Wednesday, March 2, 2011

Happy Birthday To Me

2nd March 1990 was a day that a legend is born. That day will forever be written in history as the day greatness himself enter the world in a form of a cute little baby boy destined to grow up to become someone legendary.21 years later however... Nothing great happen. (facepalm)

Dah arr cukup-cukup arr aku merepek. Seperti korang sume tau hari ni hari jadi aku. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MARK ZUCKERBERG sebab letak function birthday notification kat FACEBOOK yang beliau create. Sekurang-kurangnye ada arr jugak orang yang ingat tarikh lahir aku ni. Korang toksah tipu laa kalo facebook ni takde konpem korang tak ingat birthday member-member korang. Takleh nak salahkan korang jugak sebab ape jadah nak ingat birthday kawan yang beratus ribu, nak hafal sifir 3 pown terkial-kial inikan pula tarikh birthday kawan-kawan.

Birthday aku kali ini memang aku rase agak sedih sedikit. Pertama sekali sebab aku celebrate sorang-sorang. Kat kolej ni aku mane ade housemate. Semua dah graduate dah. Dulu kalo time birthday ni aku menyorok belakang pintu takut kene tepung, tapi sekarang ni aku mengharap sangat orang baling tepung kat muka aku, terubat laa sedikit kesunyian di hati ini.  AWEK?? Aku mane ade awek yang nak wish birthday kat aku. Kadang-kadang teringin gak ade awek at least ade arr orang yang manja-manja kat telefon wish happy birthday kat aku. Aku tgk member aku heh awek die berusaha plan Birthday wat pakwe die yang tersayang, JELES lak ai. Tapi nak wat camner belum rezeki aku lagi. Member kelas aku yang lain plak?? heh aku ade 2 orang jer member yang aku rapat kat kolej ni. Yang lain semua budak INTERNATIONAL so tak arr rapat sangat ngan dorang. Aku menyalahkan jurang komunikasi dalam hal ini. Haiz its so sad but true...

Nasib malang aku bertambah apabila MANCHESTER UNITED kalah pulak ngan CHELSEA. Takper arr adat bola memang macam tu. Aku takkan mengungkit (macam fans team lain kalo team dorang kalah) yang MANCHESTER UNITED kalah sebab main kat tempat lawan, kalah sebab Chelsea menang penalti, kalah sebab referee yang bias, takkan komplen yang sepatutnye Luiz kene RED CARD dan macam-macam lagi. Tak aku takkan komplen buang karan jer aku komplen kang ade jer dolak dalihnye nanti.

Malang ditambah lagi dengan ASSIGNMENT yang shit. Apelaa nasib aku, stress dengan esenmen sebelum ni belum habis lagi dah ditambah dengan esenmen baru yang macam shit. Lagi shit bile esenmen ni esenmen yang memerlukan aku menggunakan kalkulator saintifik 570 untuk menyiapkan esenmen tersebut (esenemen finance). Bertambah malang apabila aku terpaksa RE-DO esenmen ni sebab masalah2 teknikal. Penat aku berjaga semalaman buat esenmen last-last kene RE-DO. Oh shit oh shit. Apelaa malang nasib aku.

Tapi petang ni sedang aku meratah popia dengan air suam (nescafe takde nak bancuh) dan merenung keluar tingkap melihat pemandangan gunung-ganang kat Mantin ni aku terperasaan sesuatu. IM STILL ALIVE. Bersyukur aku masih hidup lagi. Mak ngan adik aku pown hidup lagi meaning I still have a family to celebrate my birthday with when I get back to Kuala Lumpur. Aku pown masih ade kawan-kawan kat KL. Ade yang aku kenal sejak aku dari darjah satu lagi dan ade jugak yang aku kenal berpisah dan kemudian jumpe balik. Ade yang aku baru kenal dan ade yang aku langsung tak ingat sape laa minah yang dok bersembang ngan aku kat FB pagi tadi. For that God I thank you for blessing me with this wonderful life I've had right now.

For the people yang wish aku hari ni TERIMA KASIH laa banyak2. Greatly appreciate it. At least kurang laa sikit stress aku buat esenmen ni. Tapi stress tu maybe bertambah kurang 200 kali ganda kalo dapat hadiah. Aku dari kecik teringin benar nak PS3, tak dapat PS3, PSP pown jadi arr. Aku tak minat I-Phone, I-Pad ni tapi kalo nak kasi pown aku terima jer dengan hati yang ikhlas hahahaha. (shit muka tembok betol ak ni tak malu mintak hadiah).




ps:- sambil makan popia cube korang dengar lagu ni, konfirm bertambah sedap popia yang dimakan, kalo tak sedap jugak cube cecah ngan cili sos, kalo tak sedap jugak, gi masak popia tu sendiri...

Tuesday, March 1, 2011

Fakta Menarik Tentang Arsenal Sejak 6 Tahun Lepas

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai Arsenal sejak kali terakhir mereka menang FA CUP pada tahun 2005 iaitu 6 tahun lepas :-

0- Jumlah piala Arsenal menang sejak 6 tahun lepas.

0- Jumlah piala yang Arsenal berjaya bawa pulang ke Emirates, home baru Arsenal sejak mereka berpindah dari Highbury.

1- Jumlah piala yang dimenangi Tottenham Hotspurs (musuh ketat Arsenal) sejak 6 tahun lepas.

1-Kejuaraan yang satu-satunye dimenangi Arsenal iaitu kejohanan FA YOUTH CUP pada tahun 2009 dengan menewaskan LIVERPOOL melalui agregat 6-2.

3-Finals Arsenal kalah sejak tahun 2005, kalah dengan  Barcelona final UCL 2006, kalah ngan Chelsea final Carling Cup 2007 dan terbaru kalah dengan BIRMINGHAM CITY final Carling Cup 2011.

4- Pemain Arsenal yang masih wujud di Arsenal sejak mereka menang FA CUP 2005, CESC FABREGAS, VAN PERSIE, EBOUE dan juga GAEL CLICHY.

6-Kejuaraan yang ASHLEY COLE berjaya menang bersama Chelsea semenjak die blah dari ARSENAL pada tahun 2006. (ratio 1 piala untuk 1 tahun bagi ASHLEY COLE  untuk setiap tahun ARSENAL tak pernah menang cup dari 2005)

6 kali juara untuk 6 tahun Arsenal tak menang sebarang trofi


11- Kejuaraan yang dimenangi MANCHESTER UNITED sejak mereka kalah dengan ARSENAL di FA CUP finals 2005. (butthurt)

11- Kejuaraan yang dipungut ARSENE WENGER bersama ARSENAL dari tahun 1996 sejak kali pertama beliau menjadi manager Arsenal. (butthurt lagi, Alex Ferguson dah dapat 11 kejuaraan sejak tahun 2005, tu belum kira keseluruhan kejuaraan yang Manchester United menang sejak die take over kelab ni)

Cukup-cukuplah kutuk aku oit tak tahan dah ni.

13- Umur Jack Wilshere mase Arsenal menang FA CUP 2005.

18- Umur Fabregas mase Arsenal menang FA CUP 2005.

Sekarang Fabregas dah 23 tahun, dah matang, dan dah berjambang kempunan tak dapat pegang piala dengan ARSENAL
 69- tempoh dalam bulan Arsenal tak menang sebarang kejuaraan.

tu jer arr fakta-fakta yang aku jumpe. kredit kepada GOAL.COM sebab bagi fakta-fakta menarik ni.

PS:- Sabar yer fans Arsenal semua kah kah kah..

