Sunday, September 19, 2010

Kepulangan Dinanti Ditangisi Kehujanan

Hari ini seperti korg sumua tahu adalah hari AHAD YANG BASAH DITANGISI HUJAN. Bukan sembarangan hari Ahad tapi leh dikatakan hari Ahad yang aku rase kebanyakan orang berasa PONGEH dan hampeh sebab hari ini hari adalah hari KEPULANGAN. Kepulangan ape?? kepulangan mereka2 dari kampung ke pusat bandar dan juga kepulangan mereka yang belajar di menara gading ke HOSTEL atau RUMAH SEWA masing-masing. Aku tahu semua berasa hampeh dengan hakikat ini tetapi hidup harus diteruskan hahahaha. Aku rase korg semua dah prepare PACKING sejak dari semalam lagi. Ade yang pulak dalam kepala otak sedang pening memikirkan tentang ASSIGNMENT dan QUIZ serta TEST yang menimbun ditinggalkan selama dua minggu. Ada juga yang dah tak sanggup nak balik kolej sebab dah syok cuti. Sabar-sabar tu semua dugaan duniawi jer tu. Pejam celik pejam celik cuti akan kembali jangan risau.

Bagi aku pulak aku tak terasa sangat nak balik ni sebab aku balik besok PAGI. Sempat la juga aku melayan game MANCHESTER UNITED VS LIVERPOOL. Tapi time packing beg tadi terasa jugak kehampehan di hati, sabar nizam sabar duniawi jer tu. Tak macam korg besok adalah hari pertama ak menempuhi SEM BARU. Tinggal lagi 14 MINGGU untuk cuti sem seterusnya tak sabar sungguh (padahal kelas start minggu ni tapi aku ponteng seminggu nak menyambut raya tehehehe). Jadual sem kali ni leh tahan gak arr. Tak dapat aku nak merasa balik hari KHAMIS lagi kerana kelas hari JUMAAT. Saje jer school kasi kelas hari jumaat sebab jeles ngan aku mcm aku x tahu cis. Ape-ape pown sem kali ni aku nak berubah. Aku malas nak TANGGUH buat esenmen last minit mcm sem sebelum ni. Susah aku nanti hujung sem sebab sem lepas aku dah terkena. Aku ingat FOUNDATION ngan DEGREE studies die lebih kurang tapi lain rupenye. Betol laa kate senior2 aku dulu. "Rindaman ko enjoy2 dulu foundation ni time degree nanti berkokok la ko". Menyesal aku tak ambil iktibar nasihat tu awal2 dulu. Kepada semua yang kene balik kolej ke poli ke ape ker aku nak ucapkan kat sini PADAN MUKA KORG hahaha. Padan muka aku jugak haih (T.T)

No comments:

Post a Comment