Tuesday, September 28, 2010

My Friend of Misery Part II

Malam ni setelah perot kenyang diisi DINNER PLATE ngan sebijik ZINGER BURGER KFC aku decide nak sambung ar post blog ni seperti aku janjikan dulu. Walaupun lambat tapi janji aku buat bak kate Joker I'm a man of my word. Post kali ni banyak berkisar tentang aku dan SEKOLAH MENENGAH SRI PANTAI. Siapa sangka aku ditakdirkan masuk sekolah ni dulu sedangkan aku memang cukup gerun dan pongeh dgn sekolah ni dek kenakalan budak2 die yang rata-rata sungguh "KREATIF" dari segi pemikiran rohani dan jasmani (bukan semua arr tapi sebahagian besar hahaha). 1st day aku kat sekolah ni aku ingat register lepas tu boleh balik. Sekali aku disuruh beratur ke tapak perhimpunan terus, aku mula-mula nak cabut jer tapi lame-lame kene face jugak so aku redha dengan kehendak Illahi. Time kat perhimpunan keadaan sungguh havoc ibarat menunggu PRODIGY enter stage and perform. Aku pown masuk line-up tingkatan 6, aku sungguh sunyi tak kenal sape-sape kecuali PRAVEEN ngan HAFIZAH due ex-SMKBB dulu. Aku pown pandang kasut kecewa memikirkan nasib. Tiba-tiba without warning bahu aku ditepuk dan org yg menepuk tu seraya bersuara "KAU SEKOLAH SINI JUGAK YEK".

Rupenye member lama aku dari sekolah rendah si IDHAM (aku sorg pggl die alip kat skola ni). Aku happy sikit bile jumpe die sebab mase dulu2 aku cukup rapat ngan die. Die dulu kawan rapat pertama aku, sape sangka sekelah sekian aku jumpe die balik. Aku ngan die 1st day berborak je arr. Cikgu pown x mengajar lagi. Die pown pongeh masuk sekolah ni jugak rupenye. Lepas tu aku terkejut apabila mentaliti die URBAN sikit apabila die layan muzik yg RAGE same seperti aku. Aku ingat masuk sekolah ni ilmu aku mengenai muzik akan berkurangan tapi tak makin bertambah. Mana taknye die la influence aku dengan PLACEBO. Dari kecik lagi aku tertanya-tanya sape yg nyanyi lagu EVERY YOU EVERY ME, hell tajuk die pown aku tak tahu time tu. Kat sekolah ni aku tak laa rasa alone sgt sebab banyak member-member yang aku pernah kenal time sekolah rendah dulu tapi aku tak ingat diorg langsung. Mintak maaf semua tiada niat di hati untuk melupakan kamu semua. Maafkan aku insan yang hina ini sob sob. Dalam kelas si ZULAIKHA and SURAYA arr bnyk tolong aku get familiar ngan sekolah tu sebab aku tak sekelas ngan Idham, TRIMAS korg.

Nak dipendekkan cerita aku masuk kolej, kat kolej aku selalu YM ngan si Idham, die time ni agak sedih sebab takde member sekepala ngan die. Takde laa org nak citer pasal muzik, pasal movie anf etc. Time ni jugak die selalu cerita pasal dua org umat bernama FAREHA dan AUNI. Fareha aku kenal dulu kat sekolah sebab tak habis-habis cucuk perot aku, tapi si Auni is a mystery (aku tak ingat die sape haiz). So satu hari aku n Idham plan lepak kat MORIB and die ajak Auni. Time ni die bawak DEANA. 1st impression of DEANA im in LOVE hahaha. Sekali bile tahu die PREGNANT aku kecewa (jgn risau pregnant atas angin jer tu). 1st lepak aku agak malu-malu sikit tak arr bertegor sgt ngan si Auni or Dee tapi after dua tiga session of lepaking dorg ni mmg best. Aku pown kerap YM ngan si Auni and baru aku tahu aku kerja ngan dia dulu. Sumpah aku tak ingat kerja cashier mmg dalam kepala otak duit dalam mesin tu jer. Sori yer auni. Sekarang ni kalau melepak aku biase lepak ngan Idham n si Auni arr. Fareha n Deana kadang-kadang jer diorang ni kebiasaannye hanya akan buat special appearance jer sebab busy dengan karier masing-masing hahaha.
 
Dari kiri David Beckham, Deana Beckham, Idham Buckley, Fareha (ape ekk), Auni Bellamy
 
So that is all i guess pasal second part of this post. Kalo ikutkan banyak lagi aku nak cerita tapi kang mahu dua tiga page pasal blog ni. Aku happy bile aku kenal diorg sebab diorg ni leh wat aku happy seketika. Hope this friendship last FOREVER unlike some of my previous relationship that end up of me BEING USED.

Thursday, September 23, 2010

Zaman Gelap

Petang tadi berlaku kekecohan di dalam kelas apabila lecturer decide nak buat kelas ganti pada hari Jumaat 4.30 p.m hingga 6.30 p.m. Budak-budak semua mengamuk membangkang decision itu dan ade juga parti berhaluan kiri yang sengaja menimbulkan kontroversi apabila bersetuju. Aku pulak sebagai parti berkecuali hanya mendiamkan diri sebab ko buatlah kelas ganti bila-bila pown jangan harap laa aku nak datang. Tapi bila aku tengok budak2 ni bergaduh dan membuat bising seperti beruk dalam zoo dibaling mercun pasal kelas ganti tersebut ianya mengingatkan aku kepada zaman gelap aku iaitu time aku di SEKOLAH AGAMA.

Masa aku kecik dulu aku sekolah agama start lambat iaitu time darjah 3. Aku sekolah agama kat Masjid Saidina Abu Bakar berdekatan dengan Bangsar Village. Kat sini member2 aku dari sekolah kebangsaan takde sebab semua pergi sekolah agama dekat Pantai Dalam so bile sampai kat sine aku lone ranger. Tapi aku kenal dua tiga org kawan arr kat sini salah seorangnye si AMIR. Tapi time ni aku tak rapat dengan die sebab die pown kelas lain biasenye. AFFAN pown sekolah kat sini jugak rupenye tapi aku tak perasan die pulak, mungkin time ni muka hensem die x develop lagi kot entahla aku pown tak tahu.

Pastu sekolah agama ni disiplin die tak mcm sekolah agama langsung. Beg sekolah berat2 ingat isi buku tapi isi DIGIMON, GAMEBOY ngan YOYO. Time ni aku jeles gak sebab aku tak mampu nak beli bende2 ni tapi setakat sepam dua member aku punye tu lepas arr.Oleh sebab aku start sekolah agama darjah 3 bnyk bende aku ketinggalan. Memang susah nak catch up balik dan perkara nilah wat aku benci pergi sekolah agama. Budak2 kat sekolah agama ni pown jenis kerek ubi time tu siap ade jenis BACK SEAT BOYS lagi. Ingat dorg dok belakang dorg dah gengster hbs la tu ceh. Ustaz ngan Ustazah die pown kerek2 belaka ibarat pemerintahan kuku besi tapi tak semua arr. Aku ingat lagi ade seorang ustazah tu aku panggil DAJJAL BETINA. Aku benci gile ngan die ni tiap hari ade jer tak puas hati dengan aku.

Masa start darjah 4 aku punye kepala otak mmg genius. Mcm2 cara aku amik untuk elakkan diri dari pergi sekolah agama antaranya pura-pura TERTINGGAL BAS, ckp kat mak ADA KO-KURIKULUM and yang paling rage sekali bagi alasan MALAS terus. Attendance sekolah agama aku time tu memang dah LAWA sungguh. Mak aku pown perasan aku tak suke pergi sekolah agama so last2 time darjah 5 mak aku kasi ak BERHENTI sekolah agama itu pown lepas aku minta elok2 dan memberi alasan2 yang kukuh.

Aku bukan benci sekolah agama tu tapi bagi aku sekolah agama tu tak sesuai arr bagi aku. Dari segi pelajaran aku jauh ketinggalan (2 tahun ketinggalan). Pastu budak2 die ramai tak sekepala ngan aku sebab kebanyakan mereka anak-anak org kaya so perangan pown korg paham2 je laa tapi tak semua. Lagi pown kat sekolah  rendah dah ada dah subjek AGAMA ISLAM kira dah cukup arr tu. Tak pergi sekolah agama tak bermakna aku ni cetek pengetahuan agama tau. Ade ker korg tgk ni aku ni perangai mcm SETAN xde kan kan kan kalo ade pown tu bukan perangai setan tapi NAKAL hehehehe.

