Tuesday, March 1, 2011

The Invincibles

THE INVINCIBLES adalah gelaran yang diberikan kepada team EPL yang berjaya menghabiskan satu musim EPL dengan rekod tanpa kalah. PRESTON NORTH END adalah kelab pertama yang berjaya mencapai gelaran ini pada tahun 1888-1889 dengan rekod menang 18 kali dan seri 4 kali sekaligus menjadi juara pada tahun itu. Team ini juga berjaya menjadi johan FA Cup pada tahun tersebut tanpa bolos sebijik gol pown dalam kempen FA Cup tersebut sekali gus dinobatkan sebagai team pertama menjadi juara berganda (The Double).

Pada musim EPL 2003-2004 ARSENAL turut menjadi salah satu team yang boleh digelar THE INVINCIBLES. Mereka berjaya merangkul piala EPL pada tahun tersebut dengan rekod 26 kali menang dan 12 kali seri tanpa pernah kalah satu game pown. Rekod ini menjadi lebih hebat dari rekod yang dipegang Preston North End sebab Arsenal tak pernah kalah 38 game berturut-turut dalam liga EPL berbanding Preston North End yang hanya ada 22 game sahaja untuk satu season. Rekod ini diteruskan ARSENAL sehingga mencapai 49 perlawanan tanpa kalah. Satu rekod yang hebat untuk sebuah kelab EPL.

Persoalan aku sekarang ade ape dengan rekod tu?? Ape jadi dengan mereka yang pernah pegang rekod tu, are they truly THE INVINCIBLES?? I don’t think so. Mula-mula kite tengok Preston North End, diorang sekarang ni tangga tercorot CHAMPIONSHIP LEAGUE. Last time diorang berjaya menggondol sebarang kejuaraan adalah pada tahun 1999-2000 itupun kejuaraan THIRD DIVISYEN. Sadis sungguh. Diorang ni memang hanya boleh mengenang sejarah yang tak mungkin berulang.

Rekod THE INVINCIBLES Arsenal berjaya dipadamkan oleh team yang baru-baru ni kalah dengan Wolverhampton Wanderes iaitu MANCHESTER UNITED. Semenjak rekod Arsenal lebur di tangan Manchester United mereka seolah-olah menerima badi sepanjang masa dan yang terbaru pemain-pemain ARSENAL telah diajar bagaimana nak buat BACKFLIP 7 KALI berturut2 oleh seorang pemain bernama OBAFEMI MARTINS (pemain buangan kelab Italy).

Kenapa aku ungkit bende-bende ni. Well jawapannyer mudah jer. REVENGE. Masih terngiang-ngiang kat telinga aku fan ARSENAL menganjing aku bile MANCHESTER UNITED kalah ngan Wolves dua tiga minggu lepas. Fans ARSENAL satu dunia berkokok cakap team die hebat sebab ade rekod THE INVINCIBLES. Pastu siap tag gambar ARSENAL 49 GAMES UNBEATEN kat FACEBOOK. Ramai fans ARSENAL gelak kat MANCHESTER UNITED sebab ade hati nak wat rekod tanpa kalah jugak. Heh ade ape dengan rekod tu. Lepas musim Invincibles tu MANCHESTER UNITED dah menang macam2 arr. EPL, FA CUP, UCL, CARLING CUP semua tu Manchester United dah rase. ARSENAL mcm mane plak kempunan 6 tahun yer haa padan laa muke kome.

Tahun lepas mase MANCHESTER UNITED menang Carling Cup ade fans ARSENAL berkokok mengatakan cup yang MANCHESTER UNITED menang tu cup budak-budak tadika. Habis tu adakah team ARSENAL lagi lembik dari team budak tadika sebab dorg tak dapat menang cup tu ??



SANDARKAN PADA KENANGAN
   

PS:- Ini adalah post menganjing ARSENAL sape terasa tahniah kerana korang peminat setia ARSENAL

Saturday, February 12, 2011

An End Of An Era

Above, the portrait of 4 greatest warrior then ever walk this Earth. 
R.I.P Ghazalians (2006-2010) 
Bob The Big Guy
 Affan The Specialist
Hafiz The Speed Demon
Amir The Finisher

 May Their Legend Lives Forever


Monday, February 7, 2011

Pakwe/Makwe yang Serius Shit


Jenis-jenis pakwe (atau makwe) yang harus anda jauhi. Scenario ni untuk lelaki dan perempuan arr. Aku tulis pakwe jer dalam post ni sebab aku malas nak tulis pakwe/makwe. Panjang sangat dowh.

