Wednesday, January 5, 2011

Karam Singh Walia bila jasamu tak dikenang...

Aku baru dapat tau pasal kes ni melalui FACEBOOK. Terkejut jugak aku tgk video ni. Die punye tajuk pown agak menjatuhkan kredibiliti KARAM SINGH WALIA sebagai seorang wartawan yang berjiwa rakyat yang terkenal dengan pantun-pantun yang aku rase beliau reka sendiri. Aku sebagai seorang budak yang memiliki akal dan broadband CELCOM yang belum kene capped lagi segera menjalankan research untuk memastikan kesasihan video ini berikut adalah fakta-fakta penting mengenai video ini:-

1)      Menurut sumber yang maybe boleh dipercayai Karam Singh Walia telah menyatakan yang bangsa Melayu berasal dari Indonesia (lebih kurang macam tu laa aku pown tak pasti).
2)      Berdasarkan video ni ade suara yang menyatakan beliau baru lepas minum tetapi bukan minum air teh tarik mahupun kopi 'o' keras (mabuk la).
3)      Oleh itu segala statement yang beliau beri adalah dalam keadaan mabuk.

So selepas aku tengok video ni aku boleh bagi satu conclusion berdasarkan opinion aku sendiri. Karam Singh Walia memang salah tapi die tidak seharusnya dipersalahkan 100% sebab die dalam keadaan mabuk. Memang die bersalah jugak sebab openly kutuk Melayu tapi cube korang fikir die kutuk dalam keadaan mabuk yang korang plak dalam hati aku tau korang pendam jugak perasaan benci dengan bangsa lain, tak payah nak tipu la setiap bangsa mesti akan simpan perasaan dengki kat bangsa lain. Tapi korang tak pernah cakap depan-depan bangsa tu sebab ko tau nanti akan berlaku konflik besar. Karam Singh Walia pown dah openly mintak maaf depan brader Melayu yang tak puas hati tu tapi brader Melayu tu terlebih emo sangat.

Bagi aku brader tu pown patot minta maaf kat Karam Singh Walia sebab die dah berkelakuan kasar yang langsung tak menggambarkan ciri-ciri seorang bangsa Melayu. Kalau Melayu sudah semestinye brader tu Islam betol tak dan dalam Islam kite seharusnya bermaaf-maafan antara satu sama lain tapi lepas Karam Singh Walia mintak maaf brader tu aku tgk melebih-lebih pulak.

Karam Singh Walia bagi aku adalah seorang wartawan yang bagos. Berapa kali dah die tolong orang Melayu. Berape kali dah die tolong orang Melayu selesaikan masalah-masalah yang dihadapi tapi sebab satu kes kesilapan kecil (bagi aku kecik arr sebab die tgh mabuk) kite nak pijak-pijak die pulak. Memang tak mengenang budi sungguh. Lepas ni aku rase mesti beliau akan simpan dendam kesumat kat orang Melayu so kalau lepas ni orang Melayu ade masalah janganlah cari Karam Singh Walia kat TV3 minta tolong, memang muka tembok arr namenye tu.

The people should not be afraid of the government but the government shoud be afraid of the people.

PS:- Aku malas nak letak video tu kat sini nak cari arr kat YOUTUBE belambak ade..

No comments:

Post a Comment