Friday, October 8, 2010

Die Hard Fans Paramore !!!!!!

Petang tadi sewaktu drive pulang ke rumah aku tune ke stesen radio Fly.Fm. Sekarang ni stesen2 radio memang hangat mempromosikan konsert PARAMORE. Masing-masing berlumba-lumba memberikan contest2 yang macam-macam supaya pendengar setia mendengar stesen radio mereka untuk berpeluang memenangi tiket ke konsert tersebut.

Nak dipendekkan cerita ade seorang pemanggil yang berjaya menjadi pemanggil ke-5. Belum ape-ape lagi mamat ni dah terjerit-jerit. Perkataan "MY GOD" rasanye dah 12 kali die ulang. Die pikir die dah menang siap mengadu lagi yang die dah dua minggu call Fly semata-mata nak menang tiket tu. Tapi sebelum DJ bagi tiket tu ade syarat. Syaratnye teka muzik paramore yang berkumandang dan berikan tajuk. Die konfiden hbs boleh jawab, die hard fan mungkin. So lagu pun berkumandang dan dengan segera die menjawab DECODE. Aku dengan segera gelak kuat kerana lagu yang berkumandang memang seratus peratus bukan lagu DECODE. DJ tu dah terpinga-pinga nak kasi ke taknak sebab jawapan die salah. Mamat tu menggelabah dan meminta dikasihani namun rayuan tak berjaya. Serta merta usaha die selama dua minggu sia-sia. Btw aku pown cube teka lagu yang berkumandang dan dengan konfiden aku ckp kat mak aku yang tajuk lagu tu BRICK BY BORING BRICK tapi tekaan aku salah sebab tajuk lagu tersebut adalah IGNORANCE. Nasib mak aku tak gelak kat aku. Mungkin kerana mak aku sekepala dengan aku kerana aku TAK SUKA dengan PARAMORE !!!!!

Ape yang aku nak cuba sampaikan kat sini ialah kebanyakkan (bukan semua) peminat kat MALAYSIA ni hanya minat kerana HYPE sahaja. Paramore adalah salah satu contoh hype yang melampau yang sering dimainkan oleh media Malaysia. Oleh itu orang Malaysia anggap band ni hebat sangat. Terus mereka puja kerana nak follow the TREND konon. Padahal Paramore ni biase jer. Radio kat Malaysia aku rase bias dalam pemilihan muzik di stesen mereka. Diorang bile tau artis tu fames terus jadikan artis tu sebagai ikon mereka. Hasilnya lagu mereka selalu on air berbanding muzik2 dari penyanyi lain. Benda ni la yang menyebabkan orang luar anggap kita sebagai orang yang buta muzik. Hanya minat muzik berdasarkan HYPE dan TREND. 

Post seterusnya aku akan cerita pasal HYPE melampau yang sering diputarkan media. Orang jadi gile dengar suare beliau. Kehenseman beliau (walaupun muka si amir bangun tidur lagi hensem) menjadi pujaan budak2 sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Beliau yang aku maksudkan adalah JUSTIN BIEBER.

Invaders must die !!!! JUSTIN BIEBER must die !!!!

2 comments:

  1. ehhh aku ska je paramore ni..ok pe nizam...sma lagu die aku dgr...sejak dowg baru kuarkan EP je...

    ReplyDelete
  2. Paramore okla aku xlah benci sgt.. tapi aku tak suka dgn radio yg x hbs2 putar2 lagu dorg.. lagu dari album misery bisnes tu pown dok ulang2 lagi padahal bnyk band lain lebih gmpk dari paramore tapi x dpt exposure meluas..pastu muncul laa org2 yg mengaku die hard fans paramore mcm mamat kat dalam post aku ni.. radio kills music !!!!!

    ReplyDelete