1) Jenis mengikut bontot temannya sepanjang masa:
Jenis ni memang nampak loving laa konon pada mula-mula tapi lama-lama boleh buat orang meluat. Ape jadah bile aktiviti bersama rakan-rakan dicemari dengan orang-orang seperti ini. Contohnye korang buat reunion ngan member-member sekolah lama dulu, sekali pakwe korang dapat tau die  nak ikut sekali kononye nak menemankan arr kat reunion tu. Tapi bile dah tiba hari reunion tu pakwe korang sendiri tersipu-sipu kemaluan duduk sorang-sorang sebab die takde member dalam reunion tu. End up ko sendiri kene backup die depan kawan-kawan korang cakap die pemalu laa itu laa ini laa. Kalo dah tau pemalu toksah ikut arr. Last-last die sendiri tak sabar-sabar nak balik dan akhirnye korang terpaksa balik awal sekali. Shit...

2) Jenis “Your Facebook is Mine Too Bitch”
Aku saje je gune Facebook sebab Facebook ni lebih urban kalo nak dibandingkan ngan Myspace. Ni lagi satu kes bile akaun facebook korang sendiri tapi pakwe korang nak emel ngan password die. Dengan alasan nak tapis  aktiviti facebook korang supaya takde lelaki lain boleh mengorat. Ini memang hampeh, ko tau korang punye FACEBOOK adalah hidup korang sendiri wat ape nak bagi kat pakwe korang yang belum tentu jadi SOULMATE ko selama-lamanya. Orang yang dah kahwin pown belum tentu diorang share maklumat-maklumat peribadi macam ni. Ibarat hidup korang dikongkong oleh orang lain. Aku nak tanye korang, MAK BAPAK ko ade ker mintak password Facebook korang nak jage korang, setahu aku tak pernah dibuat oleh mak bapak lagi. Baru kapel 3 bulan dah nak pegang  password, kalo clash nanti korang sendiri yang merana.

3) Jenis control relationship korang dengan orang lain
Awie: Awak saya tak nak tengok awak kawan dengan si Farid Kamil lagi. Bukan main manja awak dengan die, saya tak suka.
Erra: Tapi kenapa awak?? Die tu okay arr..
Awie: Aahh saya tak kira, awak pilih nak dengan die ke atau nak dengan saya.
Erra: Tapi awak die tu kawan baik saya dari sekolah rendah, jiran saya dari kecik lagi pown, mak die ngan mak saye kawan baik kot.
Awie: Saya tak kire kalo tak kite putus !!!!!!!!!
Shit betol kalo dapat pakwe macam ni. Kalo aku jadi Farid Kamil dah lame dah aku ajak Awie ni RXZ Open, tengok die reti ke tak bawak RXZ. Sebab jeles punye pasal ko kene putus kawan dengan member ko yang sememangnye baik gile babi dari kecik. Memang sial.


4) Jenis “I Decide You Follow”
Ni lagi satu jenis pakwe yang suke nak decide hidup teman die sendiri. Contohnye:
·         Takleh lepak dengan budak lelaki kene semua budak perempuan jer.
·         Takleh balik rumah lewat-lewat, ade curfue kul 7 malam kene ade kat rumah (bleh detect gune friendfinder).
·         Nak keluar rumah kene minta izin dulu walaupun mak suruh keluar beli kelapa.
·         Ade kuasa veto untuk membatalkan plan-plan yang dah dibuat sebelum ni.
Kepala Jubo arr kalo dapat pakwe macam ni. Mak bapak korang kalo kasi curfue kul 7 malam korang dah mencarut kaw-kaw tapi bile pakwe suruh dengan segera patuh.

5) Jenis “update” 24-7.
Setiap jam nak tahu korang kat mane. Contohnye keluar ngan kawan-kawan. Setiap 5 minit tanye tgh buat ape. End up korang dengan handset jer sepanjang masa tak dapat nak enjoy ngan kawan-kawan. Kalo kat dalam wayang orang silent fon tapi ko buat vibrate sebab nak balas mesej pakwe korang. Shit arr kalo dapat pakwe mcm ni. Sekali lagi aku nak ingatkan, MAK BAPAK korang ade ker update mcm tu, aku ade adik pompuan pown keluar lepak ngan kawan-kawan mak aku tak pernah kacau. Memang shit arr wei dapat pakwe camni.

Conclusionnye orang yang dah kahwin pown jarang buat macam ni tapi korang yang baru couple seminggu dah mengalahkan orang yang kahwin 50 tahun. Kalo korang dapat pakwe/makwe mcm ni nampak sangat diorang tak percaya ngan korang so buat ape carry on dengan relationship korang. Love is trust, NO TRUST NO LOVE.

PS:- Sape makan cili die terasa BUTTHURT !!!!!!

Monday, January 31, 2011

Lemak vs Selimut

Seperti semua orang tau sekarang ni musim hujan. Bile musim hujan ade satu musim lagi yang akan menyusul secara tak langsung iaitu MUSIM DEMAM. Aku sebagai seorang yang impervious to anything (well most of the thing) pown turut sama terkena tempias musim demam ni. Sekarang ni baru bulan Januari nak masuk Februari tapi dah 33 biji panadol, 2 botol ubat batuk, 24 biji pil antibiotic dah aku telan tapi still demam aku tak recover 100% lagi.

Macam pagi ni demam aku bertambah teruk balik padahal minggu lepas baru jer nak ok. Lecturer tadi dah sound dah, die cakap "Nizam stop spreading your virus to us I want to spend my holiday nicely". Shit segan lak aku bile lecturer cakap macam tu tapi nak wat camne demam tu aku tak nak pown die datang jugak. Redha je arr.Aku ni kalo time sehat gagah perkasa macam Incredible Hulk tapi bile demam memang shit arr semua bende aku tak larat nak buat. Hanya mampu selubung dalam selimut yang tebal jer.

Cakap pasal selimut, selimut sebelum ni adalah satu bende yang tak wajib dalam hidup aku. Aku memang jarang gune selimut sebelum ni. Dulu kalo aku demam pown aku tak gune selimut just pakai stokin kaki sebelum tido dah memadai. Tapi sekarang ni kalo boleh aku nak selimut tu setebal 3 inci kalo tak memang takleh tido dan lebih memeranjatkan aku skrg tido tutup kipas tak pown kipas tu speed die slow jer. Dulu time zaman kegemilangan aku leh tido naked jer kipas high beam pown takper takde efek. Pernah sekali tu aku demam teruk, aku terlantar atas katil, sekali tgh malam mak aku datang bwak selimut tebal, dengan penuh kasih sayang menyelimutkan aku, terharu sungguh tapi seraya itu aku tanggalkan selimut tu, tak tahan dowh selimut panas kot. Mak aku blah dari bilik aku geleng2 pale memahami perangai anak jantan die yang hensem ni.

Sekarang ni selimut adalah perkara wajib, kipas pown dah low jer skrg ni, kadang-kadang tak pasang pown time tido. Mak aku pown pelik tgk perubahan aku, aku lagi arr pelik, lemak2 aku yang tebal ni sekarang macam takde function jer, wat buang karan jer aku simpan lemak bnyak2. Agaknye dah tiba mase aku membuang lemak kot ye arr bende tak guna buat ape simpan lame-lame tol buat merugikan beras jer.

Kalo aku badan berlemak ni dah sejuk gile, tak dapat aku bayangkan kesejukan dihadapi member2 aku yang badan sekeping papan tu. -____-

Saturday, January 29, 2011

korang fikir korang sunyi?? fikir sekali lagi..

Lame sungguh aku tak update blog ni. Kesian jugak aku tengok blog aku ni dahagakan kasih sayang. Hanya digunakan untuk mengusha blog orang tapi blog sendiri diabaikan. Well bukan ape dua tiga minggu ni sem baru mula balik so agak busy sedikit. So aku decide nak kali ni nak cerita arr hidup aku kat kolej.

Hostel kolej aku sebenarnye lot apartment. Satu unit ade 3 bilik ngan 3 bilik air. So takde alasan student lambat masuk kelas sebab bilik air penuh pagi-pagi. Aku mase mula-mula masuk kolej aku duduk dengan senior. Ape barang duduk ngan same baya tak matang arr (matang arr sangat). Aku syok dok ngan dorang ni. Asal lepak aku terasa seperti brader2 plak kat kolej tu. Awek sekelas kalo usha aku lepak ngan housemate aku mesti ingat aku ni matang sungguh orangnye sesuai buat pakwe (ni tipu toksah percaya).

Nak dipendekkan cerita pertengahan tahun lepas semua housemate aku dah graduate. Ade yang graduate sebagai student berjaya dan ade yang telah “GRADUATE”  secara sendiri juga. Mase cuti sem pertengahan tahun lepas aku sorang yang cuti dulu. Diorang ni masih stay hostel sebab ade hal nak settle ngan kolej. Biase arr final sem macam2 nak settle thesis, project etc. Bile aku balik semula ke kolej apartment aku kosong. Semua dah blah. Tinggal aku sorang2 duduk dalam apartment 3 bilik.

3 sem dah berlalu lepas housemate aku semua dah graduate tapi aku masih duduk sorang2 kat apartment tu. Aku ade tanye jugak pihak hostel apesal takde budak baru nak masuk apartment aku, diorang cakap budak2 sekarang ni manja2, tak berani nak duduk ngan senior, takot ragging la tu. Shit sungguh. Lagi satu aku mengambil course Degree kat kolej aku. It turns out that kat kolej aku tak ramai budak Melayu yang amik course Degree sebab dorang lebih prefer amik course HND. Therefore semua kawan2 yang aku kenal time Foundation telah lost contact sebab dorang masuk HND dan aku plak masuk Degree. Kelas aku plak budak Melayu ade 3 orang jer termasuk aku yang lain semua International students arr.

So for the past 3 sem aku duduk sorang2 kat kolej. Makan sorang2, minum sorang2, study sorang2, tido pown sorang2. Rumah aku ade 3 bilik tapi aku just gune bilik aku. Lepak kat ruang tamu pown tak sebab kosong takde pape. Sungguh bosan. The first few weeks i felt that freedom. Takde orang kacau tido, takde nak pow duit takde gangguan2 yang tak sepatutnye. Tapi lame2 aku menjadi sungguh bosan. Aku sungguh keseorangan kat kolej. You know you are alone when you start talking to the wall.

People said that zaman kat menara gading ni sungguh seronok sebab spend time ngan member2 yang gempak2. Tapi aku, kenangan aku kat kolej hanyalah lepak kat bilik sorang2 sambil korek hidung. When you live alone for awhile your mind starts to think of something that you are not suppose to think for example what am I gonna be in 5 years time, will I be someone or will I be no one over and over again. Percayalah korang boleh jadi gile kalo dok sorang2 for along time. Tapi aku dah biase dah. Sem pertama aku start dok sorang2 sumpah aku depressed gile tapi aku rase aku dah used to it kot....

PS- A friend in need is a friend indeed..

Sunday, January 9, 2011

Muzik 10 tahun (2000-2010)


2011 dah sembilan hari berlalu meninggalkan 2010. Ini bermakna satu dekad telah pown kita tempuhi. Berikut adalah penyanyi atau band yang menjadi band atau penyanyi terhangat dalam 10 tahun tersebut.


Bagi aku awal tahun 2000 LINKIN PARK adalah kuasa besar dunia muzik waktu tu. Diorang starting ngan lagu ONE STEP CLOSER tak silap. Time tu aku layan macam2 tu jer tapi bile CRAWLING punye video start keluar kat MTV aku mula pandang band ni dengan 4 mata aku. Memang time tu aku fans LP arr kirenye. LP tambah menyengat bile lagu IN THE END keluar kat corong2 radio. Time tu sape tak kenal LP adalah orang yang tak urban arr kirenye. LP adalah band yang mengubah genre muzik Malaysia time tu.

Kemudian datang pulak band bernama BLACK EYED PEAS ni. Band ni famous dengan lagu WHERE IS THE LOVE. Time tu sebijik mesin canggih bernama MP3 baru nak famous kat Malaysia ni dan time tu setiap pemilik MP3 pasti akan memliki lagu ni dalam playlist mereka. Aku ingat lagi time tu ade pihak2 ortodoks yang mengatakan lagu tu lagu setan sebab lirik die yang berbunyi “Father Father Father help us send some guidance from above” di mana lirik ni merujuk kepada paderi agama Kristian. Well aku time tu agak hampeh dengan pemikiran orang-rang ortodoks mcm ni sebab sedikit sebanyak menunjukkan betapa ceteknya pemikiran orang Melayu Islam kat Malaysia ni. Ko nak nyanyi, nyanyi je laa bukan salah janji ko tak terpengaruh laa setan shit tol.


Ooo yeah akhir dekad 2000-2010 minah ( jantan ke minah??) ni menconquer carta-carta muzik seluruh dunia. Sape tak kenal LADY GAGA dengan fesyen yang takde orang nak tiru. Aku respect minah ni. Die berusaha keras nak jadi pemuzik yang berjaya. Bakat beliau memang tak dapat dinafikan lagi kehebatannya. Semua lagu die fames2 arr tak yah nak cakap bnyak lagi.


Minah yang pernah mintak couple ngan aku tapi aku reject sebab aku busy dengan college (tak salah angan-angan tinggi). Sape tak kenal Taylor Swift. Lagu die pown meletop-letop kat radio. Hari-hari dok ulang lagu die. Dah aku tak tahu arr nak cakap ape lagi pasal die ni. I’m speechless...


One word to describe this kid = ASSHOLE. Sume pown gile kat mamat ni. Bukannye gempak mane pown. Suara kanak-kanak riang boleh arr. Tunggu suara pecah nanti menggelabah arr die. Shit, BULLSHIT !!!!

Inilah antara artis-artis yang telah menjadi kegilaan orang ramai sepanjang 10 tahun ni. Macam-macam ragam dunia muzik time ni. 20 tahun akan datang aku sure lagu-lagu dorg bila kite dengar balik kite akan teringat era 2000-2010 macam fenomena the 90's.

PS:- Music and human is like peas and carrots...

Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Walia bila jasamu tak dikenang...

Aku baru dapat tau pasal kes ni melalui FACEBOOK. Terkejut jugak aku tgk video ni. Die punye tajuk pown agak menjatuhkan kredibiliti KARAM SINGH WALIA sebagai seorang wartawan yang berjiwa rakyat yang terkenal dengan pantun-pantun yang aku rase beliau reka sendiri. Aku sebagai seorang budak yang memiliki akal dan broadband CELCOM yang belum kene capped lagi segera menjalankan research untuk memastikan kesasihan video ini berikut adalah fakta-fakta penting mengenai video ini:-

1)      Menurut sumber yang maybe boleh dipercayai Karam Singh Walia telah menyatakan yang bangsa Melayu berasal dari Indonesia (lebih kurang macam tu laa aku pown tak pasti).
2)      Berdasarkan video ni ade suara yang menyatakan beliau baru lepas minum tetapi bukan minum air teh tarik mahupun kopi 'o' keras (mabuk la).
3)      Oleh itu segala statement yang beliau beri adalah dalam keadaan mabuk.

So selepas aku tengok video ni aku boleh bagi satu conclusion berdasarkan opinion aku sendiri. Karam Singh Walia memang salah tapi die tidak seharusnya dipersalahkan 100% sebab die dalam keadaan mabuk. Memang die bersalah jugak sebab openly kutuk Melayu tapi cube korang fikir die kutuk dalam keadaan mabuk yang korang plak dalam hati aku tau korang pendam jugak perasaan benci dengan bangsa lain, tak payah nak tipu la setiap bangsa mesti akan simpan perasaan dengki kat bangsa lain. Tapi korang tak pernah cakap depan-depan bangsa tu sebab ko tau nanti akan berlaku konflik besar. Karam Singh Walia pown dah openly mintak maaf depan brader Melayu yang tak puas hati tu tapi brader Melayu tu terlebih emo sangat.

Bagi aku brader tu pown patot minta maaf kat Karam Singh Walia sebab die dah berkelakuan kasar yang langsung tak menggambarkan ciri-ciri seorang bangsa Melayu. Kalau Melayu sudah semestinye brader tu Islam betol tak dan dalam Islam kite seharusnya bermaaf-maafan antara satu sama lain tapi lepas Karam Singh Walia mintak maaf brader tu aku tgk melebih-lebih pulak.

Karam Singh Walia bagi aku adalah seorang wartawan yang bagos. Berapa kali dah die tolong orang Melayu. Berape kali dah die tolong orang Melayu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi tapi sebab satu kes kesilapan kecil (bagi aku kecik arr sebab die tgh mabuk) kite nak pijak-pijak die pulak. Memang tak mengenang budi sungguh. Lepas ni aku rase mesti beliau akan simpan dendam kesumat kat orang Melayu so kalau lepas ni orang Melayu ade masalah janganlah cari Karam Singh Walia kat TV3 minta tolong, memang muka tembok arr namenye tu.

The people should not be afraid of the government but the government shoud be afraid of the people.

PS:- Aku malas nak letak video tu kat sini nak cari arr kat YOUTUBE belambak ade..