Tuesday, September 21, 2010

Kolej oh Kolej

Hari ini adalah hari pertama aku kembali semula ke kolej aku untuk sem yang baru ni. Dah lame gile aku cuti bnyk sunnguh perubahan kat kolej. Awal pagi lagi aku dah bertolak dari KL walaupun kelas lambat lagi. Saje jer balik awal bleh aku kemas ape-ape yang patot lagi pon nak hantar mak ngan adik aku ke sekolah dan office masing-masing. Sampai kolej pukul 8 agak awal dan berkabus lagi. Pagi-pagi lagi aku dah start mencarut apabila ade CALARAN BARU kat kereta aku berwarna putih. Bodoh betol org yang bawak keta tu, buat rugi jer ko pergi kelas belajar bawak keta laa sengal. Balik nanti siap arr keta yang warna putih akan aku simbah cat merah. Sakit hati sungguh lak ai.

Kelas pagi aku dapat lecturer lame aku. 10 minit pertama aku semangat gila. Tulisan pown kalah tulisan budak pompuan yang biasenye berseri-seri. Tapi lepas 10 minit aku start menguap. Bapak bosan, tulisan pown lebih teruk dari cakar ayam. Time lecturer kasi break aku perasan ade awek baru kat kelas ni. Die pakai baju HIJAU dan menurut sumber yg boleh dipercayai die berasal dari KAZAKHSTAN. Peh muka die ade laa cikit2 rupe si ALIZEE. Tak sempat lak aku nak tnye name, xper aaa sem ni lame lagi kot.

Tgh hari tu plak hujan. Memang liat btol aku nak ke kelas tapi ku gagahkan jua demi mase depan, bangsa, agama dan negara. Sampai kat kelas aku dpt tau plak lecturer masih bercuti. Peh kali kedua hari ni carutan keluar dari mulut aku. Dengan muka pongeh aku balik ke bilik aku dan dengan kadar segera aku menidurkan diri aku dengan muka tension.

Skrg tepat kul 12.55. Bosan sungguh aku kat sini apabila INTERNET selaju KURA-KURA yg patah kaki. Nasib arr aku bawak bekalan DVD haram yang aku beli time cuti dulu. Leh arr wat hiburan aku. Itu jer aa cerita di hari pertama aku kat kolej. Haiz tak sabar sungguh tunggu hari JUMAAT.

No comments:

Post a Comment