Friday, September 2, 2011

Raya Ke Tak Ni??

29 Ogos 2011 (sehari sebelum raya)
Seperti biasa aku bangun awal hari tu, pukul 2 petang awalnya cis. Dalam kepala otak aku petang tu aku tak ingat raya, yang aku ingat Arsenal kena tibai 8 bijik gol ngan Manchester United malam sebelumnya, diulangi 8 BIJIK GOL. Apa makan laa team Arsenal season ni pelik betul aku. Plan nak bertolak dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan lepas Asar. Aku dalam kepala otak dah mencongak berapa jam yang diperuntukkan untuk sampai ke kampung. Kira punya kira aku agak-agak dalam 4 jam tambah tolak dengan waktu stuck dalam jam sekali. Makanan berbuka dalam kereta dah prepare awal, ape jadah berbuka nanti dengan niat dan telan air liur. Sampai kat highway aku pelik, kereta tak banyak, jalan tak jam, smooth jer perjalanan aku time tu. Malas nak komplen lebih2 kang jam kang aku jugak yang kurang pahala pose drive nanti. Sampai kat kampung lagi aku pelik, biasanya rumah bising dengan teriakan anak-anak buah berebut dengan mak bapaknye nak tgk Astro Ceria, tapi senyap jer pulak suasana kali ni. Rupenye mereka tak balik Teluk Intan raya pertama, masing2 balik rumah mak mentua. Ok jugak aman sikit hidup aku dari penangan channel Astro Ceria di pagi raya nanti.

30 0gos 2011 (1 Syawal, raya siot)
Hari ni aku bangun terlebih awal, actually bangun adalah perkataan yang salah sebab aku tak tido pun malam tu. Celaka kene serang ngan nyamuk, tau laa darah aku manis. Pagi raya macam biasa laa gi masjid sembahyang raya. Lepas sembahyang raya sesi maaf bermaafan antara ahli keluarga. Biasanye time ni laa riuh, yang tuanya menangis mintak ampun maaf. Aku assume yang mana air mata die deras mengalir die laa yang paling banyak buat salah tahun tu keh keh keh, yang keciknye pulak happy dapat duit raya. Dah habis nangis biasenya ade sesi fotografi. Tapi pagi tu suasana lain cikit, biasa-biasa jer, takde macam drama Melayu kat tv tu. Sesi fotografi pun takde so takde laa profile picture Facebook aku tukar tema raya tahun ni. Pukul 11.30 orang mula datang rumah, ceh yang datang pun budak2 nak cari duit raya. Aku malas layan bende2 ni, aku bukan kenal dorang so aku lari ke bilik. Tak sampai 5 minit aku terlelap, aku celik mata balik dah petang. Memang aku raya dengan mimpi jer hari tu takde bende special pun.

31 Ogos 2011 (2 Syawal, merdeka siot)
Tahun ni merdeka dalam bulan syawal. Ayat urban die Merdekaraya. Tapi aku tak rasa macam sambut merdeka pun hari tu. Biasa pagi2 ada rancangan khas orang berarak dengan kereta kebal kat Dataran Merdeka tapi tahun ni aku tak perasan pulak ada bende tu. Rancangan merdeka pun kurang kat tv, ada laa dua tiga drama merdeka tapi semuanya kat Astro, kat tv free takde pulak aku perasan. Biasanya citer Leftenan Adnan mesti ada time merdeka tapi yang ade citer Adnan Sempit ceh. Mungkin sebab orang masih mood raya so merdeka-merdeka ni belakang cerita kot. Tapi bile dipikirkan balik, macam mana nak raya kalo kita tak merdeka dulu hmmm..

