Thursday, May 26, 2011

Manchester United Class of 92

Backsteet Boys of 92
Tempoh hari Manchester United telah mengadakan satu perlawanan testimonial menentang Juventus bagi memberi pernghormatan terakhir kepada loyal servant Manchester United iaitu Gary Neville. Neville merupakan seorang pemain Manchester United yang terkenal dengan posisi bek kanan. Time Beckham ade dorg ni berganding bahu di bahagian kanan. Kalo tengok match testimonial tu pun korang boleh lihat kerjasama antara Beckham dan Neville merobek pertahanan lawan (pergh ayat aku gune hebat).

 Time testimonial tu dorang ade buat satu remake gambar baru dari gambar kat atas ni

Bapak-bapak Class of 92
 Kalo sekali pandang korang akan perasan ade dua perbezaan, gambar original tu takde Sir Alex Ferguson dan seorang player United takde dalam gambar ni, nama mamat tu Terry Cooke. Aku pun baru perasan terima kasih kepada sumber internet yang boleh dipercayai (Sokernet). Coach yang nama kat dada die EH tu adalah Eric Harison coach youth team Manchester United time tu. Yes gambar class of 92 tu sebenarnye gambar dari youth academy. Time ni dorg masih bermain kat youth team Manchester United kecuali Ryan Giggs sebab at the end of season 92 tu die start main untuk first team Manchester United. Youth team Manchester United ni berjaya merangkul kejuaraan FA Youth Cup time tu. 
  
 Selepas kejayaan youth team ni, tahun-tahun berikutnye Manchester United telah menjuarai kejuaraan EPL menggunakan team youth ni selepas hampir 25 tahun tak menjuarai kejuaraan tersebut. Kejuaraan EPL tu adalah titik permualaan misi Alex Ferguson membenam rekod Liverpool yang 18 kali juara liga time tu. Alex Ferguson dikritik sebab menggunakan team muda tapi kritikan tu jadi tak relevan sebab Manchester United bergelar juara semula menggunakan team-team muda tersebut. 

So fans Arsenal korang jangan kata team korang jer ART gune pemain muda, Alex Ferguson dah lama dah guna resipi ni dan kepada team lain yang kate Manchester United hebat sebab beli pemain ini adalah bukti yang Manchester United pun develop pemain mereka sendiri. Tidak keterlaluan aku cakap kalau Cristiano Ronaldo tu berjaya sebab hasil training die dengan Manchester United. Sebelum Ronaldo masuk Manchester United siape mamat tu semua orang pun tak tahu. First season Ronaldo di Manchester United pun tak sehebat first season Havier Hernandez. Michael Owen tu pun Manchester United latih die sampai akhirnye die merasa jugak nak julang troffi EPL (okay ini ayat menganjing aku kepada fans Liverpool).

Alex Ferguson Seeds of Champions

 Melentur buluh biarlah dari rebungnye

PS: kalau nak muke maintain muda macam Alex Ferguson tu, kunyah chewing gum 3 kali sehari, senaman muka akan memastikan muka anda awet muda.

No comments:

Post a Comment