Monday, June 20, 2011

Belanjawan Seorang Student

Sebagai seorang yang bergelar pelajar di menara gading aku pasti korang semua terikat dengan pinjaman jangka panjang tak kira arr pinjaman MARA, PTPTN atau PAMA (sape tak tau pinjaman PAMA ni maknenye korang pinjam dengan MARA or PTPTN). Tak kira laa korang belajar kat universiti kerajaan ker, swasta ker, kat politeknik ker, UITM dihatiku ker, KLMU dunia didalam tangan kita ker, boleh dikatakan semua student terikat dengan pinjaman. Yelah dah nama pun student sejak bile pulak orang yang bergelar student ni diberikan gaji setiap kali datang kelas. Tapi pernahkah korang terpikir untuk membuat belanjawan perbelanjaan korang setiap kali duit elaun korang dapat. Sering kali aku dengar keluhan member2 aku yang mengeluh setiap hujung-hujung sem merungut kehabisan wang. Time ni segala ajakan untuk melepak, menonton wayang, makan kat MCD semua direject awal-awal kerana wang yang tiada. Aku sebagai seorang student bisnes awal-awal lagi dah prepare dengan belanjawan aku sendiri. 

Sebelum tu aku nak bitau yang aku ni mendapat pinjaman tajaan MARA atau nama penuhnye Majlis Amanah Rakyat. Setiap bulan aku akan mendapat elaun sebanyak RM595 sebulan. Kalau CGPA aku cantik sikit pinjaman ni akan bertukar menjadi biasiswa. Itulah azam aku sekarang ni mendapatkan biasiswa tu. Ape jadah belum kerja lagi nanti aku dah kene bayar hutang, bakal bini aku nanti nak makan ape?? lumut?? pasir?? owhh tak sanggup, aku nak tgk jugak bini aku nanti makan fish n chips hari-hari. Alhamdulillah aku tak pernah lagi kebulur kat kolej ni sebab duit elaun habis. Biasanya RM595 tu cukup-cukup jer untuk sara hidup aku dalam sebulan tu. Apa yang bestnye walaupun cuti sem duit elaun MARA aku tetap masuk, tu yang aku malas nak cari kerja part time bila cuti sem. Aku nak relax arr dah satu sem otak aku bekerja otak aku pun nak holiday jugak.

Untuk pengetahuan korang dalam hidup aku tiada istilah elaun rokok. Aku tak merokok so buat ape aku nak peruntukkan duit untuk elaun rokok. Duit ni amanah rakyat takkan aku nak "bakar" duit diorang untuk rokok. Aku tgk member-member aku kebanyakkannye bakar duit diorang RM5-6 sehari untuk rokok. Cube darabkan dengan 30 hari berapa banyak duit yang diorang bakar. Tapi hujung-hujung bulan boleh plak dorang hidup tanpa rokok, hal ini yang menjadi kemusykilan aku sekarang ni. Bangang-bangang.


Muka orang yang merokok macam ni laa rupenye

Aku peruntukkan belanja makan seharian aku dalam RM 12. Yelah satu sesi makan dah cecah RM 5-6. Berapa kali pulak aku makan setiap hari tu bergantung jugak pada keadaan. Jumaat, Sabtu dan Ahad pulak aku tak belanja biasanya sebab aku balik kat KL. Makanan mak sendiri lebih enak dan jimat berbanding makanan restoran, so total up duit untuk makan dan minum aku sahaja dah mencecah lebih kurang RM250. Tinggal lagi RM345 dalam tangan. 

Sebagai seorang student handphone itu penting. Bila ada handphone maka adalah bil telefon. Hal-hal bil ni spesel sikit sebab aku mendapat "subsidi" RM30 dari mak aku. Selebihnye aku bayar. Untuk bil telefon aku peruntukkan lagi RM50 so sekarang tinggal lagi RM295 elaun aku. 

Aku juga melanggan internet broadband, sebagai seorang student internet tu penting untuk kita mencari maklumat-maklumat untuk membantu kita menyiapkan assignment. Tapi jujur laa sebagai seorang student 90% kegunaan internet tu adalah untuk bergosip kat Facebook, Twitter dan juga trolling kat Youtube sampai lebam. Aku memperuntukkan RM100 lagi untuk kos yuran internet makanya elaun aku tadi tinggal RM195.

Minyak petrol kereta dan tol plak semuanya adalah hasil subsii yang diberikan oleh mak aku, sayang mak. Mak sape yang tak sayang anak. Anak sape yang tak sayang emak adalah anak yang bangang. Oleh itu setiap hujung bulan aku sepatutnye ade baki lagi RM195 dalam tangan. Namun begitu sungguh pelik sebab tiap kali hujung bulan duit RM195 ni hilang begitu sahaja. Bende ni lebih misteri dari cerita misteri nusantara. Sampai sekarang aku musykil kemana menghilangnya nilai RM195 ni pelik-pelik.

PS: menabung laa untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment