Monday, January 31, 2011

Lemak vs Selimut

Seperti semua orang tau sekarang ni musim hujan. Bile musim hujan ade satu musim lagi yang akan menyusul secara tak langsung iaitu MUSIM DEMAM. Aku sebagai seorang yang impervious to anything (well most of the thing) pown turut sama terkena tempias musim demam ni. Sekarang ni baru bulan Januari nak masuk Februari tapi dah 33 biji panadol, 2 botol ubat batuk, 24 biji pil antibiotic dah aku telan tapi still demam aku tak recover 100% lagi.

Macam pagi ni demam aku bertambah teruk balik padahal minggu lepas baru jer nak ok. Lecturer tadi dah sound dah, die cakap "Nizam stop spreading your virus to us I want to spend my holiday nicely". Shit segan lak aku bile lecturer cakap macam tu tapi nak wat camne demam tu aku tak nak pown die datang jugak. Redha je arr.Aku ni kalo time sehat gagah perkasa macam Incredible Hulk tapi bile demam memang shit arr semua bende aku tak larat nak buat. Hanya mampu selubung dalam selimut yang tebal jer.

Cakap pasal selimut, selimut sebelum ni adalah satu bende yang tak wajib dalam hidup aku. Aku memang jarang gune selimut sebelum ni. Dulu kalo aku demam pown aku tak gune selimut just pakai stokin kaki sebelum tido dah memadai. Tapi sekarang ni kalo boleh aku nak selimut tu setebal 3 inci kalo tak memang takleh tido dan lebih memeranjatkan aku skrg tido tutup kipas tak pown kipas tu speed die slow jer. Dulu time zaman kegemilangan aku leh tido naked jer kipas high beam pown takper takde efek. Pernah sekali tu aku demam teruk, aku terlantar atas katil, sekali tgh malam mak aku datang bwak selimut tebal, dengan penuh kasih sayang menyelimutkan aku, terharu sungguh tapi seraya itu aku tanggalkan selimut tu, tak tahan dowh selimut panas kot. Mak aku blah dari bilik aku geleng2 pale memahami perangai anak jantan die yang hensem ni.

Sekarang ni selimut adalah perkara wajib, kipas pown dah low jer skrg ni, kadang-kadang tak pasang pown time tido. Mak aku pown pelik tgk perubahan aku, aku lagi arr pelik, lemak2 aku yang tebal ni sekarang macam takde function jer, wat buang karan jer aku simpan lemak bnyak2. Agaknye dah tiba mase aku membuang lemak kot ye arr bende tak guna buat ape simpan lame-lame tol buat merugikan beras jer.

Kalo aku badan berlemak ni dah sejuk gile, tak dapat aku bayangkan kesejukan dihadapi member2 aku yang badan sekeping papan tu. -____-

No comments:

Post a Comment