Tuesday, March 15, 2011

First Time Kerja

First time aku kerja adalah selepas aku habis SPM. Aku, Amir and Affan dah rancang nak kerja sama-sama sebelum amik result SPM lagi. In fact baju konvokesyen skola aku dulu aku beli baju putih, seluar hitam and kasut hitam iaitu sama seperti uniform staff pekerja kat Metrojaya and kat Jusco. Kitorg aim nak kerja kat Metrojaya sebab berdasarkan pengalaman Affan yang pernah kerja kat situ sebelum ni, die cakap peraturan kat Metrojaya tak strict sangat berbanding kat tempat lain. Kiterg dapat call untuk interview pada hari yang sama. Affan and Amir dapat kerja dulu, diorang jadi STAFF. Time aku interview plak akak tu kate staff dah takde kekosongan. Dalam hati aku penuh perasaan taik dah hampeh, ye arr member dapat kerja aku tak dapat plak mane bleh. Akak tu kemudian belek2 sijil PMR aku, (time tu result SPM mane keluar lagi), sekali die tgk result ENGLISH ngan MATEMATIK aku terlampau urban so die offer aku keje CASHIER. Affan ade warning die ckp keje cashier ni sakit sepatutnye aku reject dan try apply kat tmpat lain tapi ntah macam mana mulut aku leh tersasul "Orait bile bleh start keje??"

Hari pertama aku kerja aku dah terpisah ngan budak2 dua orang tu. Aku nampak wajah sinis mereka yang seakan-akan memperli aku dapat kerja cashier yang sakit hati. Celaka dorg ni, dah la tu dorg ditempatkan satu floor yang same mmg selalu mengular arr kerja dorg. Minggu pertama aku just jadi packer jer pack barang2. Time aku start kerja, SALE baru bermula. Orang Malaysia ni pantang ada sale sikit mesti nak shopping. 2nd week aku baru start jadi cashier amatur. 1st week jadi cashier aku takde masalah cume time closing aku lembab sikit, kire duit kertas tu senang tapi cube korang kire duit 10sen sampai beratus2 ringgit?? Mmg menyinga aarr nak kire. Tapi senior2 cashier adalaa ajar tips2 yang penting yang memudahkan kerja aku. 2nd week aku jadi cashier aku dah boleh diiktiraf sebagai CASHIER PROFESSIONAL.

Sepanjang aku kerja jadi cashier aku jarang short duit, kebiasaannye aku akan access duit. Duit access aku tu kalo dikumpulkan lepas kot makan kat MCD. Kaunter faveret aku adalah kat bahagian ladies department, kaunter ni adalah kaunter mula-mula aku start jadi cashier, kat sini aku ade member nak melepak, yang best semuanya perempuan (sambil menyelam kentut arr ape lagi). Aku ingat lagi sorang akak ni memang style habis arr, dah kawin anak satu tapi urban gile. Sayangnye die berenti lebih awal dari aku. Kaunter kedua faveret aku adalah kaunter kat luar Metrojaya yakni kaunter promotion. Kaunter ni memang best sebab kerja memang ibarat takde. Yela berapa ramai laa sangat orang beli barang2 promotion Metrojaya ni. Ada sekali tu aku pernah bukak kaunter tapi sale langsung takde. Time tu supervisor bukan main mengamuk ngan staff2 die. Ape guna buat promotion tapi sale langsung takde. 

Pengalaman paling best atau kelakar aku plak adalah bile handle bahagian undergarments (yakin tempat bra ngan spender perempuan). Ada satu kenangan yang takleh dilupakan. Time aku rehat biasenye akak2 supervisor kat area tu akan ganti aku. Time aku balik dari break, line kat kaunter tu punyelaa panjang. Nampak saangat akak supervisor ni tak pro mcm aku. Dalam line tu aku perasan ada dua orang akak ni macam resah gelisah semacam jer. Aku buat bodo jer aaa sebab time tu customer ramai. Sekali sampai arr turn dorg, sebelum tu aku nak bitau arr sikit personaliti dorg ni berdasarkan mata kasar aku, dorg pakai baju kurung dan berkelakuan seperti perempuan Melayu terakhir. So dorg pown bagi arr item yang dorg nak beli, iaitu sekotak thong (tak tahu gi google maknenye ape) dan bra yang jenis see through. Padan arr malu semacam. Barang2 dorg ade sensor so aku kene bukak kotak tu untuk alihkan sensor tu. Time ni muke dorg punye laa merah padam. Member die yang sorg tu dah tutup muka malu agaknye. Aku nak tergelak pown ade tapi aku tahan jer. Kalo malu tak payah laa beli cik akak oit. Pelik tapi berdasarkan pengalaman aku kerja kat department ni, aku tgk majoriti customer yang beli stuff pelik2 ni adalah mereka yang memakai tudung. Yang amoi-amoi seksi tahap nampak peha gebu tak pulak beli bende2 ni. Mungkin mereka tak pakai kot entahlaa hanya amoi tu sahaja yang tahu.

Aku berenti kerja lepas dua bulan lebih aku kerja kat situ. Tujuan aku berenti bukan sebab aku dah kaya tapi sebab aku nak amik lesen kereta and sebab aku dah tak larat kerja kat situ. Ko bayangkan ko kerja lebih kurang 12 jam sehari, melayan karenah customer yang mcm2 hal, berdiri memanjang sepanjang waktu tu, kebosanan, untuk gaji sebanyak RM750. Berbaloi ker?? Aku salute kat mereka yang terpaksa menjadikan karier ni sebagai kerjaya hidup. At least gaji dorg HALAL. Tapi aku jadikan pengalaman aku kerja kat METROJAYA ni sebagai peringatan untuk aku supaya belajar sungguh2 dan dapatkan kerja yang lebih baik. Tak sanggup rasenye nak kerja terseksa macam tu sepanjang hidup aku.

 
 Bile aku tengok movie ni aku teringat plak zaman-zaman aku kerja dulu.

 PS:- Aku pernah bawak duit RM20000 dalam plastik bag koyak ke cashier room untuk declare duit tu. Sampai kat cashier room aku kene sound dengan akak2 cashier tu sebab careless bile pegang duit. Time tu aku tak takot pown sebab duit tu bukan duit aku so aku pedulik ape.

No comments:

Post a Comment