Petang tu aku bertolak balik ke Kuala Lumpur, sampai kat KL aku perasan banyak kedai dah bukak dah. Diorang ni tak raya ke ape. Bila diteliti betul-betul baru aku perasan yang boleh dikatakan semua pelanggan kedai yang aku nampak adalah PATI. Yelaa nak balik kampung jauh bebenor cuti pun kejap jer tak berbaloi diorang balik buat rugi perabih beras jer. Bagi aku raya kali ni dah hilang suasana kemeriahan rayanya. Bulan Ramadhan pun aku tak feel macam dalam bulan Ramdhan. Puasa pun aku rasa macam tak puasa (puasa aku penuh tahun ni yer). Entah laa 10 tahun lagi mungkin raya ni jadi cuti biasa jer, macam takde bende yang nak dicelebratekan. Kesian anak-anak aku nanti, tak beraya laa diorang..

PS:- Pendapatan duit raya aku pun maik kurang tahun ni, sapa-sape yang sudi, bagi ler aku duit raya, bleh buat modal beli Blackberry tak pun I-Phone..

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Post kali ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada mereka-mereka yang mengenali diriku ini. Aku ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa maklumlaa kadang-kadang mulut aku leh tahan jugak lasernye, but I am being honest. Kalau aku bergurau2 terlebih gurau korang terasa aku minta maaf laa tapi mmg takde niat lain selain bertujuan untuk bergurau. 

Kepada mereka yang terbutthurt atas statement aku baik kat Facebook atau kat Twitter aku mintak maaf kalo bontot korang berdarah. Aku just cakap ape yg aku rasa. Toksah laa emo2 sgt, amik yg keruh buah yg jernih. Aku ni hari2 orang kutuk aku buncit, gemuk bagendol, tak hensem, bodoh, bebal, takde awek, forever alone, ketinggalan zaman etc2 tapi aku steady jer, lantak korang laa korang nak kata ape, bukannye aku rugi ape2 pun, korang yang mengutuk pun bukan untung ape2 membazir air liur iyer ade.

Anyhow selamat beraya, kepada yang drive tu drive elok2, jangan jadi setan kat highway, orang lain pun tak suka duduk kat highway lama-lama. Makan tu beringat2 mentang2 puasa sebulan hari raya pertama janganlaa melantak mcm tak makan setahun, relax raya pun sebulan jugak (ceh padahal aku yg patut kene nasihat mcm ni). Ok laa Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari aku Muhammad Syahzannizam Bin Ramli.

Lagu raya selalu dengar bosan jugak sekali-sekala tukar selera best..

Friday, August 26, 2011

Popcorn

Semalam lepas futsal memang tak sah kalau tak lepak dengan team futsal. Macam-macam cerita keluar, dari cerita pasal game futsal tadi, pasal zaman hantu kat sekolah, pasal betapa teruknye Arsenal dan Liverpool sampai laa cerita cinta monyet kat sekolah. Nak dipendekkan cerita member aku si Ahmad Zhafran (bukan nama sebenar) telah memetik satu cerita yang sampai sekarang terngiang-ngiang kat kepala otak aku ni. Cerita ini aku harus jadikan pengajaran kerana ianya menyedarkan aku bahawa makanan bukanlah segala-galanya.

Cerita berlatar-belakangkan time aku menonton wayang citer Fast 5 dengan classmate perempuan beberapa bulan lepas. Kirenye reunion laa kononnya ni. Nak plan reunion pun susah bukan main. Macam2 pantang larang. Sebab banyak sangat pantang larang aku malas nak melepak dengan budak perempuan lagi. Nak keluar pun ada time limit susah betul. Kalo diorang nak ajak aku tggu diorang setting dulu baru aku follow. Cakap-cakap ayam pun tak guna kan. Bek cari member lelaki lepak balik tiga hari kemudian pun takde hal punye. Saya tak gay saya ok. Fast 5 ni memang movie terbaik bagi aku sepanjang summer ni, sape tak tengok pegi arr download haram rasanya version DVD-RIP dah keluar dah kot. Aku time tu duduk sebelah budak Ahmad Zhafran ni (sekali lagi bukan nama sebenar) kat dalam wayang. Time tu tengok kat TGV. TGV ni best sikit bagi aku sebab popcorn die sedap. Manis die semacam lepas tu banyak pulak tu. Kalau sikit maknanya korang beli saiz small laa, small tu kecik bile kecik die sikit laa kalau tu pun tak tahu aku rase korang dah boleh retake SPM kot.

Nak dipendekkan cerita lagi sedang aku meratah popcorn manis sambil menonton skrin besar wayang tu aku telah diajukan satu soalan cepu emas dari salah seorang member perempuan aku time tu, si Selena Gomez (ini pun bukan nama sebenar atas faktor privasi aku terpaksa rahsiakan).

Selena Gomez: Nizam, sedap ker popcorn tu??
Aku: Haah sedap sungguh (sambil menyuap segenggam popcorn kedalam mulut)
Selena Gomez:.........
Selena Gomez:.........
Selena Gomez:......... (aku masih mengunyah popcorn dengan selambanya)
Ahmad Zhafran: woi orang tanye macam tu maknanya die nak sikit laa sengal, tak macho betul ko ni !!!
Aku: ehh laa yeker tak cakap mana laa orang tahu bahasa berkias ni nak sikit ker amik laa bnyak mana pun tak kisah ler =.=

Lepas tu aku tak ingat pulak sama ada Selena Gomez amik ke tak popcorn tu. Celaka kerana makanan awek aku ketepikan. Ketahian betul aku ni. Nampak sangat laa kenapa aku ni FOREVER ALONE. Sekian...

PS:- Aku salahkan popcorn TGV sebab sedap sangat.
PSS:- Maaf arr kepada followers aku yg 21 orang tu, lama betul aku tak update blog aku, bukan aku busy, aku malas keh keh keh..


Monday, June 27, 2011

Kalau Aku Jadi Perdana Menteri

Post kali ni post aku tulis sebab aku dah rage sangat dengan keadaan politik kat Malaysia sekarang. Bagi aku baik Barisan Nasional ker Pakatan Rakyat ker dua-dua pun ada kelemahan masing-masing. Takde yang perfect. Bagi aku sekarang ni aku pegang prinsip "better work with the devil you know, than the devil you dont know" so paham-paham jerlaa kalo politik aku lebih berpihak kepada parti apa. Kalo tak paham pegi balik repeat MUET korang dengan kadar segera, tak guna kalo dapat band 6 sekalipun tapi peribahasa senang mcm tu pun tak paham. Berikut adalah perkara-perkara yang aku akan lakukan kalo aku "pegang" Malaysia ni satu hari nanti.

Memansuhkan Segala Subsidi
Ini adalah langkah pertama aku kalo aku jadi PM, aku akan mansuhkan semua subsidi baik subsidi ron 95, ron 98, subsidi gula, subsidi beras semua aku akan mansuhkan. Mesti orang cakap aku gila ke apa?? ehh peduli apa aku, yang jadi PM aku bukan korang lantaklaa aku nak buat ape pun. Buat apa aku bagi subsidi kalau rakyat tak habis-habis komplen harga barang naik sebab kerajaan macam bangang tak reti handle ekonomi, macam diorang tak tahu kerajaan belanjakan berbillion dolar untuk tampung subsidi. Bayangkan berapa billion duit kerajaan yang aku dapat save nanti. Dengan duit berbillion-bilion tu aku boleh buat menara 200 tingkat plak bagi rakyat butthurt suka-suka hati aku. Nescaya lepas ni ramai laa orang gune kenderaan awam, keta Alphard dah tak berani nak lenjan 180kmph dekat highway, duduk lorong tengah jer memanjang nanti. Makanan ruji rakyat pun dah bertukar takde makan nasi lemak hari-hari sebab beras dah mahal. Teh tarik pun jadi satu bende yang eksklusif nanti. Aku pasti dengan ini kadar obesiti berjaya dikurangkan kat Malaysia ni.

ISA is the LAW
Ingat aku tak takut ker rakyat memberontak buat rusuhan sebab aku mansuhkan subsidi, mestilah aku tak takut sebab ISA ada muahahaha. Semua yang buat onar sikit dengan kerajaan aku nanti jangan malu jangan segan masuklah korang ke dalam ISA aku. Bersuara jer sikit pasal kerajaan cam cibai maka bersiap sedia laa korang nak makan cabai kat dalam ISA tu nanti. Mana-mana ahli politik yang kantoi video seks maka ke dalam ISA laa kamu tempatnye. Yang tukang rakam tu pun aku humban dalam ISA, apa bangangnye dah tahu mamat tu nak buat onar ko bleh rakam lagi pastu sebarkan kat orang ramai. Sebarkan kat buletin utama lak tu kalau budak2 kecik tanye ni cerita apa takkan aku nak cakap wayang kulit kot, bangang-bangang.

Cukai Kereta Dikurangkan
Apa jadah kereta MYVI yang tak seberapa tapi harga die mahal nak mampus. Dah laa kereta buatan tempatan itupun mahal macam harga kereta import ker. Kereta import tu tak mahal tapi cukai die yang mahal mcm haram jadah. Kalo tak takdenye aku nak beli Myvi baik aku beli Honda Accord idaman, lagi best. Sekali lagi orang mesti persoalkan aku ni gile ker suka-suka turun harga cukai nanti kereta kat jalan berlambak traffik jam sape yang susah. Ape nak risau, harga kereta memang laa murah tapi harga minyak plak mcm mana kat dah xde subsidi, kah kah kah time tu aku rase kereta Myvi aku pun dah dianggap satu luxury kah kah kah. Aku pulak time aku jadi perdana menteri aku tukar semua kereta kerajaan dari menggunakan PROTON tukar kepada BENTLEY, baru arr nampak macam boss-boss sikit. Ni perdana teksi perdana pun ade.

Pinjaman dan Biasiswa No More
Sebagai langkah untuk kerajaan aku kumpul duit berbillion-billion untuk bina menara 200 tingkat aku telah sebulat suara menggunakan kuasa aku untuk mengharamkan pinjaman pendidikan berkuat-kuasa serta merta. Buat ape aku kasi duit kat rakyat pastu bile dah kerja makan gaji dorang tak nak bayar balik. Duit tu pun belum tentu korang gune buat untuk belajar. Sebagai student aku tahulah yang lelaki biase buat duit tu sebagai downpayment motor, beli laptop handphone gempak yang perempuan plak shopping sakan. Pastu hujung-hujung sem gigit jari. Aku perdana menteri yang adil. Aku buat korang gigit jari dari awal sem hingga habis sem padan muka korang kah kah kah.

Berikut adalah langkah-langkah yang aku ambil kalo aku jadi Perdana Menteri satu hari nanti, moto aku nanti bile berucap ialah Kerajaan Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. So nanti jangan lupe undi aku dalam pilihan raya ekk.

PS:- Takde sape yang perfect semua bangang-bangang..

Monday, June 20, 2011

Belanjawan Seorang Student

Sebagai seorang yang bergelar pelajar di menara gading aku pasti korang semua terikat dengan pinjaman jangka panjang tak kira arr pinjaman MARA, PTPTN atau PAMA (sape tak tau pinjaman PAMA ni maknenye korang pinjam dengan MARA or PTPTN). Tak kira laa korang belajar kat universiti kerajaan ker, swasta ker, kat politeknik ker, UITM dihatiku ker, KLMU dunia didalam tangan kita ker, boleh dikatakan semua student terikat dengan pinjaman. Yelah dah nama pun student sejak bile pulak orang yang bergelar student ni diberikan gaji setiap kali datang kelas. Tapi pernahkah korang terpikir untuk membuat belanjawan perbelanjaan korang setiap kali duit elaun korang dapat. Sering kali aku dengar keluhan member2 aku yang mengeluh setiap hujung-hujung sem merungut kehabisan wang. Time ni segala ajakan untuk melepak, menonton wayang, makan kat MCD semua direject awal-awal kerana wang yang tiada. Aku sebagai seorang student bisnes awal-awal lagi dah prepare dengan belanjawan aku sendiri. 