The Invincibles

THE INVINCIBLES adalah gelaran yang diberikan kepada team EPL yang berjaya menghabiskan satu musim EPL dengan rekod tanpa kalah. PRESTON NORTH END adalah kelab pertama yang berjaya mencapai gelaran ini pada tahun 1888-1889 dengan rekod menang 18 kali dan seri 4 kali sekaligus menjadi juara pada tahun itu. Team ini juga berjaya menjadi johan FA Cup pada tahun tersebut tanpa bolos sebijik gol pown dalam kempen FA Cup tersebut sekali gus dinobatkan sebagai team pertama menjadi juara berganda (The Double).

Pada musim EPL 2003-2004 ARSENAL turut menjadi salah satu team yang boleh digelar THE INVINCIBLES. Mereka berjaya merangkul piala EPL pada tahun tersebut dengan rekod 26 kali menang dan 12 kali seri tanpa pernah kalah satu game pown. Rekod ini menjadi lebih hebat dari rekod yang dipegang Preston North End sebab Arsenal tak pernah kalah 38 game berturut-turut dalam liga EPL berbanding Preston North End yang hanya ada 22 game sahaja untuk satu season. Rekod ini diteruskan ARSENAL sehingga mencapai 49 perlawanan tanpa kalah. Satu rekod yang hebat untuk sebuah kelab EPL.

Persoalan aku sekarang ade ape dengan rekod tu?? Ape jadi dengan mereka yang pernah pegang rekod tu, are they truly THE INVINCIBLES?? I don’t think so. Mula-mula kite tengok Preston North End, diorang sekarang ni tangga tercorot CHAMPIONSHIP LEAGUE. Last time diorang berjaya menggondol sebarang kejuaraan adalah pada tahun 1999-2000 itupun kejuaraan THIRD DIVISYEN. Sadis sungguh. Diorang ni memang hanya boleh mengenang sejarah yang tak mungkin berulang.

Rekod THE INVINCIBLES Arsenal berjaya dipadamkan oleh team yang baru-baru ni kalah dengan Wolverhampton Wanderes iaitu MANCHESTER UNITED. Semenjak rekod Arsenal lebur di tangan Manchester United mereka seolah-olah menerima badi sepanjang masa dan yang terbaru pemain-pemain ARSENAL telah diajar bagaimana nak buat BACKFLIP 7 KALI berturut2 oleh seorang pemain bernama OBAFEMI MARTINS (pemain buangan kelab Italy).

Kenapa aku ungkit bende-bende ni. Well jawapannyer mudah jer. REVENGE. Masih terngiang-ngiang kat telinga aku fan ARSENAL menganjing aku bile MANCHESTER UNITED kalah ngan Wolves dua tiga minggu lepas. Fans ARSENAL satu dunia berkokok cakap team die hebat sebab ade rekod THE INVINCIBLES. Pastu siap tag gambar ARSENAL 49 GAMES UNBEATEN kat FACEBOOK. Ramai fans ARSENAL gelak kat MANCHESTER UNITED sebab ade hati nak wat rekod tanpa kalah jugak. Heh ade ape dengan rekod tu. Lepas musim Invincibles tu MANCHESTER UNITED dah menang macam2 arr. EPL, FA CUP, UCL, CARLING CUP semua tu Manchester United dah rase. ARSENAL mcm mane plak kempunan 6 tahun yer haa padan laa muke kome.

Tahun lepas mase MANCHESTER UNITED menang Carling Cup ade fans ARSENAL berkokok mengatakan cup yang MANCHESTER UNITED menang tu cup budak-budak tadika. Habis tu adakah team ARSENAL lagi lembik dari team budak tadika sebab dorg tak dapat menang cup tu ??



SANDARKAN PADA KENANGAN
   

PS:- Ini adalah post menganjing ARSENAL sape terasa tahniah kerana korang peminat setia ARSENAL

Saturday, February 12, 2011

An End Of An Era

Above, the portrait of 4 greatest warrior then ever walk this Earth. 
R.I.P Ghazalians (2006-2010) 
Bob The Big Guy
 Affan The Specialist
Hafiz The Speed Demon
Amir The Finisher

 May Their Legend Lives Forever


Monday, February 7, 2011

Pakwe/Makwe yang Serius Shit


Jenis-jenis pakwe (atau makwe) yang harus anda jauhi. Scenario ni untuk lelaki dan perempuan arr. Aku tulis pakwe jer dalam post ni sebab aku malas nak tulis pakwe/makwe. Panjang sangat dowh.

1) Jenis mengikut bontot temannya sepanjang masa:
Jenis ni memang nampak loving laa konon pada mula-mula tapi lama-lama boleh buat orang meluat. Ape jadah bile aktiviti bersama rakan-rakan dicemari dengan orang-orang seperti ini. Contohnye korang buat reunion ngan member-member sekolah lama dulu, sekali pakwe korang dapat tau die  nak ikut sekali kononye nak menemankan arr kat reunion tu. Tapi bile dah tiba hari reunion tu pakwe korang sendiri tersipu-sipu kemaluan duduk sorang-sorang sebab die takde member dalam reunion tu. End up ko sendiri kene backup die depan kawan-kawan korang cakap die pemalu laa itu laa ini laa. Kalo dah tau pemalu toksah ikut arr. Last-last die sendiri tak sabar-sabar nak balik dan akhirnye korang terpaksa balik awal sekali. Shit...

2) Jenis “Your Facebook is Mine Too Bitch”
Aku saje je gune Facebook sebab Facebook ni lebih urban kalo nak dibandingkan ngan Myspace. Ni lagi satu kes bile akaun facebook korang sendiri tapi pakwe korang nak emel ngan password die. Dengan alasan nak tapis  aktiviti facebook korang supaya takde lelaki lain boleh mengorat. Ini memang hampeh, ko tau korang punye FACEBOOK adalah hidup korang sendiri wat ape nak bagi kat pakwe korang yang belum tentu jadi SOULMATE ko selama-lamanya. Orang yang dah kahwin pown belum tentu diorang share maklumat-maklumat peribadi macam ni. Ibarat hidup korang dikongkong oleh orang lain. Aku nak tanye korang, MAK BAPAK ko ade ker mintak password Facebook korang nak jage korang, setahu aku tak pernah dibuat oleh mak bapak lagi. Baru kapel 3 bulan dah nak pegang  password, kalo clash nanti korang sendiri yang merana.

3) Jenis control relationship korang dengan orang lain
Awie: Awak saya tak nak tengok awak kawan dengan si Farid Kamil lagi. Bukan main manja awak dengan die, saya tak suka.
Erra: Tapi kenapa awak?? Die tu okay arr..
Awie: Aahh saya tak kira, awak pilih nak dengan die ke atau nak dengan saya.
Erra: Tapi awak die tu kawan baik saya dari sekolah rendah, jiran saya dari kecik lagi pown, mak die ngan mak saye kawan baik kot.
Awie: Saya tak kire kalo tak kite putus !!!!!!!!!
Shit betol kalo dapat pakwe macam ni. Kalo aku jadi Farid Kamil dah lame dah aku ajak Awie ni RXZ Open, tengok die reti ke tak bawak RXZ. Sebab jeles punye pasal ko kene putus kawan dengan member ko yang sememangnye baik gile babi dari kecik. Memang sial.


4) Jenis “I Decide You Follow”
Ni lagi satu jenis pakwe yang suke nak decide hidup teman die sendiri. Contohnye:
·         Takleh lepak dengan budak lelaki kene semua budak perempuan jer.
·         Takleh balik rumah lewat-lewat, ade curfue kul 7 malam kene ade kat rumah (bleh detect gune friendfinder).
·         Nak keluar rumah kene minta izin dulu walaupun mak suruh keluar beli kelapa.
·         Ade kuasa veto untuk membatalkan plan-plan yang dah dibuat sebelum ni.
Kepala Jubo arr kalo dapat pakwe macam ni. Mak bapak korang kalo kasi curfue kul 7 malam korang dah mencarut kaw-kaw tapi bile pakwe suruh dengan segera patuh.

5) Jenis “update” 24-7.
Setiap jam nak tahu korang kat mane. Contohnye keluar ngan kawan-kawan. Setiap 5 minit tanye tgh buat ape. End up korang dengan handset jer sepanjang masa tak dapat nak enjoy ngan kawan-kawan. Kalo kat dalam wayang orang silent fon tapi ko buat vibrate sebab nak balas mesej pakwe korang. Shit arr kalo dapat pakwe mcm ni. Sekali lagi aku nak ingatkan, MAK BAPAK korang ade ker update mcm tu, aku ade adik pompuan pown keluar lepak ngan kawan-kawan mak aku tak pernah kacau. Memang shit arr wei dapat pakwe camni.

Conclusionnye orang yang dah kahwin pown jarang buat macam ni tapi korang yang baru couple seminggu dah mengalahkan orang yang kahwin 50 tahun. Kalo korang dapat pakwe/makwe mcm ni nampak sangat diorang tak percaya ngan korang so buat ape carry on dengan relationship korang. Love is trust, NO TRUST NO LOVE.

PS:- Sape makan cili die terasa BUTTHURT !!!!!!

Monday, January 31, 2011

Lemak vs Selimut

Seperti semua orang tau sekarang ni musim hujan. Bile musim hujan ade satu musim lagi yang akan menyusul secara tak langsung iaitu MUSIM DEMAM. Aku sebagai seorang yang impervious to anything (well most of the thing) pown turut sama terkena tempias musim demam ni. Sekarang ni baru bulan Januari nak masuk Februari tapi dah 33 biji panadol, 2 botol ubat batuk, 24 biji pil antibiotic dah aku telan tapi still demam aku tak recover 100% lagi.

Macam pagi ni demam aku bertambah teruk balik padahal minggu lepas baru jer nak ok. Lecturer tadi dah sound dah, die cakap "Nizam stop spreading your virus to us I want to spend my holiday nicely". Shit segan lak aku bile lecturer cakap macam tu tapi nak wat camne demam tu aku tak nak pown die datang jugak. Redha je arr.Aku ni kalo time sehat gagah perkasa macam Incredible Hulk tapi bile demam memang shit arr semua bende aku tak larat nak buat. Hanya mampu selubung dalam selimut yang tebal jer.

Cakap pasal selimut, selimut sebelum ni adalah satu bende yang tak wajib dalam hidup aku. Aku memang jarang gune selimut sebelum ni. Dulu kalo aku demam pown aku tak gune selimut just pakai stokin kaki sebelum tido dah memadai. Tapi sekarang ni kalo boleh aku nak selimut tu setebal 3 inci kalo tak memang takleh tido dan lebih memeranjatkan aku skrg tido tutup kipas tak pown kipas tu speed die slow jer. Dulu time zaman kegemilangan aku leh tido naked jer kipas high beam pown takper takde efek. Pernah sekali tu aku demam teruk, aku terlantar atas katil, sekali tgh malam mak aku datang bwak selimut tebal, dengan penuh kasih sayang menyelimutkan aku, terharu sungguh tapi seraya itu aku tanggalkan selimut tu, tak tahan dowh selimut panas kot. Mak aku blah dari bilik aku geleng2 pale memahami perangai anak jantan die yang hensem ni.

Sekarang ni selimut adalah perkara wajib, kipas pown dah low jer skrg ni, kadang-kadang tak pasang pown time tido. Mak aku pown pelik tgk perubahan aku, aku lagi arr pelik, lemak2 aku yang tebal ni sekarang macam takde function jer, wat buang karan jer aku simpan lemak bnyak2. Agaknye dah tiba mase aku membuang lemak kot ye arr bende tak guna buat ape simpan lame-lame tol buat merugikan beras jer.

Kalo aku badan berlemak ni dah sejuk gile, tak dapat aku bayangkan kesejukan dihadapi member2 aku yang badan sekeping papan tu. -____-

Saturday, January 29, 2011

korang fikir korang sunyi?? fikir sekali lagi..

Lame sungguh aku tak update blog ni. Kesian jugak aku tengok blog aku ni dahagakan kasih sayang. Hanya digunakan untuk mengusha blog orang tapi blog sendiri diabaikan. Well bukan ape dua tiga minggu ni sem baru mula balik so agak busy sedikit. So aku decide nak kali ni nak cerita arr hidup aku kat kolej.

Hostel kolej aku sebenarnye lot apartment. Satu unit ade 3 bilik ngan 3 bilik air. So takde alasan student lambat masuk kelas sebab bilik air penuh pagi-pagi. Aku mase mula-mula masuk kolej aku duduk dengan senior. Ape barang duduk ngan same baya tak matang arr (matang arr sangat). Aku syok dok ngan dorang ni. Asal lepak aku terasa seperti brader2 plak kat kolej tu. Awek sekelas kalo usha aku lepak ngan housemate aku mesti ingat aku ni matang sungguh orangnye sesuai buat pakwe (ni tipu toksah percaya).

Nak dipendekkan cerita pertengahan tahun lepas semua housemate aku dah graduate. Ade yang graduate sebagai student berjaya dan ade yang telah “GRADUATE”  secara sendiri juga. Mase cuti sem pertengahan tahun lepas aku sorang yang cuti dulu. Diorang ni masih stay hostel sebab ade hal nak settle ngan kolej. Biase arr final sem macam2 nak settle thesis, project etc. Bile aku balik semula ke kolej apartment aku kosong. Semua dah blah. Tinggal aku sorang2 duduk dalam apartment 3 bilik.

3 sem dah berlalu lepas housemate aku semua dah graduate tapi aku masih duduk sorang2 kat apartment tu. Aku ade tanye jugak pihak hostel apesal takde budak baru nak masuk apartment aku, diorang cakap budak2 sekarang ni manja2, tak berani nak duduk ngan senior, takot ragging la tu. Shit sungguh. Lagi satu aku mengambil course Degree kat kolej aku. It turns out that kat kolej aku tak ramai budak Melayu yang amik course Degree sebab dorang lebih prefer amik course HND. Therefore semua kawan2 yang aku kenal time Foundation telah lost contact sebab dorang masuk HND dan aku plak masuk Degree. Kelas aku plak budak Melayu ade 3 orang jer termasuk aku yang lain semua International students arr.

So for the past 3 sem aku duduk sorang2 kat kolej. Makan sorang2, minum sorang2, study sorang2, tido pown sorang2. Rumah aku ade 3 bilik tapi aku just gune bilik aku. Lepak kat ruang tamu pown tak sebab kosong takde pape. Sungguh bosan. The first few weeks i felt that freedom. Takde orang kacau tido, takde nak pow duit takde gangguan2 yang tak sepatutnye. Tapi lame2 aku menjadi sungguh bosan. Aku sungguh keseorangan kat kolej. You know you are alone when you start talking to the wall.

People said that zaman kat menara gading ni sungguh seronok sebab spend time ngan member2 yang gempak2. Tapi aku, kenangan aku kat kolej hanyalah lepak kat bilik sorang2 sambil korek hidung. When you live alone for awhile your mind starts to think of something that you are not suppose to think for example what am I gonna be in 5 years time, will I be someone or will I be no one over and over again. Percayalah korang boleh jadi gile kalo dok sorang2 for along time. Tapi aku dah biase dah. Sem pertama aku start dok sorang2 sumpah aku depressed gile tapi aku rase aku dah used to it kot....

PS- A friend in need is a friend indeed..