Monday, October 11, 2010

10.10.10 or 20.10.2010 ??

Semalam umat dunia merasa satu keajaiban apabila tarikh 10 October 2010 atau 10.10.10. tiba. Peh ramai sungguh umat yang taksub ngan hari ni. Ade yang nak KAHWIN hari ni, siap kahwin kat ANGKASA tu konon lain dari yang lain arr, bak kate mak aku perkahwinan terunggul dekad ini. Tak per laa aku doakan mereka bahagia nanti. Bakal2 ibu ataupun mereka yang bakal melahirkan anak kedua ketiga mahu pown anak yang ke dua puluh satu juga bercita-cita MELAHIRKAN anak mereka di tarikh ini sampai ade yang cube MENERAN anak yang kat dalam perot tu keluar. Ish3 toksah laa kesian budak dalam perot tu die tak puas dudok dalam perot tu lagi. Nasib baik laa 10.10.10 ni tak jatuh time hari CUTI SEKOLAH kalo tak aku rase busy sungguhla tok mudim tok mudim satu Malaysia ni. Pastu jenuh arr mak bapak mengejar anak jantan mereka melarikan diri sebab xnak ANU dipotong ish ish ish...

Ape yang aku buat pada tarikh ni. Ade sumthing spesel ker bagi aku kat tarikh ni. Ofcourse TAKDE. Alaa 10.10.10 mane ade bende sangat. Bukannya salji turun pown kat Malaysia pada tarikh ni. Biase2 jer. Bangun kul 11, makan, melayan tenet, tido, makan, tenet balik, dota, makan, tido tu jer aaa aktiviti aku. Malam tadi aku tgk kebanyakan umat kat FACEBOOK taksub ngan tarikh tu. Alah tak keramat manala tarikh tu bnyk lagi tarikh keramat contohnye 20 OKTOBER 2010...

10 Oktober 2010 tu sepatutnye kalo jadi nombor kan ker 10.10.2010. Cube korg sebut tak ker janggal bunyinye tapi org kite amik 10.10.10 jer. Tapi cube korg tgk 20 Oktober 2010, nombornye akan jadi 20.10.2010 lagi gempak aku rase. Tinggal lagi tarikk tu jatuh pada hari RABU so maybe tak best laa kononnye hari tgh2 mggu. Tapi kepada mak2 yang melepas 10.10.10 bleh arr try melahirkan anak pada 20.10.2010 plak. Nak lagi best teran laa anak tu time 8.10 p.m haa complete 2010 HOURS at 20.10.2010 hahaha.

Kalo korg melepas gak nak wat function gempak2 pada tarikh ni  ade lagi 20.11.2011 atau 20.12.2012 haa. Ade dua tahun lagi wat laa perancangan awal2 yer. Nanti konpem ade umat yang cakap 20.12.2012 tu hari kiamat yela dorg taksub tgk citer 2012 laa katekan. Nasihat aku takyah arr taksub dgn tarikh2 ni. Tarikh tu takde makne tapi cara kita mengisi hari kita pada tarikh tersebut lagi penting.

1 comment: