Thursday, June 9, 2011

Persamaan Nora Elena Dan Nur Kasih

Nora Elena best ker tapi...
 Sekarang ni rakyat Malaysia terjebak dengan satu demam baru, kalo dulu demam ni disebabkan drama bersiri Nur Kasih yang ditonton 19 juta penonton Malaysia, sekarang ni ade demam terbaru tak lain tak bukan deman Nora Elena. Jujur aku cakap aku layan jugak Nora Elena ni tapi di awal2 episod sahaja, lepas tu aku mula bosan. Tapi lain pula ceritanya dengan Nur Kasih, aku layan cerita ni pertengahan episod tapi aku terus jatuh cinta. Drama Nur Kasih adalah satu-satunye drama bersiri Melayu yang aku pernah tengok sampai habis. Tapi korang perasan tak persamaan kedua-dua cerita ni??

Persamaan yang aku nampak iaitu tajuk die menggunakan nama seorang perempuan yang menjadi benchmark seorang perempuan yang wajib dijadikan awek, bini dan juga menantu. Mana taknye si Nora Elena tu digambarkan sebagai seorang yang tak pernah tinggal sembahyang dan juga amat sensitif dengan Halal dan Haram ni. Tapi ape yang bangangnye pakaian die masih cam supermodel, ketat semacam tapi aku sebagai lelaki hanya mampu tersenyum lebar jer tak perlu nak bising, mengumpat ni tak elok.

Persamaan kedua pulak yang aku nampak adalah perkahwinan yang dirancang. Maknenye kahwin dulu tapi bercinta kemudian. Pastu selepas perkahwinan diorang ni ada salah satu pasangan yang tak suka dengan perkahwinan tu, contohnye dalam Nora Elena ni si Nora tak berapa suka dengan si Setan walau si Setan ni hensem, kaya, macho, bermutu dan keunggulan. Hal ini boleh kite nampak juga dalam drama Nur Kasih bila Adam tak suka langsung dengan Nur Amina, ayat bangang si Adam malam pertama mereka adalah "don't worry im not gonna touch you". Bangang sungguh bangang, rezeki halal ade depan mata tapi tolak, kononnye takde perasaan cinta, pegidah ngan cinta, di dunia yang moden ni masih wujud lagi ker cinta yang setia. Bangang-bangang.

 Persamaan ketiga pulak wujud watak penghasut kaki batu api yang bengang sebab die tak dapat lelaki yang die idamkan. Contohnye si Evonne (apa jadah nama die susah sgt nak eja) dengan si Sarah. Dua-dua watak ni mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan rumah tangga orang. Tapi apa yang bangangnye ialah bila si Nora Elena ngan si Nur Amina tak perasan dengan niat busuk sebusuk tong sampah tiga hari yang dah berulat. Mereka begitu senang tertipu dengan hasutan syaitan ni padahal watak mereka digambarkan sebagai orang yang kuat agama. Drama ini cube menunjukkan yang orang Malaysia ni kuat cemburu kaki dengki, tak kire laa sekuat mana agama orang tu.

Kesimpulannya aku rase drama Nora Elena adalah rip-off kepada drama Nur Kasih walaupun tak ketara sangat. Tapi aku tahu ayat-ayat aku ni sikit pun takkan menjejaskan minat kaum hawa untuk still terlentang depan tv pukul 7 hingga pukul 8 setiap hari Isnin hingga Khamis untuk menonton drama ni. Bagi aku Nur Kasih adalah jauh lebih baik dari Nora Elena.
 
Nur Kasih lagi best !!!!!
  PS: Nur Amina 10 kali ganda lebih hot berbanding Nora Elena

No comments:

Post a Comment