Saturday, March 12, 2011

Tsunami dan Gempa Bumi Jepun 2011

Sebagai seorang umat manusia kat bumi, anda seharusnye patut tahu bahawa pada hari Jumaat tepat, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 scala richter yang kemudiannya disusuli dengan tsunami yang dianggarkan berkukuran 6-10 meter tingginye. Aku mase time Jepun dilanda tsunami ni aku sedang lena diulit mimpi (petang time ni) ditambah pula dengan cuaca yang cukup mengizinkan untuk aku tidur petang time tu (hujan maa). Aku tau pasal tsunami ni pown last minit, hal ini demikian kerana umah aku kat kolej xde peti televisyen dan internet kolej agak hampeh malam tu. Lepas jer aku dapat access internet aku tengok arr video2 latest tragedi kat Jepun tu kat Youtube, pastu aku terperasan sesuatu yang menarik tentang tragedi ni yang aku rase aku patut kongsi ngan korang semua.

1)Reaksi Warga Jepun yang serius Cool
Negara dorang dah teruk kene gempa bumi tapi dorang maintain cool jer. Ade satu video tu rumah dah bergegar macam nak roboh tapi dorg leh maintain calmness siap sempat rakam ngan kamera lagi. Dah la tu dan2 tu dorg post kat Youtube WTF !!! Banyak video amatur rakaman dorg tak menunjukkan tanda2 resah gelisah atau cuak sedikit pown. Shit Japanese people got huge cojones.

2)Bangunan “KERAS”
Kebanyakkan bangunan dorg KERAS yang teramat sangat. Gempa bumi yang berskala 8.9 richter pown tak mampu nak merobohkan dorg. In fact bangunan2 tu ibarat menari dengan irama gempa bumi tersebut. Then came the tsunami, aku tgk bnyk bangunan dorg unaffected sangat dengan tsunami tu, even tiang traffic light ngan tiang lampu diorang teguh berdiri. Well of course ade gak umah2 kecik yang kene tolak ngan tsunami tapi rumah2 ni tak hancur 100% sebaliknye hanya kene tolak jer. Cuba korang compare dengan kemusnahan yang tsunami kat Asia Tenggara baru2 ni, kat Aceh terutamanya, semua bangunan hancur yang tinggal hanya masjid-masjid sahaja.

3)Orang Mereka “HILANG”
Ape yang aku nak cakap kat sini time tsunami tu serang Jepun, boleh dikatakan bandar yang kene serang kat pelabuhan tu (Sendai tak silap namenye) orangnye dah takde. Bandar yang kene serang tu ibarat ghost town. Tak macam serangan tsunami kat Aceh dulu, orang masih ramai bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing. Correct me if I’m wrong but from what I’ve seen from all the footages and videos, xde orang Jepun yang menjerit-jerit minta tolong sebab kene serang ngan tsunami tu. Sume orang dah hilang, kemana mereka pergi?? Adakah Ultraman menyembunyikan mereka??

4)Nuclear Reactor
Shit aku tak tahu pown Jepun ade nuclear reactor. Apa yang menjadi persoalan aku sekarang ni kenapa Amerika Syarikat tak pernah tuduh Jepun ade nuclear reactor pastu tuduh dorg wat senjata nuclear. Kenapa tuduh Korea Utara?? Adakah mereka cuak dengan kehebatan nuclear Jepun?? Adakah mereka risau Jepun balas dendam insiden Hiroshima dan Nagasaki?? Atau mereka mempunyai agenda tersendiri?? Hanya Barrack Obama jer yang tahu.

Well itu laa bende2 yang aku perasan tentang tragedy kat Jepun ni. Kerajaan dan rakyat dorg memang bagus sungguh dalam menangani krisis2 ni. Dorang aku tgk dah well prepared dalam hal2 seperti ni. Percayalah kejap jer dorg dilanda krisis, aku bajet dalam setahun (minimum 6 bulan) negara dorg akan bangkit dan bertambah maju. Tak macam Amerika Syarikat, rebut Katrina dah bertahun-tahun serang New Orleans tapi New Orleans tetap macam bandar mati. Macam mana aku tahu perkara ni, mestilah sebab aku tengok citer Keeping Up With The Kardashian.

PS:- Dimanakah Ultraman ketika rakyat Jepun memerlukan mereka..

No comments:

Post a Comment