Tuesday, September 7, 2010

Ingat Aku Suka Nak Raya !?

Raya merupakan event yang umat Islam nanti2kan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Semua tak sabar menanti detik 1 Syawal tapi adakah hari raya tu sentiasa disambut dengan gumbira?? owh tidak sesekali bagi aku, kat sini ak selitkan beberapa sebab yang menyebabkan aku tak berapa suke nak sambut hari raya..

Highway oh highway
Sebelum sampai ke kampung bende yang pasti ditempuh ialah highway. Aku paling menyirap betol nak tempuh highway time2 musim perayaan ni sebab keadaannye yang sesak menggila. Pastu ade plak umat2 yang membawa kereta gempak yg pikir sebab kereta die gempak highway tu bapak die punya. Tak habis2 nak bagi highbeam padahal kereta die jauh lagi. Die ingat highbeam kereta die ade power mcm laser Ultraman arr kononye pegidah. Wei kereta ko besar mana pown ko bayar tol same jugak laa harga so jangan ingat korg dapat layanan VIP kat highway arr.

Open House
Ini pown satu konsep yang aku rasa dah disalah gunakan orang ramai. Open house 24-7. Korg ingat open house tu 24-7 ker suka2 hati mak bapak korg jer nak datang bile2 korg suke. Aku paling pongeh dengan orang yang datang terlampau awal (kul 7 dah terpacak depan rumah) dan orang yang datang terlampau lewat (kul 10 ke atas dengan alasan pergi keluar makan malam dulu nak balik baru singgah). Kepala hot die dtg time2 macam ni. Korg xtau ker time2 tu orang nak rehat dah lepas sehari suntuk melayan karenah orang ramai. Kang tak dilayan kate sombong tapi pikir realistik arr sikit. Pastu jenis datang nak lepak lame2 plak. Ade plak tu selagi kuih atas meja tak habis selagi tu tak reti2 nak balik memang ak bengkek ngan orang2 yg mcm ni. Ape kata ko bungkus jer kuih tu bawak balik rumah lagi best.

Budak-budak = duit raya
Ini pown aku tak suka jugak. Budak2 yang datang rumah semata-mata nak duit raya. Buang karan aku jer layan budak-budak ni. Kadang-kadang aku belum sempat nak tuang air dah kate nak balik. Memang nak kene simbah dengan air sirap budak2 ni. Ade pulak tu yang selagi duit raya tak diberi selagi tu tak nak balik. Ade pulak tu aku langsung tak kenal datang jugak rumah nak beraya. Kalo 30 hari raya 30 hari tu arr dorg akan beraya untuk dapatkan duit raya. Macam aku tak tau duit tu diorg gune untuk dihabiskan di cyber cafe ceh. WARNING sape yang datang rumah aku tahun ni semata-mata nak duit raya mintak maap duit raya tiada untukmu.

Program TV
Mase aku kecik2 dulu program tv time raya memang gempak. Ade jer movie best2 dan berkualiti tinggi untuk tontonan umum. Pagi-pagi plak mesti ade sarkas tak pown kartun Popeye atau movie Ultraman. Time tu mmg layan arr. Sekarang ni program tv raya hampeh2 belaka. Semuanya mesti ade selit bintang2 megi segera (artis AF dan seantero dengannya) contohnya program Rumah Terbuka Akademi Fantasia yang setiap tahun mesti ade punya arr.. Memang shit betol. Malam pulak ade movie melayu yg cam hampeh seperti Evolusi KL Drift, Ahli Fiqir dan tidak lupa Anak Mami the Movie. Ohh damn memang bosan. Nasib arr ade Astro dapat gak aku layan HBO ker MTV. Kalo tak mati kebosanan aku rase hari raya tu.

Mercun
Ni spesel kes sebab ak main jugak bende ni dulu. Tapi aku takde la main 24-7. Ni tak kire time ade jer bunyi mercun meletop. Bukan nak bagi warning. Aku paling bengkek time aku tengah syok2 tido tentibe KABOOM !!!!!!!! bunyi mercun and meriam buluh berkumandang. Kalo lagu Prodigy ker, Metallica ker, Slipknot ker berkumandang takper laa jugak. Hampeh betol.

Inilah sebab2 mengapa raya adalah hari yang aku rasa agak pongeh bagi diriku. Tujuan aku bukan nak kutuk hari raya aku sambut gak raya ni. Time ni la sedara mara berkumpul dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Begitu juga diantara jiran tetangga. Tapi ade certain part of hari raya yang aku rasa dah disalah ertikan yang telah menyebabkan raya menjadi kurang seronok. Ape2 hal pown di kesempatan ini aku ingat arr mengucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin kepada sume rakan2 seperjuangan. Salah silap harap dimaafkan. Jemput2laa datang rumah ak raya ni tapi silalah sms atau call dulu ekk maklumlaa orang kehormat ni biasenya busy time raya-raya ni. Okey SELAMAT HARI RAYA !!!!!!!















No comments:

Post a Comment