Sebelum tu aku nak bitau yang aku ni mendapat pinjaman tajaan MARA atau nama penuhnye Majlis Amanah Rakyat. Setiap bulan aku akan mendapat elaun sebanyak RM595 sebulan. Kalau CGPA aku cantik sikit pinjaman ni akan bertukar menjadi biasiswa. Itulah azam aku sekarang ni mendapatkan biasiswa tu. Ape jadah belum kerja lagi nanti aku dah kene bayar hutang, bakal bini aku nanti nak makan ape?? lumut?? pasir?? owhh tak sanggup, aku nak tgk jugak bini aku nanti makan fish n chips hari-hari. Alhamdulillah aku tak pernah lagi kebulur kat kolej ni sebab duit elaun habis. Biasanya RM595 tu cukup-cukup jer untuk sara hidup aku dalam sebulan tu. Apa yang bestnye walaupun cuti sem duit elaun MARA aku tetap masuk, tu yang aku malas nak cari kerja part time bila cuti sem. Aku nak relax arr dah satu sem otak aku bekerja otak aku pun nak holiday jugak.

Untuk pengetahuan korang dalam hidup aku tiada istilah elaun rokok. Aku tak merokok so buat ape aku nak peruntukkan duit untuk elaun rokok. Duit ni amanah rakyat takkan aku nak "bakar" duit diorang untuk rokok. Aku tgk member-member aku kebanyakkannye bakar duit diorang RM5-6 sehari untuk rokok. Cube darabkan dengan 30 hari berapa banyak duit yang diorang bakar. Tapi hujung-hujung bulan boleh plak dorang hidup tanpa rokok, hal ini yang menjadi kemusykilan aku sekarang ni. Bangang-bangang.


Muka orang yang merokok macam ni laa rupenye

Aku peruntukkan belanja makan seharian aku dalam RM 12. Yelah satu sesi makan dah cecah RM 5-6. Berapa kali pulak aku makan setiap hari tu bergantung jugak pada keadaan. Jumaat, Sabtu dan Ahad pulak aku tak belanja biasanya sebab aku balik kat KL. Makanan mak sendiri lebih enak dan jimat berbanding makanan restoran, so total up duit untuk makan dan minum aku sahaja dah mencecah lebih kurang RM250. Tinggal lagi RM345 dalam tangan. 

Sebagai seorang student handphone itu penting. Bila ada handphone maka adalah bil telefon. Hal-hal bil ni spesel sikit sebab aku mendapat "subsidi" RM30 dari mak aku. Selebihnye aku bayar. Untuk bil telefon aku peruntukkan lagi RM50 so sekarang tinggal lagi RM295 elaun aku. 

Aku juga melanggan internet broadband, sebagai seorang student internet tu penting untuk kita mencari maklumat-maklumat untuk membantu kita menyiapkan assignment. Tapi jujur laa sebagai seorang student 90% kegunaan internet tu adalah untuk bergosip kat Facebook, Twitter dan juga trolling kat Youtube sampai lebam. Aku memperuntukkan RM100 lagi untuk kos yuran internet makanya elaun aku tadi tinggal RM195.

Minyak petrol kereta dan tol plak semuanya adalah hasil subsii yang diberikan oleh mak aku, sayang mak. Mak sape yang tak sayang anak. Anak sape yang tak sayang emak adalah anak yang bangang. Oleh itu setiap hujung bulan aku sepatutnye ade baki lagi RM195 dalam tangan. Namun begitu sungguh pelik sebab tiap kali hujung bulan duit RM195 ni hilang begitu sahaja. Bende ni lebih misteri dari cerita misteri nusantara. Sampai sekarang aku musykil kemana menghilangnya nilai RM195 ni pelik-pelik.

PS: menabung laa untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, June 9, 2011

Persamaan Nora Elena Dan Nur Kasih

Nora Elena best ker tapi...
 Sekarang ni rakyat Malaysia terjebak dengan satu demam baru, kalo dulu demam ni disebabkan drama bersiri Nur Kasih yang ditonton 19 juta penonton Malaysia, sekarang ni ade demam terbaru tak lain tak bukan deman Nora Elena. Jujur aku cakap aku layan jugak Nora Elena ni tapi di awal2 episod sahaja, lepas tu aku mula bosan. Tapi lain pula ceritanya dengan Nur Kasih, aku layan cerita ni pertengahan episod tapi aku terus jatuh cinta. Drama Nur Kasih adalah satu-satunye drama bersiri Melayu yang aku pernah tengok sampai habis. Tapi korang perasan tak persamaan kedua-dua cerita ni??

Persamaan yang aku nampak iaitu tajuk die menggunakan nama seorang perempuan yang menjadi benchmark seorang perempuan yang wajib dijadikan awek, bini dan juga menantu. Mana taknye si Nora Elena tu digambarkan sebagai seorang yang tak pernah tinggal sembahyang dan juga amat sensitif dengan Halal dan Haram ni. Tapi ape yang bangangnye pakaian die masih cam supermodel, ketat semacam tapi aku sebagai lelaki hanya mampu tersenyum lebar jer tak perlu nak bising, mengumpat ni tak elok.

Persamaan kedua pulak yang aku nampak adalah perkahwinan yang dirancang. Maknenye kahwin dulu tapi bercinta kemudian. Pastu selepas perkahwinan diorang ni ada salah satu pasangan yang tak suka dengan perkahwinan tu, contohnye dalam Nora Elena ni si Nora tak berapa suka dengan si Setan walau si Setan ni hensem, kaya, macho, bermutu dan keunggulan. Hal ini boleh kite nampak juga dalam drama Nur Kasih bila Adam tak suka langsung dengan Nur Amina, ayat bangang si Adam malam pertama mereka adalah "don't worry im not gonna touch you". Bangang sungguh bangang, rezeki halal ade depan mata tapi tolak, kononnye takde perasaan cinta, pegidah ngan cinta, di dunia yang moden ni masih wujud lagi ker cinta yang setia. Bangang-bangang.

 Persamaan ketiga pulak wujud watak penghasut kaki batu api yang bengang sebab die tak dapat lelaki yang die idamkan. Contohnye si Evonne (apa jadah nama die susah sgt nak eja) dengan si Sarah. Dua-dua watak ni mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan rumah tangga orang. Tapi apa yang bangangnye ialah bila si Nora Elena ngan si Nur Amina tak perasan dengan niat busuk sebusuk tong sampah tiga hari yang dah berulat. Mereka begitu senang tertipu dengan hasutan syaitan ni padahal watak mereka digambarkan sebagai orang yang kuat agama. Drama ini cube menunjukkan yang orang Malaysia ni kuat cemburu kaki dengki, tak kire laa sekuat mana agama orang tu.

Kesimpulannya aku rase drama Nora Elena adalah rip-off kepada drama Nur Kasih walaupun tak ketara sangat. Tapi aku tahu ayat-ayat aku ni sikit pun takkan menjejaskan minat kaum hawa untuk still terlentang depan tv pukul 7 hingga pukul 8 setiap hari Isnin hingga Khamis untuk menonton drama ni. Bagi aku Nur Kasih adalah jauh lebih baik dari Nora Elena.
 
Nur Kasih lagi best !!!!!
  PS: Nur Amina 10 kali ganda lebih hot berbanding Nora Elena

Wednesday, June 1, 2011

Best Game EPL 2011 (Arsenal Vs Liverpool)

Bagi aku best game of EPL 2010/2011 adalah game diantara Arsenal vs Liverpool di Stadium Emirates. Game ni penuh dengan drama dan kontroversi di minit-minit terakhir perlawanan. A very upsetting game for Arsenal fans but a great football games for the neutral. Bagi aku Lucas memang dive, Eboue plak mangsa keadaan, referee bangang dan Arsene Wenger memang berhak untuk emo shitface dengan Kenny Dalglish masa penghujung game tu. Game ni aku rase penyebab utama tittle race antara Arsenal dan Manchester United berubah menjadi tittle race antara Chelsea dan Manchester United.



Bawah ni plak reaction dua fans tegar Arsenal ngan Liverpool dalam fanzone mmg kelakar habis reaction diorang. Sekali lagi Arsenal fan tu berhak untuk merasa pongeh dalam situasi ni.



PS:- The game is not over until it is over..