Tuesday, September 21, 2010

Kolej oh Kolej

Hari ini adalah hari pertama aku kembali semula ke kolej aku untuk sem yang baru ni. Dah lame gile aku cuti bnyk sunnguh perubahan kat kolej. Awal pagi lagi aku dah bertolak dari KL walaupun kelas lambat lagi. Saje jer balik awal bleh aku kemas ape-ape yang patot lagi pon nak hantar mak ngan adik aku ke sekolah dan office masing-masing. Sampai kolej pukul 8 agak awal dan berkabus lagi. Pagi-pagi lagi aku dah start mencarut apabila ade CALARAN BARU kat kereta aku berwarna putih. Bodoh betol org yang bawak keta tu, buat rugi jer ko pergi kelas belajar bawak keta laa sengal. Balik nanti siap arr keta yang warna putih akan aku simbah cat merah. Sakit hati sungguh lak ai.

Kelas pagi aku dapat lecturer lame aku. 10 minit pertama aku semangat gila. Tulisan pown kalah tulisan budak pompuan yang biasenye berseri-seri. Tapi lepas 10 minit aku start menguap. Bapak bosan, tulisan pown lebih teruk dari cakar ayam. Time lecturer kasi break aku perasan ade awek baru kat kelas ni. Die pakai baju HIJAU dan menurut sumber yg boleh dipercayai die berasal dari KAZAKHSTAN. Peh muka die ade laa cikit2 rupe si ALIZEE. Tak sempat lak aku nak tnye name, xper aaa sem ni lame lagi kot.

Tgh hari tu plak hujan. Memang liat btol aku nak ke kelas tapi ku gagahkan jua demi mase depan, bangsa, agama dan negara. Sampai kat kelas aku dpt tau plak lecturer masih bercuti. Peh kali kedua hari ni carutan keluar dari mulut aku. Dengan muka pongeh aku balik ke bilik aku dan dengan kadar segera aku menidurkan diri aku dengan muka tension.

Skrg tepat kul 12.55. Bosan sungguh aku kat sini apabila INTERNET selaju KURA-KURA yg patah kaki. Nasib arr aku bawak bekalan DVD haram yang aku beli time cuti dulu. Leh arr wat hiburan aku. Itu jer aa cerita di hari pertama aku kat kolej. Haiz tak sabar sungguh tunggu hari JUMAAT.

Sunday, September 19, 2010

Kepulangan Dinanti Ditangisi Kehujanan

Hari ini seperti korg sumua tahu adalah hari AHAD YANG BASAH DITANGISI HUJAN. Bukan sembarangan hari Ahad tapi leh dikatakan hari Ahad yang aku rase kebanyakan orang berasa PONGEH dan hampeh sebab hari ini hari adalah hari KEPULANGAN. Kepulangan ape?? kepulangan mereka2 dari kampung ke pusat bandar dan juga kepulangan mereka yang belajar di menara gading ke HOSTEL atau RUMAH SEWA masing-masing. Aku tahu semua berasa hampeh dengan hakikat ini tetapi hidup harus diteruskan hahahaha. Aku rase korg semua dah prepare PACKING sejak dari semalam lagi. Ade yang pulak dalam kepala otak sedang pening memikirkan tentang ASSIGNMENT dan QUIZ serta TEST yang menimbun ditinggalkan selama dua minggu. Ada juga yang dah tak sanggup nak balik kolej sebab dah syok cuti. Sabar-sabar tu semua dugaan duniawi jer tu. Pejam celik pejam celik cuti akan kembali jangan risau.

Bagi aku pulak aku tak terasa sangat nak balik ni sebab aku balik besok PAGI. Sempat la juga aku melayan game MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL. Tapi time packing beg tadi terasa jugak kehampehan di hati, sabar nizam sabar duniawi jer tu. Tak macam korg besok adalah hari pertama ak menempuhi SEM BARU. Tinggal lagi 14 MINGGU untuk cuti sem seterusnya tak sabar sungguh (padahal kelas start minggu ni tapi aku ponteng seminggu nak menyambut raya tehehehe). Jadual sem kali ni leh tahan gak arr. Tak dapat aku nak merasa balik hari KHAMIS lagi kerana kelas hari JUMAAT. Saje jer school kasi kelas hari jumaat sebab jeles ngan aku mcm aku x tahu cis. Ape-ape pown sem kali ni aku nak berubah. Aku malas nak TANGGUH buat esenmen last minit mcm sem sebelum ni. Susah aku nanti hujung sem sebab sem lepas aku dah terkena. Aku ingat FOUNDATION ngan DEGREE studies die lebih kurang tapi lain rupenye. Betol laa kate senior2 aku dulu. "Rindaman ko enjoy2 dulu foundation ni time degree nanti berkokok la ko". Menyesal aku tak ambil iktibar nasihat tu awal2 dulu. Kepada semua yang kene balik kolej ke poli ke ape ker aku nak ucapkan kat sini PADAN MUKA KORG hahaha. Padan muka aku jugak haih (T.T)

Wednesday, September 15, 2010

I Fell Used (friend with benefit)

Hari ini aku telah tersedar sesuatu bende yang aku mula-mula tak nak percaya tapi buktinya telah ada di depan mata iaitu betapa CELAKA dan HAMPEH nyer memliki sahabat-sahabat yang dahulunya disangkakan akan kekal sampai mati tetapi rupenye bila dah besar lebih kepada kawan untuk benefit diri mereka sendiri. Malam ni aku memang rasa hampeh betol. Ramai sungguh rupenye member-member aku yang mempergunakan aku atas kelebihan yang aku ade. Bila nak mintak tolong memang beriya2 tapi bile dah ditolong memang nak klik butang BUZZ kat YM pown xkn dapat merasa arr.
 
Mula-mula aku sangkakan benda ini terjadi kat kolej jer. Kat kolej jujur aku cakap aku takde ramai kawan. Nak wat camne aku dulu dok apartment ngan budak senior. Kat kelas plak aku malas nak bergaul sebab member2 time orientasi tak sekelas dengan aku. Aku tak kisah sangat sebab belajar sorg2 lagi best bagi aku. Tapi bile nak dekat hujung sem memang ramai betol orang tak dikenali akan sms atau ym aku. Ingat nak tanye khabar rupenye nak tanya pasal esenmen. Celaka lantak korg aku memang anti betol dengan member2 macam ni. Pastu bile aku dah ade kereta memang ramai sungguh yang nak berkawan dengan aku. Mintak maaf laa kalo nak tumpang kereta aku memang tak dapat laa wei. Aku ingat budak2 kat kolej jer mcm ni rupenye member2 seperjuangan dulu pown macam tu jugak. Memang tak disangka2 betol.
 
Tapi baru-baru ni aku perasan bende ni telah terjadi juge dekat member2 aku dulu. Apa gunanya add kawan kat Facebook atau YM tapi langsung tak bertegur. Baik remove jer aku dari friendlist korg. Aku pikir maybe diorg ni busy atau jenis idle ker ape ker tapi idle ape kejadah sampai ade yang berchatting guna STATUS kat YM. Mencapap pown agak2 arr x payah ko nak spam YM aku sial. So kadang-kadang aku machokan laa diri aku tekan butang BUZZ kat YM tu dan dengan pantas mereka akan reply, "bob sori aku bnyk esenmen arr sembang NANTI yer". Aku pown tak kisah tapi mmg aku dah biasa dah perkataan NANTI yang mempunyai makna sama erti dengan NEVER. Mmg SIAL.

Tapi kadang-kadang ade jugak member2 aku yang BUZZ aku. Ku sangkakan masih ade erti persahabatan tapi rupe-rupenye ade niat lain seperti MINTAK TOLONG watkan esenmen. Esenmen kau aku nak kene buat ker. Kalo course same takper jugak ni tak terang-terang ko tau course aku lain ngan korg. Kadang-kadang bende remeh yang ditanye. Mcm dah xde internet nak cari maklumat2 tu padahal YM bleh plak on. Korg ingat aku ape KAUNTER PETANYAAN or KAMUS BERGERAK?? Sekarang ni aku baru perasan yang kebanyakkan member2 aku akan BUZZ ak atau SMS aku semata2 bersebab. Kadang2 mintak tolong tumpang kereta aku mintak tolong itu mintak tolong ini. Korg tak rase MUKA TEMBOK ker bile korg mintak tolong kat orang yang korg jarang tegor?? Aku dulu baik hati jugak laa tolong sekarang mintak maaf laa ekk aku pikir 80 kali dulu lepas ni.

Bile time cuti pula mereka2 ini akan rajin arr wat reunion2. Well for me REUNION=HUHAHUHA. Menyusahkan aku jer sekali lagi aku dipergunakan apabila aku diminta menjadi drebar mereka. Pastu bnyk songeh pown ade mintak amik kat depan rumah laa kat situ laa kat sini laa. Xde rase seperti seorang PENUMPANG langsung. Sometimes bile aku tak pergi bende2 alah ni mulalah mereka2 akan wat statement "bob ko dah SOMBONG arr" atau "asal ko tak datang bob SAMPAI HATI ko". Aku sombong ekk well FUCK YOU I WONT DO WHAT YOU TELL ME.... MOTHERFUCKERS !!!!!!!!

Sebenarnya banyak lagi aku bleh cerita pasal KARENAH kawan2 aku tapi aku malas arr. Belum aku bukak cerita pasal berpuak2 lagi. Pasal korg BERPUAK pown aku nak kene TEMPIAS ker ceh. Akhir sekali aku nak cakap kat sini kepada sesiapa yang terbaca post ak ni and kalo sesiapa TERASA HATI aku nak ucapkan PADAN MUKA BEST TAK RASE HATI MENTAH TAK BEST KAN and kepada sesiapa yang lepas ni nak MARAH MERAJUK dengan aku, well i dont mind arr. Dah besar perangai budak2. Berubah wei berubah.




Tuesday, September 7, 2010

Ingat Aku Suka Nak Raya !?

Raya merupakan event yang umat Islam nanti2kan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Semua tak sabar menanti detik 1 Syawal tapi adakah hari raya tu sentiasa disambut dengan gumbira?? owh tidak sesekali bagi aku, kat sini ak selitkan beberapa sebab yang menyebabkan aku tak berapa suke nak sambut hari raya..

Highway oh highway
Sebelum sampai ke kampung bende yang pasti ditempuh ialah highway. Aku paling menyirap betol nak tempuh highway time2 musim perayaan ni sebab keadaannye yang sesak menggila. Pastu ade plak umat2 yang membawa kereta gempak yg pikir sebab kereta die gempak highway tu bapak die punya. Tak habis2 nak bagi highbeam padahal kereta die jauh lagi. Die ingat highbeam kereta die ade power mcm laser Ultraman arr kononye pegidah. Wei kereta ko besar mana pown ko bayar tol same jugak laa harga so jangan ingat korg dapat layanan VIP kat highway arr.

Open House
Ini pown satu konsep yang aku rasa dah disalah gunakan orang ramai. Open house 24-7. Korg ingat open house tu 24-7 ker suka2 hati mak bapak korg jer nak datang bile2 korg suke. Aku paling pongeh dengan orang yang datang terlampau awal (kul 7 dah terpacak depan rumah) dan orang yang datang terlampau lewat (kul 10 ke atas dengan alasan pergi keluar makan malam dulu nak balik baru singgah). Kepala hot die dtg time2 macam ni. Korg xtau ker time2 tu orang nak rehat dah lepas sehari suntuk melayan karenah orang ramai. Kang tak dilayan kate sombong tapi pikir realistik arr sikit. Pastu jenis datang nak lepak lame2 plak. Ade plak tu selagi kuih atas meja tak habis selagi tu tak reti2 nak balik memang ak bengkek ngan orang2 yg mcm ni. Ape kata ko bungkus jer kuih tu bawak balik rumah lagi best.

Budak-budak = duit raya
Ini pown aku tak suka jugak. Budak2 yang datang rumah semata-mata nak duit raya. Buang karan aku jer layan budak-budak ni. Kadang-kadang aku belum sempat nak tuang air dah kate nak balik. Memang nak kene simbah dengan air sirap budak2 ni. Ade pulak tu yang selagi duit raya tak diberi selagi tu tak nak balik. Ade pulak tu aku langsung tak kenal datang jugak rumah nak beraya. Kalo 30 hari raya 30 hari tu arr dorg akan beraya untuk dapatkan duit raya. Macam aku tak tau duit tu diorg gune untuk dihabiskan di cyber cafe ceh. WARNING sape yang datang rumah aku tahun ni semata-mata nak duit raya mintak maap duit raya tiada untukmu.

Program TV
Mase aku kecik2 dulu program tv time raya memang gempak. Ade jer movie best2 dan berkualiti tinggi untuk tontonan umum. Pagi-pagi plak mesti ade sarkas tak pown kartun Popeye atau movie Ultraman. Time tu mmg layan arr. Sekarang ni program tv raya hampeh2 belaka. Semuanya mesti ade selit bintang2 megi segera (artis AF dan seantero dengannya) contohnya program Rumah Terbuka Akademi Fantasia yang setiap tahun mesti ade punya arr.. Memang shit betol. Malam pulak ade movie melayu yg cam hampeh seperti Evolusi KL Drift, Ahli Fiqir dan tidak lupa Anak Mami the Movie. Ohh damn memang bosan. Nasib arr ade Astro dapat gak aku layan HBO ker MTV. Kalo tak mati kebosanan aku rase hari raya tu.

Mercun
Ni spesel kes sebab ak main jugak bende ni dulu. Tapi aku takde la main 24-7. Ni tak kire time ade jer bunyi mercun meletop. Bukan nak bagi warning. Aku paling bengkek time aku tengah syok2 tido tentibe KABOOM !!!!!!!! bunyi mercun and meriam buluh berkumandang. Kalo lagu Prodigy ker, Metallica ker, Slipknot ker berkumandang takper laa jugak. Hampeh betol.

Inilah sebab2 mengapa raya adalah hari yang aku rasa agak pongeh bagi diriku. Tujuan aku bukan nak kutuk hari raya aku sambut gak raya ni. Time ni la sedara mara berkumpul dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Begitu juga diantara jiran tetangga. Tapi ade certain part of hari raya yang aku rasa dah disalah ertikan yang telah menyebabkan raya menjadi kurang seronok. Ape2 hal pown di kesempatan ini aku ingat arr mengucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin kepada sume rakan2 seperjuangan. Salah silap harap dimaafkan. Jemput2laa datang rumah ak raya ni tapi silalah sms atau call dulu ekk maklumlaa orang kehormat ni biasenya busy time raya-raya ni. Okey SELAMAT HARI RAYA !!!!!!!















Monday, September 6, 2010

Awek Kedai Kasut

Semalam merupakan hari yang agak best buat aku. Kenapa?? sebab ak dapat ape yang aku nak hahaha. Tak sabar rasenye nak show off depan orang ramai time raya nanti. Sebenarnya semalam aku sepatutnya pergi shopping ngan mak and adik aku. Shopping raya arr katekan. Tempat yang dituju adalah Bukit Bintang ngan Time Square. Ye Time Square, aku sebenarnya cukup hampeh pegi Time Square sebab kat sini banyak sungguh budak2 poyo yang melepak tak tentu arah kat sini. Gaya dress up sume nak stylo tapi pakai selipar jepun mmg ak cukup hampeh tgk. Awek plak rambut karat2 pastu kesian aku tgk apabila baju yang diorg pakai tak cukup kain. Memalukan sungguh apabila semuanya boleh dikatakan Melayu. Walaupun aku hampeh pergi Time Square tapi aku redah jugak sebab kat sini kasut yang saiz kaki aku memang senang nak dapat (kasut saiz kaki gajah senang nak dapat kat sini). Harga pown ade yang mahal mencekik dan ade yg murah semurah gula-gula 4 biji 20sen.

Affan pown ade follow jugak ak itu pown last minit. Aku baru nak kuar die buzz aku ajak die follow die on. Senang plak ajak mamat ni. Pastu bile ondaway g amik die ak teringat Amir plak. Hahaha sori mir sape suruh ko tak buzz aku ann. Aku fast forward arr citer masa ak beli kasut. Mase aku nak testing kasut ade cerita menarik sikit. Awek yang serve aku kat kedai kasut tu menurut Affan org Philippines. Muka die mmg manis ibarat muka Fazura. So mase nak test kasut aku dudok arr atas kerusi die, mak aih kusyen die lembut tenggelam aku. Affan dengan segera membahan2 aku. Celaka ko fan, minah tu pulak cover2 gelak. Tapi muke die hot aku tak kisah ar. Aku mula2 mintak saiz 10, agak sukar disitu kaki aku nak masuk ke dalam kasut so aku mintak saiz 11. Die pergi cari and dtg balik. Mase ni aku rase heaven betol sebab die sarungkan kasut tu kat kaki aku. Affan dah jeles dah time tu hahaha. Peh terharu sungguh time tu. Affan lak arek kat sebelah sebab selipar yang die nak xde saiz. Ape barang beli selipar beli kasut arr hahaha. Kepada awek kedai kasut, aku amat menghargai jasamu itu T.T

Saturday, September 4, 2010

My Friend of Misery Part 1

Berdasarkan tajuk ak post ni korg leh paham arr ape aku nak citer kali. Hidup ni x sah kalo xde kawan. So ak nak citer arr kawan yg ak leh katekan rapat ngan ak.. 


