Tuesday, March 1, 2011

The Invincibles

THE INVINCIBLES adalah gelaran yang diberikan kepada team EPL yang berjaya menghabiskan satu musim EPL dengan rekod tanpa kalah. PRESTON NORTH END adalah kelab pertama yang berjaya mencapai gelaran ini pada tahun 1888-1889 dengan rekod menang 18 kali dan seri 4 kali sekaligus menjadi juara pada tahun itu. Team ini juga berjaya menjadi johan FA Cup pada tahun tersebut tanpa bolos sebijik gol pown dalam kempen FA Cup tersebut sekali gus dinobatkan sebagai team pertama menjadi juara berganda (The Double).

Pada musim EPL 2003-2004 ARSENAL turut menjadi salah satu team yang boleh digelar THE INVINCIBLES. Mereka berjaya merangkul piala EPL pada tahun tersebut dengan rekod 26 kali menang dan 12 kali seri tanpa pernah kalah satu game pown. Rekod ini menjadi lebih hebat dari rekod yang dipegang Preston North End sebab Arsenal tak pernah kalah 38 game berturut-turut dalam liga EPL berbanding Preston North End yang hanya ada 22 game sahaja untuk satu season. Rekod ini diteruskan ARSENAL sehingga mencapai 49 perlawanan tanpa kalah. Satu rekod yang hebat untuk sebuah kelab EPL.

Persoalan aku sekarang ade ape dengan rekod tu?? Ape jadi dengan mereka yang pernah pegang rekod tu, are they truly THE INVINCIBLES?? I don’t think so. Mula-mula kite tengok Preston North End, diorang sekarang ni tangga tercorot CHAMPIONSHIP LEAGUE. Last time diorang berjaya menggondol sebarang kejuaraan adalah pada tahun 1999-2000 itupun kejuaraan THIRD DIVISYEN. Sadis sungguh. Diorang ni memang hanya boleh mengenang sejarah yang tak mungkin berulang.

Rekod THE INVINCIBLES Arsenal berjaya dipadamkan oleh team yang baru-baru ni kalah dengan Wolverhampton Wanderes iaitu MANCHESTER UNITED. Semenjak rekod Arsenal lebur di tangan Manchester United mereka seolah-olah menerima badi sepanjang masa dan yang terbaru pemain-pemain ARSENAL telah diajar bagaimana nak buat BACKFLIP 7 KALI berturut2 oleh seorang pemain bernama OBAFEMI MARTINS (pemain buangan kelab Italy).

Kenapa aku ungkit bende-bende ni. Well jawapannyer mudah jer. REVENGE. Masih terngiang-ngiang kat telinga aku fan ARSENAL menganjing aku bile MANCHESTER UNITED kalah ngan Wolves dua tiga minggu lepas. Fans ARSENAL satu dunia berkokok cakap team die hebat sebab ade rekod THE INVINCIBLES. Pastu siap tag gambar ARSENAL 49 GAMES UNBEATEN kat FACEBOOK. Ramai fans ARSENAL gelak kat MANCHESTER UNITED sebab ade hati nak wat rekod tanpa kalah jugak. Heh ade ape dengan rekod tu. Lepas musim Invincibles tu MANCHESTER UNITED dah menang macam2 arr. EPL, FA CUP, UCL, CARLING CUP semua tu Manchester United dah rase. ARSENAL mcm mane plak kempunan 6 tahun yer haa padan laa muke kome.

Tahun lepas mase MANCHESTER UNITED menang Carling Cup ade fans ARSENAL berkokok mengatakan cup yang MANCHESTER UNITED menang tu cup budak-budak tadika. Habis tu adakah team ARSENAL lagi lembik dari team budak tadika sebab dorg tak dapat menang cup tu ??



SANDARKAN PADA KENANGAN
   

PS:- Ini adalah post menganjing ARSENAL sape terasa tahniah kerana korang peminat setia ARSENAL

No comments:

Post a Comment