Friday, November 5, 2010

Handphone Dalam Masjid

Hari ni hari Jumaat dan seperti biasa kaum Adam akan bersiap sedia dari pukul 12 tengah hari lagi untuk menunaikan Solat Jumaat. Aku seperti biasa pukul 1.15 aku bergerak ke masjid. Aku pegi lenggang jer biasenye. Semua barang-barang duniawi sepert handphone dan dompet aku tinggal jer kecuali kunci kerata Myvi McLaren aku, maklumla panas nak menapak ke masjid tu so aku drive arr. Hari ni aku sembahyang kat masjid RTM, kurang pulak kenderaan kat parking hari ni maklumlaa cuti DEEPAVALI ramai org balik kampung laa tu. Pantang cuti sikit orang Malaysia ni terus jer nak balik kampung. Konpem masjid-masjid kat kampung sesak-sesak, orang kampung plak mesti ade yang pongeh dengan orang bandar yang pulang ke kampung tu sebab terpakse berhimpit kat dalam masjid tu. 

So nak dipendekkan kat cerita time aku tengah sembahyang tu ade laa sorg umat ni punye handphone BERDERING. Bunyi handphone die lebih kuat dari sound system Imam sampai satu ketika Imam tu meninggikan suara die. Konpem mamat tu lepas hbs salam jer terus melarikan diri sebab malu atas incident tadi. Tok Imam tu sebelum sembahyang lagi dah warning "saf rapat-rapatkan saf , SILA MATIKAN HANDPHONE ANDA" so takde alasan arr die terlupa nak switch off atau silentkan handphone die. Tapi bende kecik ni aku tak rase brader tu punye salah tapi aku rase orang yang telefon brader tu yang salah.

Kenapa aku cakap orang yang call brader tu yang salah sebab cuba korang fikir logik. Hari Jumaat pukul 1-2 kaum Adam kan ker pergi masjid nak solat. Orang yang call tu tak ade adab ker nak tunggu solat tu habis. Ape salahnye call lepas solat Jumaat tu habis. Maybe orang yang call tu non-Muslim tapi aku rase itu adalah mustahil. Member-member aku yang bukan Islam time aku sekolah dulu sume paham jer hari Jumaat budak2 lelaki pergi sembahyang kat masjid. Aku siap kene perli lagi dulu time melepak kat Bangsar Village sebelum solat Jumaat, amoi (member satu sekolah) tu cakap "Nizam aren't you suppose to be at the mosque right now", malu siut dengan kadar segera aku pergi ke masjid Saidina Abu Bakar bersebelahan walaupun waktu Zohor lambat lagi.

Aku pown ade pengalaman sendiri gak pasal kes ni. Time aku sembahyang aku pernah dapat 3 miscall. Lepas solat aku terus arr mesej balik si pemanggil tu, "knape call ??" tanye aku. Dengan segera die balas "ko ade handphone macam takde handphone kalo camtu baik tak payah beli handphone !!" marah arr tu aku rase sebab ada tanda seru kat belakang ayat die. Aku balas dengan selambe, "ko tak gi masjid sembahyang Jumaat ke tadi ??". Terdiam beliau di situ.

Senang citer tinggal jer hanphone kat rumah macam aku, duniawi jer semua tu
 
 

6 comments:

  1. Yang orang tu tak silent pulak apahal?

    ReplyDelete
  2. hahhahhahha....pengalaman asam garam hidup..klu xde owg cmni hdp kte xmenarik nizam..

    ReplyDelete
  3. kenapa dengan tukang cat eh dude? zzzzzzz

    ReplyDelete
  4. Itik huduh: salah tu putu, kalo takde aku hidup kite ni yang tak menarik..

    Auni: sebab handphone tu tukang cat yang punye..

    ReplyDelete
  5. oh . sila gunakan bahasa malaysia . mudah diafahami dan padat

    ReplyDelete