Monday, April 4, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (In a nutshell)

Seperti semua orang tahu Anugerah Bintang Popular baru jer melabuhkan tirai semalam dan artis paling popular telah pun di umumkan. Anugerah yang dianjurkan surat khabar meleis bosan yang aku tak suka baca ni setiap tahun mendapat sambutan sebab kat Malaysia ni anugerah ni di anggap sebagai amat bermakna kerana semua pemenang adalah hasil undian peminat-peminat. So kalau artis tu tak menang maknanya die belum cukup "power" untuk digelar artis Malaysia popular. Artis tu tak perlukan talent yang cukup tinggi asalkan fames dengan kontroversi, skandal dan gambar cium mulut dengan artis lain sudah cukup untuk dapat dicalonkan untuk pencalonan artis paling popular tanah air. Namun begitu anugerah ni setiap tahun bendenye hampir sama jer kalo korang perasan. Berikut adalah persamaan-persamaan anugerah tahun ni dengan tahun-tahun lepas:

Anugerah Nasyid yang Tak Berprestij
Pelik sungguh dalam kepala otak aku apabila anugerah nasyid masih wujud lagi dalam ABP ni. Bagi aku dah tak payah bagi anugerah ni pun takpe sebab tiap2 tahun pasti Rabbani menang. Aku tahu dalam pale otak pengundi dorg pangkah Rabbani sebab dorg hanya kenal nama Rabbani (tak pun Raihan) sahaja. So dorg pangkah undi semata-mata nak mencukupkan kuota. Padahal bile kite tanye ape single Rabbani terbaru konpem dorang tak tahu (ade ker single Rabbani keluar tahun lepas aku pun tak tahu).

Tema Lawak Setiap Tahun
Korang perasan tak yang tiap2 tahun pun lawak menjadi tema anugerah tak berprestij ni. Tengok sahaja pengacaranya. Minah lawak over-rated Malaysia. Kalau lawak sekali-sekala tu tak per arr ni sampai kehabis nak wat lawak memang nak muntah pun ade aku rase. Lepas tu lawak-lawak yang diberi kebanyakkannye lucah. Its a freakin family show for crying out loud. Ade juga lawak yang sarcastic diselit dengan ciri-ciri mengumpat secara terbuka. Nampak sangat ini cara orang Meleis, suka mengumpat dan penuh dengan lawak bodoh dan tak perlu dipandang serius.

Fasha Sendat
Haa ni best. Tiap tahun pasti akan ade artis kontroversi pakai baju sesendat yang mungkin. Pastu nanti adalah wartawan yang cucuk jarum gosip panas artis pakai seksi. Pastu next week Melodi terjah artis tersebut. Artis tu kemudian mohon maaf dan cakap bende tu tak sengaja sebab baju yang diberi tu baju sponsor dan die akan ambil iktibar tak buat lagi. Next year ABP die buat jugak lain. Semata-mata untuk publisiti murahan. Kalau tak dapat anugerah artis popular, dapat anugerah skandal kontroversi popular pun cukup arr janji fames.

Persembahan Peringatan
Tiap-tiap tahun pun ade persembahan memperingati otai-otai lama. Masalah bende ni dah jadi satu tema tiap-tiap tahun bende sama. Macam semalam Ella perform lagu lama-lama die ngan 2 ekor artis meleis yang aku tak kenal. Sebelum2 ni tak silap aku Search, Wings dan artis-artis 60-an pernah wat jugak. Time tu semua tepuk gemuruh sebab teringat zaman si otai ni. Kemudian ramai laaa troll kat internet ni nak cari persembahan tu dekat internet sebab persembahan tu cukup "EPIC", comeback show arr katekan. 2 minggu kemudian orang langsung lupe dengan persembahan tu.

Over-Run Show 
Each year without fail show ni mesti over-run. Bile over-run mula laa pengacara2 tu menggelabah nak habiskan show secepat mungkin. Akibatnye penyampaian anugerah terakhir menjadi klise dan tergesa-gesa. Aku cukup kecewa apabila cameo si Ucop (kalo kome tak kenal teman rase kome dah patut mandi bunge) time nak kasi anugerah tu menjadi klise sebab sikap host yang tergesa-gesa. Masa mula-mula show diorang jugak yang berlebih pot-pet mengumpat kasi lawak bodoh spam dua. Maklumlah masuk tv setahun sekali. Bile dah tau show over-run mula menggelabah, langsung terjejas spotlight yang seharusnye diberikan kepada Ucop time tu. Tiap-tiap tahun bende ni jadi tapi dorg tak pernah amik iktibar. Kalo tahu show mcm ni makan masa 3 jam jangan laa cakap nak guna masa kat tv 2 jam. Menyusahkan ASTRO jer nak tukar info untuk rancangan kat TV3.

Itu jer laa yang aku nampak persamaannye tiap-tiap tahun. Aku bukan nak sgt tgk show tu tapi semalam aku terpaksa akur dengan kehendak mak ngan adik sebab dorg nak tgk. Tak baik derhaka nanti jadi batu. Aku tengok pown mcm2 tu jer. Nak online CELCOM BB celaka buat hal plak. Show ni bagi aku sepatutnye lebih berprestij dan lebih serius. Barulah orang mcm aku yang cukup benci dengan artis meleis mula pandang dua2 belah mata dengan industri artis dan filem kat Malaysia ni. Akhir kata majulah sukan untuk negara...

PS: Fazura tak tercalon pun semalam. Wat the Effffff !!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment