terkencing tilam ketika tidur. Alhamdullilah dah lama jugak aku tak kencing tilam ni, last time rasanya time tadika dulu. Entah kenapa selepas aku selesai menjalankan ritual aku teringin nak usha tingkap rumah, hajat di hati nak menghirup udara nyaman Kuala Lumpur di waktu pagi mungkin. Time mengusha tu aku ternampak seorang awek seksi sedang menuju ke arah parking. Dari dressingnya yang berbaju singlet putih dan berseluar jeans pendek awek tu masuk ke keretanya, sebuah Saga BLM warna putih, keluar pagi-pagi buta mungkin nak clubbing agaknya hipotesis awal aku. Tapi ada satu masalah "besar" menghalang awek ni untuk keluar dari parking yakni sebijik kereta Myvi SE putih yang telah double park di belakang bontot Saga BLMnya. Maka bermulalah perang di antara awek ni dengan sebijik Myvi.

2.20 pagi
Myvi telah berjaya ditolak tetapi hanya separuh jalan. Myvi masih menutup separuh ruang untuk Saga BLM keluar dari parking dengan mudah. Namun awek itu kini sudah semakin lemah. Tolakannya sudah tidak menunjukkan gaya yang Myvi tersebut akan berganjak. Awek ni sekarang ibarat hero dota yang ketiadaan mana. Give up menolak Myvi awek ini cuba mengeluarkan Saga BLMnya dari parking di celah2 ruang yang sempit itu, namun agakkan aku kereta Saga BLM tak mungkin muat untuk keluar di celah2 ruang itu, agakkan aku tepat apabila Saga BLM sangkut di tengah jalan. Aku tersenyum sinis. Dengan perasaan kecewa awek itu masuk semula ke tempat asal Saga BLM itu tadi dan keluar dari perut Saga BLM. Cubaan kedua menolak Myvi sedang dilakukan. 

GAGAL. 

Myvi berkeras hati tidak mahu berganjak dari tempatnya. Awek ni berbadan tak besar mana. Boleh dikatakan badannya sekeping jer tapi aku yakin die menganggap dirinya sudah terlampau gemuk di mata masyarakat. Kadang-kadang aku pun tak paham dengan wanita-wanita seluruh dunia ni, badan macam lidi tapi tak puas hati dan menganggap diri sendiri gemuk segemuk gajah bunting. Mungkin disebabkan itu awek ini tidak memiliki kudrat yang cukup kuat untuk menolak berat Myvi yang mungkin seberat 4 ekor lembu jantan dewasa. Frust, awek tersebut mendail seseorang. Tak tahu pulak siapa yang nak dicall. Pakwe mungkin. Kalau ikutkan aku boleh jer turun sekejap tolong awek ni tapi entah kenapa aku lebih gembira usha gelagat awek ni. Tiba-tiba hero sampai...

2.30 pagi
Seorang mamat motor kebetulan muncul. Agakkan aku mungkin baru balik dari melepak kat kedai mamak berdekatan. Dengan machonya mamat ni offer bantuan. Tanpa melengahkan masa mamat ni masuk ke dalam Saga BLM dan cuba keluar dari parking walaupun Myvi masih menghalang jalan, tersangkut tengah jalan. Tanpa mengenal erti never say never mamat ni cuba jugak keluar dan akhirnya bam, terlanggar side mirror kereta sebelah. Cepat-cepat mamat ni keluar dari kereta sambil menggaru-garu kepala yang dibuat-buat gatal. Taktik cover malu depan awek singlet putih. Mungkin die ingat bawak kereta ni mcm bawak motor boleh celah-celah jer. Mujur side mirror kereta sebelah tak patah. Awek singlet kelihatan runsing dengan situasi ini, mungkin risau keretanya calar-balar. Akhirnya mamat ni terpikir untuk tolak kereta Myvi yang menghalang tadi. Kalau tolak dari awalkan bagus. 

2.40 pagi
Setelah Myvi ditolak akhirnya Saga BLM mempunyai ruang yang luas untuk keluar. Mamat tadi kemudian beredar dari tempat kejadian sambil membakar sepuntung rokok untuk dihisap. Awek tadi memecut laju selaju yang mungkin. Sama ada sudah lambat atau pun frust dengan kejadian parking tadi hanya dia sahaja yang tahu. Aku kat atas senyum kambing mengenang peristiwa yang baru sahaja berlaku. 

Pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar kepada kita dimasa hadapan terutamanya kepada kaum hawa ialah badan sekeping macam lidi tak menjamin kebahagiaan sebenar seperti situasi awek ni. Lelaki pun tak gemar sangat dengan awek-awek yang badan sekeping ni sebenarnye. Scarlett Johansson adalah contoh terbaik awek yang hot yang tidak mempunyai badan papan ye dok keh keh keh..

Minum Milo anda jadi sihat dan kuat.

Saturday, January 28, 2012

Pecah

Seperti semua para mahasiswa mahasiswi sedia maklum, baru-baru ni kerajaan telah mengedarkan kupon RM200 kepada para pelajar universiti untuk digunakan membeli buku-buku sahaja. Tapi ade dua tiga orang mahasiswa mungkin tak dapat merasa voucher ni kerana mungkin telah digantung universiti selama 3 sem dengarnye. Kesian?? Padan muka adalah haha. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat menukarkan voucher ini kepada wang tunai. Aku pun pada mulanya pongeh jugak tapi bila difikirkan balik ini adalah peluang untuk aku borong buku-buku kat MPH tu. Yelaa selalu lepak sana baca buku free pun tak power jugak lebih power kalau dapat beli buku-buku kat sana ye dok. Salah satu buku yang aku beli menggunakan kupon ni ialah buku FIXI bertajuk PECAH tulisan KHAIRULNIZAM BAKERI. Aku sebelum ni ade beli novel KASINO dan KOUGAR dan rata-rata aku puas hati teramat sangat dengan buku-buku ni. 

Cover buku dalam kepala otak aku ni mesti certa pasal terrorist attack. Death to Amerka !!!!

Novel PECAH ni adalah buku pertama aku baca dulu sebab antara buku-buku yang aku beli tempoh hari novel ni tak tebal mana. Start baca chapter 1 aku dah pikir novel ni macam cerita Hollywood yakni cerita rompakan paling power aku pernah tengok INSIDE MAN. Masa baca chapter 1 ni dalam kepala otak aku hanya terpikir lagu CHAIYYA CHAIYYA iaitu opening theme filem INSIDE MAN tu. Rompakan yang dilakukan oleh 4 sekawan, Herman, Radi, Don dan Alan. 

Masuk chapter 2 pulak aku sedikit pongeh. Mana cerita pasal rompakan tadi, ni apehal pulak tiba-tiba dalam rumah orang tua-tua pulak ni. Ape pulak watak Bakar ni tiba-tiba muncul yang dijaga oleh si Lidya seorang nurse di rumah tersebut. Mana pergi Herman, Radi, Don dan Alan tadi. Dalam kepala otak aku mungkin novel ni mcm movie hantu Thailand. Ada banyak cerita hantu yang takde kaitan dalam satu movie. Novel ni juga banyak flashback kisah silam Herman dan Bakar. Lidya juga merupakan teman wanita si Herman. 

Pada awalnye aku tak faham ape kaitan cerita Herman dan Bakar sehinggalah aku habiskan baca novel ni semalam. Beberapa chapter terakhir novel ni buat aku shitbrix. Aku cukup pongeh dengan ape yang Bakar dah buat seumur hidupnye walau pada awalnye aku kesian dengan nasib die ditinggalkan anak-anak di rumah orang tua-tua. Overall jalan cerita buku ni memang menarik. Power betul tak menghampakan expectation aku. Aku rekemen korang beli arr buku ni memang berbaloi beli.