Friday, October 28, 2011

Tayar

Orang cakap kereta takkan bergerak kalau takde enjin, bagi aku statement ni salah sebab kereta takkan bergerak kalau takde tayar. Hal ini demikian kerana kereta lembu tidak memerlukan enjin untuk bergerak, ianya bergerak menggunakan kuasa lembu. Kuasa lembu lebih jimat dan menguntungkan sebab kuasa lembu tidak memerlukan minyak ron yang anda semua sedia maklum agak mahal di zaman yang serba moden ini, lembu jugak mengeluarkan tahi lembu yang kemudiannya boleh dijadikan baja organik yang selamat tanpa sebarang kimia.

Tujuan aku tulis blog kali ini bukan nak promote kereta lembu yang mesra alam tapi aku nak cerita pengalaman aku pertama kali tukar tayar kereta sendiri. Hari Rabu lepas aku perasan sebiji tayar kereta aku ketiadaan angin, seraya dengan itu aku segera ke stesen minyak berdekatan untuk isi angin dalam tayar tu, isi minyak belum lagi sebab tangki minyak masih penuh dengan minyak dari minggu lepas, gunakan lah Primax 95 untuk penjimatan yang lebih memuaskan. Aku ingat problem tayar aku settle macam tu jer rupa-rupanya hujan di tengah hari apabila hari ini sewaktu hendak pulang dari masjid selepas menunaikan solat Jumaat aku perasan tayar aku kempis lagi, apa yang mengejutkan ade sebiji paku terbenam kedalam tayar tersebut. THE HORROR.....

Aku buntu seketika, kemudian aku nampak Amir tersengih2 berjalan ke arah aku, hensem sangat le tu kononnye sengih macam tu. Lalu aku pun mintak arr pendapat die ape patot aku buat. Aku ni walaupun seorang lelaki yang macho tapi bab-bab kereta ni aku bukannye reti sangat, takat isi minyak dengan pam tayar aku reti laa. Amir mencadangkan supaya aku ganti dengan tayar spare katanya bahaya nanti rim rosak. Sumpah aku tak paham ape yang die cuba explain tapi aku anggukkan aje. Kemudian bapak si Amir ni pun datang membantu, Encik Shaifuddin  menasihatkan aku tukar tayar dengan tayar spare. Aku terkedu seketika sebab aku sebenarnye tak reti nak tukar tayar !!!

Namun begitu dengan bantuan Encik Shaifuddin dan juga Amir (walaupun die cuma menjadi pemerhati sahaja) aku belajar cara-cara menukar tayar dari mereka. Maka bermulalah pertarungan aku dengan sebiji tayar. Aku dengan berkain pelekat dan masih berketayap berhempas-pulas menggantikan tayar kereta dibawah sinaran terik matahari yang memancar. Peluh jantan mengalir dengan derasnye di dahi ini. Ketika ini aku rasa seperti seorang lelaki yang sungguh macho, semacho Aaron Aziz mungkin. Selepas selesai pertarungan aku dengan tayar kereta ni maka berlalu Encik Shaiffuddin dengan anaknya dari tempat kejadian. Terharu aku seketika kerana mereka sanggup meluangkan masa membantu aku yang hina ini walaupun mereka ada kewajipan tersendiri.

Petang tadi di atas recommendation seorang rakan seperjuangan bernama Auni aku telah pergi ke Bangsar untuk membeli sebijik tayar baru. Baru tu tak baru sangatlah sebab tayar tu tayar secondhand. Tiada cerita menarik di workshop tayar ni cuma tukang buat tayar yang handle masalah aku tu sebijik macam Zamani cumanya Zamani tu Melayu dan tukang tukar tayar tu Cina. Amir mungkin pongeh jika aku bitau yang aku pergi tukar tayar kat kedai Cina. Aku tunggu masa jer si Zamani ni nyanyi syair si pari-pari tapi tak kesampaian bila die start nyanyi lagu Cina. Aku pasti die nyanyi lagu Cina bukan lagu Korea. Si Zamani ni bagus bila die layan aku tadi, macam-macam nasihat die bagi aku, tapi semua tu masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ade laa sesetengah maklumat yang masih melekat kat otak aku ni antaranya info mengenai harga-harga tayar yang mahal kemain.

Begitulah cerita pengalaman aku tukar tayar. Ianya satu pengalaman yang banyak memberi pengajaran bermakna buat hidup aku. Kalau tayar aku tu tak pancit kena paku mungkin sampai sekarang ni aku tak tahu nak tukar tayar. Tapi persoalannya sekarang ni, siapakah yang lahanat sangat tabur paku merata-rata, memang lahanat orang tu, nasib laa tayar aku tak meletop tengah-tengah jalan kalau tak menangis laa gamaknye aku time tu.

PS:- Sekalung penghargaan kepada Amir, Encik Shaifuddin dan juga Auni sebab banyak membantu aku tadi. Jasamu dikenang.

No comments:

Post a Comment