Wednesday, October 20, 2010

Lelaki Jahat Sangat Ker??

Sejak kebelakangan ni aku perasan yang banyak sungguh video atau notes yang sering diSHARE kat Facebook. Sebagai pengguna FB yang setia aku rajin arr klik link2 tersebut. Tapi aku perasan satu trend sharing link yang aku rase menyampah pulak bile aku jumpe kat FB ni. Link tersebut ialah link-link yang MENJATUHKAN MARUAH SEORANG LELAKI.
 
Ape JAHAT sangatkah orang lelaki ni sampai korg nak share link atau video kat Facebook ni. Yang paling best tu siap rajin dok wat video semata-mata nak kutuk kaum lelaki. Setiap note atau video die JALAN CERITA lebih kurang same jer aku amik contoh citer aku bace semalam. Lelaki ni dah kahwin, ada anak bini, pastu lelaki ni malas layan bini die, pastu bini die mati eksiden, si suami kesal dan menyesal atas perbuatannya. Kire overall citer ni lelaki ni jahat tak bertanggungjawab arr kirenye. Lepas dah bace note atau tengok video tu mesti ade bhgian komen-mengomen. Komen yang ade plak menambahkan lagi perasaan benci terhadap lelaki. Kutuk lelaki buli perempuan, lelaki dayus, lelaki hanya ikut nafsu, lelaki itu lelaki ini. Bile seorang lelaki mula menjawab komen2 tersebut mengatakan tak semua lelaki macam tu mulalah mereka akan dikutuk balik. Amboi bukan main lagi kat FB bersuara kat luar berani bersuara tak?? Persoalan aku cerita-cerita yang korg bace kat FB tu 100% berdasarkan kisah benar ker. Mengikut gaya cerita mcm tulisan ala-ala PENULIS NOVEL jer tapi pembaca tanpa fikir 100 kali terus nak kondem lelaki.

Aku nak tanye korg PEREMPUAN ni baik sangat ker. Korg ingat perempuan tu suci mulia bebenar arr. Bile aku cakap ape pendapat korg ngan perempuan yang jadi BOHSIA, PELACUR atau GRO. Mesti korg jawab sebab BAPAK atau ABANG atau BOYFRIEND die wat onar kat die mase kecik tu yang die jadi liar tu. Kalau itu laa jawapan korg maknenye korg ni pengaruh FILEM kuat sebab otak korg cetek tak pikir meluas. Banyak faktor lain yang boleh diberi contohnye kurang DIDIKAN AGAMA mase kecik2. Ni tak balik-balik laki yang kene. Ape plak pendapat korg tentang perempuan yang AMBIL KESEMPATAN terhadap keistimewaan yang lelaki tu ade. Contohnye perempuan ambik kesempatan kat lelaki yang kaya. Kikis wang lelaki tu pastu tinggalkan lelaki tu. Mesti korg jawab sape suruh lelaki tu DAYUS atau BODOH sebab layan perempuan tu. Tak pulak korg jawab SUNDAL punye perempuan buat lelaki tu macam tu. Lepas tu kalo lelaki tu nak balas dendam kat perempuan tu lelaki tu akan dilabel sebagai KEJAM sebab membuli seorang wanita yang LEMAH. Habis macam mana lelaki nak mempertahankan MARUAH dia yang dah tercalar. Adakah lelaki tu patot BERDIAM DIRI sahaja.

Tujuan aku wat post ni bukan untuk mengutuk atau memihak kepada mana-mana jantina yakni LELAKI atau PEREMPUAN. Tak boleh ker kita hidup harmoni tak payah kite simpan perasaan benci terhadap jantina yang berbeza dengan kita. Kalau benci sangat dengan lelaki takkan korg nak kahwin ngan perempuan kot, haram tu disisi Islam. Memang aku admit bnyk kes ROGOL BUNUH yang dilakukan oleh lelaki tapi aku nak tnye jugak arr ape pendapat korg TENTANG KES BUANG BAYI, takkan lelaki sorg yang disalahkan habis perempuan tu tak bersalah ker?? Same-same buat same-same laa tanggung. Akhir sekali aku nak cakap tak semua lelaki dalam dunia ni JAHAT, jangan kerana NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA !!!!!!


No comments:

Post a Comment