Gambar ni ak rase gambar terbaik yg ak ade nak tunjukkan member2 ak yang ak rase rapat. Dari kiri Hafiz, Affan, Amir and of coz brader paling kanan sekali tu Brad Pitt (muahahaha). Ak rase kiteorg rapat sebab mase form 4 n form 5 kiteorg berempat jer budak laki kelas sains melayu kot. Oh ye ak lupe lak pasal ajib tapi ak xde gambar die sape suruh die jual mahal xnak kasi gambar die kat ak ann. Ak rase ak ingat kot mcm mane ak kenal dorg ni. Hafiz ak rase ak rapat ngan die sebab dota. Budak ni  nmpk noob tapi dota die leh tahan gak arr. Affan lak spesel kes, dulu mase form 3 mase mule2 sekelas ngan die ak pongeh ngan mamat ni sebab ak rase die cam kecoh gile jer, poyo ingat ko hensem ak kisah arr hahaha. Tapi ntah mcm mane satu hari die leh menyemak lak ngan ak and amir, time tu tgh citer pasal Metallica kot skali mamat ni pown xnk kalah gak nak citer yang die kenal Metallica hahaha. Sejak tu arr start lepak2 ngan die. Amir ak kenal lame dah dari skola agama dulu tapi x rapat mase tu. Mase form 2 baru start nak kenal2 balik n form 3 start rapat. Time form 3 ak ngan affan suke lepak umah die lenjan PS2 die. Time tu sanggup naik teksi dari Pantai Baru ke Pantai Dalam, alah time tu teksi setakat RM 3 je apelaa sgt ann. Si ajib lak ak x ingat cam mane ak kenal die tapi lepak ngan ajib ni best. Die budak lelaki spesies lain ckit ngan budak2 laki lain.

Ak rase time skola dulu kiterg berlima mmg berkepit jer memanjang. Di mana ade ak di situ ade mereka. Kem pown cikgu2 mmg asyik panggil jadi ajk jer. Ak amir n affan rebel sikit. Org suruh dgr ceramah kiterg lepak kat kelas makan biskut. Ajib ngan Hafiz arr rajin memanjang memantau budak2 skola time tu. Tapi kalo ade aktiviti2 mengenakan budak2 ni seperti aktiviti burung hantu mmg kiterg akan turun mencemar duli arr. Bukan selalu sakat budak2 baru terutama aweks2 hahaha. Pastu kiterg selalu gak main futsal bersama kecuali ajib yg ak rase ak x pernah tgk die sepak bola walau sekali pown. Time skola dulu court basketball (main bola atas court basketball mmg terbaik) kiterg arr king hahaha. Name jer budak kelas sains tapi main bola pro ni ade laa same taraf ngan pemain liga perdana Inggeris tu. Sampai sekarang kiterg masih contact. Masih lepak bersama, makan bersama, minum bersama, dota bersama, futsal bersama, tidor jer x bersama. Erti kata lain bersama selamanya arr.......

Tu arr serba sedikit citer pasal member ak. Ni baru part 1, nanti part 2 ak nak citer lak pasal  kawan yg ak recently menjadi kawan rapat. Blast from the past nyer citer pown ade gak hahaha. Kalo nak citer sume dalam satu post tak muat kot nanti part 2 akan menyusul x lame lagi.









Thursday, September 2, 2010

Blog Untuk Aku

Hari ni dalam sejarah ak wat blog. Ntah ape mimpi ntah ak nak wat blog. Dulu ade gak ak mimpi nak wat blog tapi x pernah nak wat. Ni amir arr ni punce suruh ak wat blog mlm2. Langsung xde idea nak letak name blog n url sume. Bagi komen kat org letak name blog lebih senang daripada wat sendiri rupenye haiz. Pastu bile tgk blog ak mak aihh burok nak mampus. Xper bayi pown mase lahir die x terus melompat die melalak dulu mntak mak dukung. Step by step nizam step by step....