Thursday, September 23, 2010

Zaman Gelap

Petang tadi berlaku kekecohan di dalam kelas apabila lecturer decide nak buat kelas ganti pada hari Jumaat 4.30 p.m hingga 6.30 p.m. Budak-budak semua mengamuk membangkang decision itu dan ade juga parti berhaluan kiri yang sengaja menimbulkan kontroversi apabila bersetuju. Aku pulak sebagai parti berkecuali hanya mendiamkan diri sebab ko buatlah kelas ganti bila-bila pown jangan harap laa aku nak datang. Tapi bila aku tengok budak2 ni bergaduh dan membuat bising seperti beruk dalam zoo dibaling mercun pasal kelas ganti tersebut ianya mengingatkan aku kepada zaman gelap aku iaitu time aku di SEKOLAH AGAMA.

Masa aku kecik dulu aku sekolah agama start lambat iaitu time darjah 3. Aku sekolah agama kat Masjid Saidina Abu Bakar berdekatan dengan Bangsar Village. Kat sini member2 aku dari sekolah kebangsaan takde sebab semua pergi sekolah agama dekat Pantai Dalam so bile sampai kat sine aku lone ranger. Tapi aku kenal dua tiga org kawan arr kat sini salah seorangnye si AMIR. Tapi time ni aku tak rapat dengan die sebab die pown kelas lain biasenye. AFFAN pown sekolah kat sini jugak rupenye tapi aku tak perasan die pulak, mungkin time ni muka hensem die x develop lagi kot entahla aku pown tak tahu.

Pastu sekolah agama ni disiplin die tak mcm sekolah agama langsung. Beg sekolah berat2 ingat isi buku tapi isi DIGIMON, GAMEBOY ngan YOYO. Time ni aku jeles gak sebab aku tak mampu nak beli bende2 ni tapi setakat sepam dua member aku punye tu lepas arr.Oleh sebab aku start sekolah agama darjah 3 bnyk bende aku ketinggalan. Memang susah nak catch up balik dan perkara nilah wat aku benci pergi sekolah agama. Budak2 kat sekolah agama ni pown jenis kerek ubi time tu siap ade jenis BACK SEAT BOYS lagi. Ingat dorg dok belakang dorg dah gengster hbs la tu ceh. Ustaz ngan Ustazah die pown kerek2 belaka ibarat pemerintahan kuku besi tapi tak semua arr. Aku ingat lagi ade seorang ustazah tu aku panggil DAJJAL BETINA. Aku benci gile ngan die ni tiap hari ade jer tak puas hati dengan aku.

Masa start darjah 4 aku punye kepala otak mmg genius. Mcm2 cara aku amik untuk elakkan diri dari pergi sekolah agama antaranya pura-pura TERTINGGAL BAS, ckp kat mak ADA KO-KURIKULUM and yang paling rage sekali bagi alasan MALAS terus. Attendance sekolah agama aku time tu memang dah LAWA sungguh. Mak aku pown perasan aku tak suke pergi sekolah agama so last2 time darjah 5 mak aku kasi ak BERHENTI sekolah agama itu pown lepas aku minta elok2 dan memberi alasan2 yang kukuh.

Aku bukan benci sekolah agama tu tapi bagi aku sekolah agama tu tak sesuai arr bagi aku. Dari segi pelajaran aku jauh ketinggalan (2 tahun ketinggalan). Pastu budak2 die ramai tak sekepala ngan aku sebab kebanyakan mereka anak-anak org kaya so perangan pown korg paham2 je laa tapi tak semua. Lagi pown kat sekolah  rendah dah ada dah subjek AGAMA ISLAM kira dah cukup arr tu. Tak pergi sekolah agama tak bermakna aku ni cetek pengetahuan agama tau. Ade ker korg tgk ni aku ni perangai mcm SETAN xde kan kan kan kalo ade pown tu bukan perangai setan tapi NAKAL hehehehe.

3 comments: