“ade orang pemahaman bagus tapi pointer tak berapa bagus.. belajar untuk memahami dan mengaplikasi OR belajar untuk duduki exam untuk keputusan yang cemerlang?”
(Ahmad Zhafran 2010)
Ini adalah status kat facebook member aku AFFAN. Sungguh mendalam makna status beliau itu. Tapi aku pelik kenapa tiba-tiba mamat ni berfikiran sedemikian, adakah beliau fed-up dengan pointer beliau sem lepas tapi setahu aku pointer die ok sangat-sangat untuk seorang pelajar Degree in Quantity Surveyor kat UITM SHAH ALAM. So aku telah menerjah Affan setelah beliau mengajak aku lepak makan tempoh hari. Selepas setengah jam berdikusi aku semakin setuju dengan pendapat beliau terhadap statement beliau ini. Sebab ini adalah kes realiti sebenar CORRUPTION yang berlaku di dalam sistem akademik MALAYSIA.
Baru-baru ni seperti korang sedia maklum result student UITM, POLITEKNIK dan seantero dengannya dah keluar. Masing-masing sibuk laa bertanyakan result member2 yang masing-masing dengan niat dalam hati untuk COMPARE result dorg ngan result sendiri. Ade yang segan dengan pointer yang rendah ade pulak yang bangga gila siap print screen result diorang pastu post kat Facebook. Mana yang dapat result gempak tu tahniah arr dan mane yang rendah pointer tu tak payah rendah diri sangat sebab ape yang aku nak cakapkan lepas ni mungkin korang salah seorang darinya.
Persoalannya sekarang, mereka yang dapat pointer tinggi tu adakah mereka benar-benar layak untuk menerima pointer setinggi itu ?? Ade student dekat dalam kelas memang smart ass genius motherfucker sungguh tapi pointer die rendah tapi ade student pulak yang kehadiran mereka dalam kelas tak disedari (selalu ponteng) tapi pointer die tinggi setinggi Bukit Pantai. Ape plak pendapat korang dengan kes sebegini??
Member aku Affan berpendapat ade sebab-sebab mereka ni dapat pointer tinggi. Contohnya dorang hanya MENGHAFAL 100% dari buku, mendapat SOALAN BOCOR dan kadang kala NASIB SENDIRI, mana taknya setiap exam aku mesti akan dengar ayat ni “Peh nasib sial aku bace pasal chapter ni aku langsung tak study kot, sebelum masuk exam hall tadi chapter ni jer aku baca last-last keluar kat dalam paper”. Tapi dari segi pemahaman orang-orang seperti ni pemahaman diorang zero. Diorang hanya menghafal teori tapi praktikal side die haram jadah tak tahu.
Statement berikut mungkin agak sexism tapi aku tak berniat pown nak jadi sexism. Korang perasan tak percentage budak perempuan yang dapat dekan lebih tinggi dari budak lelaki. Memang tak dinafikan hal ini sebab diorang ni memang rajin tapi adakah beliau benar-benar memahami konsep-konsep yang diorg belajar atau just menghafal untuk menduduki final exam. Bile time praktikal nanti kebiasaannye budak perempuan mesti ade problem sebab diorang kurang memahami aspek-aspek subjek tersebut. Ianya ibarat seseorang tu ade LESEN KERETA tapi hakikatnye bawak kereta TAK RETI/TAKUT.
Trend sekarang ni aku tengok seseorang student itu dinilai melalui result sem yang mereka dapat. Student yang dapat DEKAN akan sentiasa dipandang masyhur dan dipandang tinggi masyarakat tapi student yang tak seberapa pointernya pasti masyarakat pandang sebelah mata. Apa yang mengecewakan LECTURER pown nilai student mereka melalui pointer, mana pointer tinggi student tu akan jadi ANAK EMAS lecturer tu. Please arr don’t judge a book by its cover.
Ini adalah pendapat aku. Pointer tu memanglah penting tapi ape gune pointer 4.0 tiap-tiap sem tapi bile time kerja nanti susah. Jangan pikir dengan pointer tinggi masa depan akan cerah sangat. Mana taknye ramai graduan Universiti still jobless walaupun dorang dekan tiap-tiap tahun sebab diorang FAIL time job interview.
PS:- Ini pendapat aku tentang konsep dekan kat Malaysia. Sebarang ketidak puasan hati silalah leave a comment. Terima kasih.


